Isnin, 2 Februari 2009

BENGKEL PEMBENIHAN, PENTERNAKAN DAN PENGURUSAN KOLAM IKAN AIR TAWAR (KELI, TILAPIA, PATIN, BAUNG, PUYU DLL)

Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dan anak syarikatnya PKPS Bukit Tinggi Fishfarm Sdn. Bhd. (278923-K) bagi mendidik dan membimbing usahawan yang berminat menceburi ternakan ikan air tawar secara komersil. Bengkel ini memberikan pendedahan secara teori dan amali berkenaan teknik-teknik pembenihan, penternakan dan pengurusan kolam ikan air tawar melalui kaedah teknologi terkini. Bengkel ini dikendalikan oleh tenaga pengajar professional yang berpengalaman luas dalam suasana persekitaran sebenar di pusat penetasan dan kolam ternakan yang terletak di Rawang, Selangor. Bayaran penyertaan adalah RM 580.00 bagi setiap peserta untuk modul selama 4 hari 3 malam termasuk penginapan dan makanan.

SIAPA LAYAK HADIR?
Usahawan Ternakan
Bakal Usahawan
Penjawat Kerajaan/swasta
Persatuan/Koperasi/Syk MODUL
Teknologi Pembenihan
Pengurusan Kolam
Teknik-teknik ternakan
Penuaian dan Pemasaran
Latihan dan Amali
Peluang Perniagaan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
PKPS Bukit Tinggi Fishfarm Sdn. Bhd.
Floor 8-11, Wisma PKPS,
Persiaran Perbandaran,
40675 Shah Alam,
Selangor D. Ehsan.
Tel : 603-55192621/2/3
Fax: 603-55191481
http: http://www.pkps.gov.my/

Atau Sila Hubungi:019 223 7735 (Mohd. Azmi)016 621 4433 (Nordin Razak)019 213 9283 (Steven Lai)

Tiada ulasan: