Jumaat, 20 Februari 2009

Berita Baik untuk Peniaga dan Usahawan Bumiputera ..


KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan meningkatkan kerjasama dengan Petronas bagi meluaskan pasaran produk-produk usahawan Bumiputera terpilih yang menepati standard piawaian. Menteri berkenaan, Datuk Noh Omar berkata, kementerian dengan kerjasama Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menyediakan perkhidmatan untuk membangunkan produk-produk usahawan Bumiputera daripada aspek pembungkusan, kualiti produk dan pelabelan. “Memandangkan penyenaraian di dalam Kedai Mesra memerlukan pembayaran daripada aspek yuran penyenaraian maka kementerian menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tabung Ekonomi Usahawan (Tekun) menyediakan pembiayaan bagi memudahkan urusan pembayaran,” katanya menjawab soalan Taib Azamudden Md Taib (Pas-Baling) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam. Noh berkata, pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan Petronas menerusi aktiviti pemadanan perniagaan dalam semua program pameran anjuran kementerian.

Tiada ulasan: