Isnin, 28 Januari 2013

terus bagi sumbangan tanpa jawatan ~ ust nasharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Jan - Nasharuddin Mat Isa hari ini mengatakan beliau terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam dan berkata organisasi hanyalah satu wadah, tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan.
Beliau berkata jawatan yang diberi adalah hak milik parti dan beliau sedia memperjuangkan kedaulatan Islam walaupun tanpa jawatan.
“Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti di teruskan, sama ada berjawatan atau tidak.
“Jawatan tersebut adalah lantikan parti, jika parti ingin mengambilnya kembali, itu adalah hak parti,” kata bekas timbalan presiden PAS itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider petang ini.
Ahli parlimen Bachok itu berkata, beliau masih belum mendapat surat pemecatan rasmi dari Majlis Syura, sebaliknya mengetahui berita pemecatan tersebut melalui media.
“Sehingga di saat SMS ini dihantar, saya masih belum menerima sebarang surat perlucutan jawatan tersebut.
“Cuma, setakat ini, saya hanya mengetahui pemecatan itu melalui media dan bukannya saluran rasmi parti,” katanya lagi.
Semalam, Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Majlis Syura hari ini menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.
Menurut Timbalan Ketua Majlis Syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed tindak tanduk Nasharuddin selama ini merugikan parti, menyebabkan beliau d

Jumaat, 25 Januari 2013

NAMA MB, KM SANGKUT KAT SPRM, DIGUGUR DARI JADI CALON PRU13

4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.
-sinarharian.com

Khamis, 24 Januari 2013

RAKYAT HULU SELANGOR BERHAK MENDAPAT CALON TEMPATAN !

PILIHANRAYA AKAN DATANG MEMANG PANAS ! WALAU BAGAIMANA PUN RAKYAT BERHAK MENGETAHUI CALON PILIHAN MEREKA DARI AWAL-AWAL LAGI. 
JIKA DI NEGARA LAIN, ADA YANG CALON BERTANDING TIDAK PERLU MEMBUAT POSTER KEMPEN MEREKA DALAM PILIHANRAYA DISEBABKAN PENGUNDI AWAL-AWAL LAGI SUDAH TAHU SIAPA PILIHAN MEREKA.... TETAPI DI NEGARA KITA PENGUNDI-PENGUNDI TIDAK MEMPUNYAI MASA BANYAK UNTUK MENGETAHUI DAN MENGENAL SIAPA BAKAL YANG AKAN DI PILIH.....TAMBAHAN PULA KALI INI DI PRU13, MASA UNTUK BERKEMPEN AKAN JADI TERPENDEK SEKALI, MUNGKIN 7 HARI ATAU 9 HARI....
BAGI KAMI DI HULU SELANGOR, PILIHAN KAMI SUDAH NEKAD.. SALAH SORANG CALON DLM PRK HULUSGR YG LEPAS, SDR RADZALI MOKHTAR, AHLI MAJLIS DAERAH HULU SGR INI AKAN DI PERTANDINGKAN SEBAGAI CALON YANG LAYAK UTK KERUSI DUN BATANG KALI.... MANAKALA CALON PARLIMEN HULUSGR ADALAH SDR MUSTAPHA KAMAL SAPINGI, MANTAN PEGAWAI KHAS ALLAHYARHAM DATUK ZAINAL ABIDIN, AHLI PARLIMEN HULUSGR YANG LALU.
DEMI RAKYAT HULU SELANGOR, KAMI PERCAYA PIMPINAN PARTI AKAN MEMBUAT PILIHAN DEMI RAKYAT DAN PENGUNDI HULU SELANGOR!

PKR HULU SELANGOR BERSEDIA HADAPI PRU13 !!!


PENGUNDI BARU SUKA ANWAR ~ KAJISELIDIK UM

Populariti: Anwar makin hampiri Najib
Hanya satu peratus sahaja yang memisahkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kajiselidik menjelang pilihan raya umum dijangka diadakan beberapa minggu lagi.

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan Najib ke depan sedikit dengan memperolehi 43 peratus berbanding 42 peratus untuk Anwar 'sebagai paling layak menjadi perdana menteri'.
NONE
Dua lagi pemimpin turut dimasukkan dalam kajiselidik itu, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat ketiga (26 peratus) manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat terakhir (22 peratus).
Bagi undi tidak bersetuju pula, Abdul Hadi menduduki tempat tertinggi (46 peratus), diikuti oleh Muhyiddin (42 peratus).
Di Kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular (46 peratus), diikuti oleh Abdul Hadi (36 peratus), Anwar (34 peratus) dan Muhyiddin (26 peratus).

Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina di mana Anwar muncul paling popular (61 peratus), diikuti oleh Najib (35 peratus), Muhyiddin (15 peratus). Abdul Hadi adalah yang paling kurang popular, meraih hanya dua peratus.

Ketua Kajiselidik Umcedel itu, Prof Mohd Redzuan Othman berkata rating penerimaan terhadap Najib merosot kepada 54 peratus daripada 61 peratus pada kajiselidik Mac-April 2012 dan 58 peratus pada September tahun lepas.

Kajiselidik terbaru ini dijalankan antara 26 Disember dan 11 Januari, dengan 1,409 responden di semenanjung yang ditemuramah secara bersemuka.

Pengundi baru, Anwar lebih popular
Sementara itu, kajiselidik itu mendapati Anwar lebih popular berbanding dengan Najib di kalangan pengundi baru dan kali pertama.
NONE
Anwar memperolehi 52 peratus penerimaan dari kumpulan ini,

manakala Najib menerima 30 peratus, dengan Abdul Hadi di tempat ketiga (24 peratus) dan Muhyiddin lepas (15 peratus).

Terdapat lebih dua juta pengundi baru dalam pilihan raya umum yang akan datang, yang mewakili kira-kira 20 peratus daftar pemilih, membuat mereka mempunyai kuasa yang kuat.

Responden terbahagi hampir sama rata dalam pilihan antara parti atau calon, dengan 48 peratus meletakkan calon dahulu dan 47 peratus memberikan keutamaan kepada parti.

Bagaimanapun, responden wanita dalam kajiselidik tersebut memberi penekanan yang lebih besar kepada calon - 54 peratus mengatakan calon lebih penting, berbanding dengan 46 peratus sebaliknya.

Selasa, 22 Januari 2013

BAHAYA MENGUNDANG PEROKOK ELEKTRONIK !!

Pengguna rokok e-elektronik kini dalam bahaya serta terdedah dengan penyakit dan penjualannya adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.
BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadahdan Kosmetik 1984.
“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. – Kosmo!

Sabtu, 12 Januari 2013

MESEJ RAKYAT KPD BEEND

KUALA LUMPUR,12 JAN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno-BN bahawa segala penipuan besar yang dirancang bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat tidak dapat dihalang lagi.
Katanya himpunan hari ini adalah antara masej rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang memprotes secara terbuka yang menolak kerajaan sekarang.
Ujarnya, walaupun Umno-BN akan menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi memenangi dalam pilihanraya umum nanti namun kuasa rakyat akan menjadi kuasa penentu.
Tegas Anwar, kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang akan diangkat jika memenangi PRU-13 nanti komited untuk menjadi kerajaan bersih,telus dan berusaha keras membanteras rasuah dan salahguna kuasa.
“Yang diangkat oleh rakyat nanti bukan kerajaan biasa-biasa tetapi ia adalah sebuah kerajaan rakyat.
“Kami pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tabik hormat kepada semua rakyat yang bangkit pada hari ini,” kata Anwar.
Anwar dalam ucapannya juga melaungkan laungan ‘Merdeka Rakyat sebanyak tujuh kali sebagai simbolik kemerdekaan rakyat dari cengkaman kezaliman kerajaan BN.
Katanya, di Stadium Merdeka inilah laungan kemerdekaan negara dikumandangkan oleh Bapa Kemerdekaan Negara , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957.
“Walaupun penipuan yang dirancang sekuat mana, fitnah sekuat manapun dan propoganda sekuatmana oleh BN tidak akan menghalang kebangkitan rakyat di Malaysia,”ujar Anwar.
Sementara itu menurut AJK Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais yang ditemui menyatakan dianggarkan kira-kira 500,000 hadir memberikan sokongan di Stadium Merdeka dan sekitarnya.
Himpunan itu berakhir pada jam 5 petang yang berlangsung dalam suasana tenang dan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sabtu, 5 Januari 2013

NIK AZIZ HADIRI MAJLIS KAWIN APEK HARI INI

Sebentar Tadi Tok Guru Nik Aziz Menghadiri Majlis Perkahwinan Apek Dan Isteri... Kami Doakan Moga Pasangan Ini Bahagia Sampai ke Akhir Hayat Dan Berharap Apek Dapat Membimbing Isterinya Bertudung Lebih Sempurna Lagi...

Jumaat, 4 Januari 2013

WANG PAMPASAN REL THAILAND TELAH DISERAH KPD KERAJAAN BN

Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar. Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

Jumaat, 28 Disember 2012

Sabtu, 8 Disember 2012

Masuk keluar Aemno.... Zahrain

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain - dua tahun selepas keluar dari PKR. Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini. Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Isnin, 26 November 2012

AMANAT TERAKHIR NAJIB KPD AEMNO ESOK !

PETALING JAYA: Perhimpunan agung Umno Umno kali ini adalah untuk mengesahkan kesediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Tirai perhimpunan dibuka dengan perasmian perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam esok.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak  mahu BN menang besar dalam pilihan raya kali ini bagi menebus tsunami 2008 di mana parti itu tidak memiliki majoriti di Parlimen.
Kekalahan besar itu merupakan yang pertama bagi BN dan sangat memalukan bagi sebuah parti yang sangat berpengalaman dan kaya.
Bagaimanapun, tumpuan pasti lebih kepada amanat Najib pada majlis perasmian perhimpunan pada hari Khamis ini.
Anak bekas Perdana Menteri kedua itu akan mengetuai pilihan raya umum yang pertama selepas mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2009.
Najib berulang kali meminta rakyat khususnya pengundi menolak pembangkang dan terus memberi mandat kepada BN.

Isnin, 12 November 2012

selamat menyambut hari deepavali

selamat menyambut hari deepavali kpd semua hindus...

Jumaat, 9 November 2012

Ribut petir di petang deepavali..

 KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir pada sebelah petang sambutan perayaan Deepavali Selasa ini. Menurut jabatan itu hari ini, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan dijangka dilanda ribut petir pada sebelah petang. Kelantan dan Terengganu turut diramalkan menerima hujan pada sebelah petang. Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan pula dijangka mengalami cuaca cerah pada sebelah petang. 

Khamis, 8 November 2012

Boleh pulak masuk mesjid....

Majlis pelancaran Yayasan Pondok 1Msia telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam kawasan solat Masjid Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor petang tadi .


Kira-kira 500 warga pondok dari 109 pondok di seluruh negara hadir dan bersama Dato’ Sri Mohd Najib menunaikan solat Asar berjemaah.
Pada majlis itu juga Perdana Menteri menyampaikan tiga anugerah iaitu Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada pengasas dan mudir pondok, tiga Anugerah Pondok Contoh 2012 dan 10 pondok menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Mohd Najib menerusi Anugerah Kasih.

Sebelah pagi diadakan karnival pondok melibatkan beberapa jabatan dan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Jakim, Yapeim, Yadim dan sebagainya.

Senator Dato’ Dr Mashitah berkata, program itu bukan bersikap ‘one off’, sebaliknya akan berterusan setiap tahun termasuk merancang mengadakan Konvensyen Pondok-Pondok Nusantara, program mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah.



Isnin, 29 Oktober 2012

MERDEKARAKYAT @ SG TENGI 28 OKT 2012 AHAD

Tuan Haji Mustapha Kamal Sapingi, Timbalan Ketua Cabang PKR Hulu Selangor (duduk no.2 dari kiri) bersama Yb Azmin Ali,Timbalan Presiden PKR Pusat memerangkap ADUN Bukit Antarabangsa di majlis pecahtanah perumahan untuk Generasi Kedua Felda Sg Tengi, Parlimen Hulu Selangor petang tadi @ Ahad 28 Okt 2012.. 

PAKATAN RAKYAT MAMPU BENTUK KERAJAAN PUSAT YANG BARU


KUALA LUMPUR 29 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.
Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.
“Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,” katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.
Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.
“Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.
Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jelajah itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.
Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.
Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.
Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa.
Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor.
Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38550

Sabtu, 27 Oktober 2012

DS ANWAR IBRAHIM DI LIGAMAS BATANG KALI, PARLIMEN HULU SELANGOR ~ 9.00 MLM AHAD 28 OKT 2012

Jelajah merdekarakyat akan sampai di Tmn Bunga Raya, Bkt Beruntung
 pada AHAD  28 Okt 2012.Solat magrib & isyak bersama DSAI 
di surau aprtmen kenanga dan seterusnya 
menuju ke rasa dan ceramah umum 
di perkarangan pakir di depan CIMB ligamas btg kali
Semua dijemput hadir!!!!

Khamis, 4 Oktober 2012

Singkirkan Selangor? RM125,000!


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menawarkan bonus RM125,000 kepada pemain Red Warriors jika menewaskan Selangor dan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012.
Kelantan dijadual menentang Selangor dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu ini.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) menjelaskan, pihaknya turut memberikan bonus RM75,000 kepada pemain selepas Kelantan layak ke separuh akhir menewaskan Felda United secara agregat 4-3 kelmarin.
Jika mereka berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia, KAFA akan menyediakan satu lagi bonus buat mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil Musim II/2011 di Ketereh dekat sini, semalam.
Dalam saingan suku akhir kedua kelmarin, Kelantan terpaksa berhempas-pulas sebelum layak ke separuh akhir dengan agregat 4-3 setelah mengikat Felda United 2-2.
Keputusan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan di laman sendiri.
Sementara itu, Annuar menolak tuduhan pihak tertentu bahawa prestasi turun naik Red Warriors kebelakangan ini berpunca daripada kegagalan pihaknya membayar bonus kepada pemain.
Sebaliknya, beliau memberitahu, sehingga kini KAFA telah membayar bonus melebihi RM500,000 kepada pemain dan pegawai pasukan.
Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding dengan apa yang telah dibayar sepanjang musim lalu," tegas beliau.
Annuar yang kecewa dengan tuduhan tersebut menjelaskan, pemberian bonus bergantung kepada budi bicara kelab dengan mengambil kira sumbangan pemain dan ia bukan wajib.
Isu ini sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan pasukan. Saya ingin tekankan kepada pemain dan pengurusan supaya tidak terlibat dalam isu ini," ujarnya.