Rabu, 29 Jun 2011

RISALAH PALSU BERSIH 2.0 MULA DI EDARKAN !!

Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru “tumbangkan kerajaan sekarang” atas nama “BERSIH 2.0″, pagi ini.  Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.

Tahniah kepada Guru Hulu Selangor sempena sambutan Hari Guru Daerah Hulu Selangor

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor pada tahun 2011 telah diadakan pada 17 Jun 2011 di SM Sains Hulu Selangor. SMK Bukit Sentosa telah diberikan mandat untuk menghiburkan para hadirin yang hadir pada sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Selangor tahun 2011. Kumpulan koir SMK Bukit Sentosa telah memberikan persembahan yang amat baik sehingga menyebabkan hadirin terkesima. Tahniah diucapkan kepada para koir SMK Bukit Sentosa.

Jumaat, 3 Jun 2011

SEMINAR PEMERKASAAN USAHAWAN DI BATANG KALI

Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi Selangor telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Usahawan Negeri Selangor 2011 pada 2 Jun 2011 bertempat di Dewan Dato Abdul Hamid Bandar Ligamasa, Batang Kali semalam.

Seminar telah di tutup oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman. Objektif seminar ini diadakan ialah untuk Mendedahkan peniaga dan usahawan mendalami ilmu-ilmu perniagaan yang
berkesan dan juga cara-cara pemasaran yang terkini seperti penggunaan laman web. Seminar yang terbuka kepada semua ini disertai oleh peniaga, usahawan, pesara dan bakal-bakal usahawan juga lepasan universiti.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah usahawan yang menerangkan teknik-teknik perniagaan yang berkesan, kemudian disambung dengan teknik pemasaran mengunakan laman web. Sesi petang dimulakan dengan penerangan ringkas daripada wakil-wakil agensi pinjaman kredit seperti Agro Bank, Mimbar, Skim Mikro Kredit Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Bank. Selepas sesi taklimat ringkas tersebut, sesi dialog dijalankan antara peserta seminar dan panel-panel yang terdiri daripada agensi-agensi pinjaman
kredit dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Tukiman  dan program tamat pada jam 5.30 petang.

Sabtu, 28 Mei 2011

Sesi Penerangan - Jom Masuk UNISEL di DUN Batang Kali (Sabtu -28 Mei 2011 3 ptg)

Satu sesi penerangan "Jom Masuk Unisel" telah diadakan di Dun Batang Kali, dimana lebih 50 orang termasuk pelajar lepasan SPM telah hadir untuk mendengar taklimat dari pegawai dan ketua jabatan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL).
Penyelaras Dun Batang Kali memerangkap Pengerusi, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali-Bukit Sentosa, Tuan Mohd Nashruddin Abd Aziz telah selamat menyempurnakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Tuan Hj Hamdan Datuk Mohd Salleh dan Cik Eda Suhan Sharudin yang mewakili Prof Dr Mujaini Tarimin, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, UNISEL . Diantara kata-kata perangsang oleh Tuan Nashruddin adalah berkenaan pentingnya kauliti dan bukannya kuantiti yang perlu dihayati apabila berbicara tentang situasi graduan-graduan sekarang di institusi pengajian tinggi..
Saudara Shaiful Anuar Sulaiman, Pegawai Khas Dun Batang Kali ketika mengulas tentang majlis yang diadakan memberitahu bahawa tujuan utama dianjurkan majlis seperti itu adalah untuk membantu lepasan SPM ditahun lepas untuk berpeluang sendiri mendengar syarat-syarat kemasukan dan kelebihan yang ditawarkan oleh pihak ipt tersebut.

Ahad, 22 Mei 2011

ALFATIHAH - TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT (21 MEI 2011 AHAD)

Bagi pihak pejabat Pusat Khdmat Rakyat DUN Batang Kali, kami mengucapkan takziah dan alfatihah untuk kaum keluarga dan mangsa tanah runtuhan Madrashah AtTaqwa Hulu Langat pada 21 Mei lepas...

Selasa, 17 Mei 2011

WANITA HULU SGR KE PEMERIKSAAN MAMMOGRAM SEL 15 MEI AHAD




KUNJUNGAN AHLI MAJLIS DAERAH KE PUSAT TUISYEN RAKYAT DUN BATANG KALI (15 MEI 2011 AHAD)


Kunjungan Pn Kameliyah Bien, Ahli Majlis Daerah Hulu Sgr bersama Pn Norhayatie, Naib Ketua Wanita PKR Cabang ke pusat tuisyen rakyat  (PTRS) di Bukit Sentosa baru-baru ini telah sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada peserta -peserta PTRS, selepas dapat mendengar nasihat dan pengalaman yang di kongsikan.. Ahli Majlis Zon Bukit Beruntung jugak bersetuju membiayai sarapan pagi pelajar-pelajar tersebut pada minggu berikutnya sebagai tanda sokongan dan prihatin..

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU !

Selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru. Terima kasih buat guru-guruku yang telah mengajar dan mendidikku dan anak bangsaku dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Tidak lupakan ku ucapkan Selamat Hari Guru buat rakan-rakan yang menjadi guru !! Anda umpama sebatang lilin, membakar diri menerangi org lain...

Sabtu, 14 Mei 2011

SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY

SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROF. DR. WAHBAH AL-ZUHAILY
Tajuk :Sumpah dan Qazaf
Tarikh :
14 Mei 2011 (Sabtu) 
Masa :
2.30 ptg – 4.30 ptg 
Tempat :
Dewan Solat, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor 
 

SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA
Tarikh:
14 Mei 2011 (Sabtu)Masa:
6.30 petang
Tempat:
Stadium Selayang

Khamis, 12 Mei 2011

Laporan polis berkenaan projek ic... (Rabu 11 Mei 2011)

Kehebatan Ketua Penerangan Cabang Hulu Selangor bersama kepimpinan negeri telah memberikan impak hebat kepada UMNO Hulu Selangor dalam menerajang strategi politik jahat parti UMNO untuk meraihkan sokongan dalam pilihanraya akan datang. Usaha mengambil pengundi dari kalangan pendatang asing berkad pengenalan merah memang telah wujud semasa pilihanraya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, menjadikan usaha strategi UMNO ini sebagai pengguat kemenangan tipis di kawasan pilihanraya seperti di Parlimen Hulu Selangor ini. Dengar khabar calon dari UMNO akan bertanding di sini...

(www.shaiful-hulusgr.blogspot.com)

Sabtu, 7 Mei 2011

TS KHALID MENDENGAR DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT

KAJANG 7 Mei – Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam  turun padang ke Daerah Hulu Langat bagi menyelami, mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat di daerah ini.
Pada sesi pagi, Menteri Besar menghadiri perhimpunan pagi bersama kakitangan awam di padang Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat yang dihadiri kira-kira 500 orang yang terdiri pegawai kanan kerajaan,ketua jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun.
Pada perhimpunan selama sejam itu, Menteri Besar mengingatkan kakitangan awam supaya bekerja dengan jujur dan efektif kerana negeri Selangor telah melangkah jauh ke hadapan berbanding negeri-negeri lain.
Selepas itu, beliau mengadakan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Dewan Bandaran Kajang, untuk mendengar masalah dan cadangan bagi meningkatkan sistem pentadbiran negeri.
Pelbagai masalah yang diajukan termasuk masalah sistem perparitan, keadaan jalan yang teruk dan kemudahan infrastruktur yang tidak diselia dengan baik.
Menteri Besar, Exco dan Ketua-ketua jabatan kemudian menyertai orang ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Alang, Beranang. Selepas solat, Menteri Besar makan tengahari bersama jemaah di perkarangan masjid menerusi program Kenduri rakyat.
Beliau kemudian ke Dewan Orang Ramai Semenyih bagi menyampaikan sumbangan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Rakyat (MES) diikuti sesi dialog dengan orang awam.
Lebih 2,000 hadir sesi dialog itu dan mereka diberi peluang mengajukan pertanyaan secara terus kepada Menteri Besar, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPK).
Menteri Besar mengarahkan pihak terlibat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan setiap masalah dan aduan yang dikemukakan rakyat pada sesi dialog itu.
Menteri Besar berkata, beliau mengambil berat kekecewaan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang berlaku kerana  perancangan tidak betul oleh pentadbiran terdahulu.
“Kerajaan Negeri akan berusaha menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh,” kata Menteri Besar.
Pada sesi petang, Menteri Besar melawat Kilang Sate Haji Samuri di Sungai Ramal Dalam dan dibawa melawat sekitar kilang dan diberi penerangan mengenai latar belakang sate Haji Samuri sehingga menjadi perusahaan besar.
Menteri Besar menyifatkan Haji Samuri sebagai contoh ahli perniagaan sejati yang bermula dari bawah dan kini mempunyai perusahaan besar serta menjadi majikan kepada 500 pekerja.
Program Khas Turun Padang diakhiri dengan Ceramah Perdana Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat di Dewan Bandaran Kajang.

Jumaat, 29 April 2011

MAJLIS PENERANGAN SKIM MIKRO KREDIT PEJABAT DUN BATANG KALI, BUKIT SENTOSA 3 MEI 2011 SELASA 9 PAGI


(Gambar Sesi ke4 28 April (Khamis 9 pagi Bersama Tuan Hafiz, Pengurus SKIMSEL Cawangan Hulu Sgr dan Sdr Azlan)
Semua warga Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dijemput hadir mendengar taklimat berkenaan Skim Mikro Kredit Selangor di pejabat PKR DUN batang Kali - Bukit Sentosa pada hari Selasa 3 Mei 2011 Jam 9pg. Sehingga kini sudah hampir 205 orang telah diluluskan permohonan SKIMSEL ini bagi kawasan daerah Hulu Selangor..Semua dijemput datang.

Isnin, 25 April 2011

PELAJAR DARI PTRS DUN BATANG KALI MEMBACA IKRAR ...

Lebih dari 40 pelajar dari Program Tusiyen Rakyat Selangor (PTRS) Dun Batang Kali telah menyertai lebih 1500 pelajar SPM dari seluruh negeri Selangor untuk menghadiri Pelancaran PTRS di peringkat negeri, bertemmapat Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada Ahad lepas.Tahniah kepada adik Muhammad Amiruddin Syafiq yang mengetuai pasukan ikrar pada majlis tersebut dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya rakanniaga dari kawasan yg berdekatan.

Sabtu, 23 April 2011

Yayasan Selangor Kendali Projek Lahirkan Usahawan

PETALING JAYA 22 April - Yayasan Selangor menganjurkan Program Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dalam usaha memberikan pendidikan berterusan bagi melahirkan insan berakhlak mulia dan berketerampilan.

Program dinamakan Pembangunan Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pembangunan Ekonomi Komuniti Menerusi Program Pembangunan Usahawan Yayasan Selangor (PPUYS) “Asset Based Community Development’ (ABCD) itu dirasmikan di Dewan Yayasan Selangor.
Perasmian program pendidikan sepanjang hayat anjuran Yayasan Selangor itu disempurnakan oleh Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki dan pengasas program iaitu Pengurus Kanan Modal Insan, Dr Kamari Kasan.
Ilham dalam ucapannya menjelaskan, program berkenaan mempunyai objektif yang cukup jelas iaitu membantu usahawan di Selangor mendapatkan pendidikan asas perniagaan di samping membantu menyediakan peluang perniagaan yang berpotensi kepada usahawan baru di Selangor.
“Di bawah idea dan dasar lifelong learning pula, Yayasan Selangor telah mula mengaturkan program ABCD atau Asset Based Community Development di bawah usaha ini, Yayasan Selangor bertindak proaktif dan turun terus ke dalam masyarakat tiap kampung/desa untuk melakukan kerja-kerja Asset Mapping dan kepakaran berkenaan adalah satu-satunya kepakaran unik Yayasan Selangor yang selama ini tidak dijelmakan menerusi pernyataan visi & misinya,”katanya.
Yayasan Selangor ujarnya, bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta yang dilantik menawarkan peluang perniagaan terpilih disertakan dengan modal perniagaan daripada institusi-institusi kewangan.
Sementara itu menurut Dr Kamari pula, program modal insan ini merupakan aset Yayasan Selangor yang sebelum ini tidak disentuh secara serius.
“Kita cuba memecahkan satu sudut asset dalam Yayasan Selangor yang selama ini tidak pernah di sentuh secara serius  walaupun asset itu telah lama diamanahkan  kepada Yayasan Selangor . Tetapi oleh kerana gagalnya memecah  persoalan itu bukan sahaja Yayasan Selangor malah dunia, maka kebetulan pula kepakaran itu ada pada kita sekarang,maka mulai sekarang kita meneroka aspek yang tidak terpecah itu,” katanya.
Menerusi model dan sistem Teknologi Ilmu Kamarika dan Brain Mapping Kamarika serta menggunakan semua aset asas yang sedia ada di Yayasan Selangor, ia dijangka mampu mencapai kumpulan sasar yang diharapkan.
Malah menurut Kamari, peluang perniagaan ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, bukan sahaja bagi rakyat Selangor malahan untuk semua rakyat Malaysia.