Isnin, 5 Januari 2009

Ibu Tunggal yang di pinggir dapat perhatian ..5 jan 2009 3.30 ptg


Pn Rosnah Smat, 47 thn, yang tinggal di kawasan perumahan Bakawali, Bukit Sentosa 3, telah menerima kunjungan Pegawai Khas Dun Batang Kali, Sdr Shaiful Anuar Sulaiman dari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat.
Beliau telah mendengar kepiluan ibu tunggal yang mempunyai anak seramai 9 orang, telah menderita buat 5 tahun sepeninggalan sumainya yang telah meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan kencing manis. Penderitaan yang hampir memutuskan semangatnya telah dikongsikan bersama, di mana Pn Rosnah telah mendapat sokongan dari jiran-jirannya untuk membesarkan 9 orang anaknya, disamping ibunya yang berusia 80 tahun.
Anak-anaknya yang paling tua, Muhamad faizal Abd Aziz cuma berumur 21 thn, dikuti oleh 8 orang adik-adik lain, yang paling kecil, Muhamad Putra Abd Aziz, 6 tahun.
Shaiful Anuar telah menyerahkan sedikti sumbangan dan bantuan berupa baucer kasut sebanyak 7 pasang untuk kegunaan anak-anak Pn Rosnah di persekolahan tahun ini. "Dengan penerimaan kasut ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung, pihak pejabat Pusat Khidmat Rakyat akan menyalurkan sumbangan dan membantu Pn Rosnah untuk mendapat bantuan dari Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat" tambahnya lagi.

Tiada ulasan: