Rabu, 10 Disember 2008

Bukit Sentosa menerima habuan utk tahun baru !!!!

Kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi membaik pulih bumbung pangsapuri Seri Cempaka, Bukit Sentosa, Rawang yang rosak pada 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abd Samad memaklumkan pangsapuri yang terlibat dengan kerosakan itu sebanyak 54 blok.

Dalam perbincangan dengan pihak perumahan Talam Corporation, dinyatakan terdapat 1167 unit rumah yang masih belum dijual dan ia perlu diserahkan kepada kerajaan negeri.
Penderitaan penduduk pangsapuri Seri Chempaka yang tinggal dalam rumah ibarat 'sampan bocor' mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam lawatan mengejutnya, Khalid berjanji akan menyelesaikan kesengsaraan penduduk dalam tempoh tiga bulan selepas Iskandar mengadakan perbincangan dengan pihak Ikram.

Justeru, Iskandar menjelaskan kerja-kerja membaik pulih bumbung rumah yang rosak itu akan dijalankan awal tahun depan.

Tiada ulasan: