Sabtu, 14 Disember 2013

ANDA CEPAT MARAH? IKUT 6 LANGKAH ATASINYA

Rasulullah sebut ketika seorang lelaki itu meminta nasihat kepada dirinya, lalu Baginda hanya menyebut “jangan marah”. Ianya direkodkan di dalam Sahih Bukhari. Perkataan Baginda tersebut bukan hanya ditujukan kepada lelaki itu tetapi juga kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad.
Ada beberapa pengajaran yang baik di dalam kisah dan hadith tersebut :


Pertama : Kembali kepada Allah dengan berdoa. Ini kerana Allah sahaja boleh menolong kita redha dari kemarahan tersebut.


Kedua : Sebut “A’UZUBILLAHI MINASSYAITONIRRAJIM” yang maknanya aku berlindung dengan ALlah dari Syaitan yang direjam!” Kalimah ini diajar di dalam hadith baginda yang lain.
Apabila kita semakin marah, syaitan gelakkan kita tanda dia sudah berjaya masuk di dalam saluran darah kita dengan banyak. Tak mustahil, orang-orang yang kerasukan juga ada kaitan dengan masalah peribadi sehingga menyebabkan tidak dapat mengawal diri, tidak dapat mengawal tekanan dan pelbagai masalah yang tidak selesai sehingga membuatkan unsur-unsur lain ‘terjah’ ke dalam diri.


Ketiga : Ujian dari Allah. Marah itu juga sebagai kayu ukur ujian samada kita ini benar-benar hamba yang bertaqwa kepada Allah atau kita main layan sahaja perasaan marah sehingga orang yang beristeri boleh menceraikan isterinya, anak yang kecil sanggup dibelasah, muka yang cantik sanggup dilukakan hanya kerana MARAH.


Keempat : Berhenti dari bercakap apabila marah dan tukarkan kedudukan anda. Ini adalah tips yang paling banyak dipakai oleh pakar motivasi. Sebenarnya jelas-jelas diambil dari hadith Baginda Rasulullah. Kalau tak percaya, cuba cari kitab RIYADUSSOLIHIN karangan Imam Nawawi dan carilah sendiri! Tentu anda terkejut, teks itu adalah berpunca dari mulut Baginda Rasulullah. Hadithnya :
( إذا غضب أحدكم وهو قائم فليجلس ، فإن ذهب عنه الغضب وإلا فليضطجع ) رواه أبو داود .
“Apabila seseorang itu marah, dia hendaklah duduk jika dia dalam keadaan berdiri, jika tidak, baringlah ia” [Riwayat Abu Dawud]


Kelima : Bertafakkur punca-punca kemarahan tersebut


Keenam : Latih diri bertenang dan cuba senyum kembali. Pastikan akhirnya anda berwudhu menghilangkan terus kemarahan tersebut.

Wallahua’lam

Jumaat, 13 Disember 2013

Hadi ~ Tongkat Ali, Kacip Fatimah berasal dari pengaruh Syiah


Hadi sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah.

PETALING JAYA: Fahaman Syiah sudah bertapak lama di rantau ini sejak dulu sehinggakan budaya masyarakat tempatan tanpa sedar turut dipengaruhi oleh ajaran itu.
“PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syiah telah pun mempengaruhi masyakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tongkat Ali, atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia (turut dikenali pasak bumi) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila) merupakan sejenis herba tempatan digunakan secara tradisional bagi tujuan kesihatan dalaman.
Wujud dakwaan yang mengatakan tumbuhan terbabit dinamakan oleh pengikut Syiah sempena nama keluarga Nabi Muhammad SAW; Tongkat Ali (Saidina Ali bin Abi Thalib) Kacip Fatimah (Fatimah Az Zahra).
Hadi berkata, pihaknya bagaimanapun sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah termasuk perkembangan Revolusi Iran.

“PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.
“Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah,” katanya.
Tegasnya,PAS mempertahankan parti itu tetap teguh berpegang kepada ajaran ASWJ selaras dengan perlembagaan parti yang mewajibkan setiap ahlinya menganut fahaman tersebut.
Menurutnya, Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qiyas; iaitu sumber hukum para ASWJ.
“Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab ASWJ dan tidak diizinkan mazhab yang lain.
“Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, disebabkan prinsip itu PAS sendiri akan mengambil tindakan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahlinya yang mengamalkan fahaman lain termasuk Syiah.
“Oleh kerana berprinsipkan ASWJ nilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS,” katanya.
Namun beliau menegaskan pendirian itu tidak bermakna PAS dilarang mengadakan sebarang hubungan dengan pengikut mazhab lain dan semua pihak termasuk dikalangan bukan Islam.
“Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara Barat dan Komunis,” katanya.
Beliau berkata umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.
Mengambil iktibar daripada krisis negara Islam di Timur Tengah, Hadi berkata PAS meletakkan langkah politik seperti yang ditetapkan dalam hukum agama dan tidak menjadikannya sebagai alat permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.
“PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran.
“Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba’ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau,” katanya.

Khamis, 12 Disember 2013

11.12.13 TARIKH IJABKABUL UNTUK ROZITA DAN ZAIN SAIDIN, TAHNIAH !

Tahniah buat pasangan pengantin Zain Saidin dan Rozita Che Wan kerana telah sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang cukup meriah malam tadi. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


Ahad, 8 Disember 2013

INISIATIF SAMM DIPUJI DGN SAVE4KUANTAN

Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan Berjaya
Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil inisiatif di atas bencana alam yang berlaku di Kuantan, dengan melancarkan misi bantuan kemanusiaan.
samm1Sebuah lori tiga tan telah dihantar ke Kuantan dengan muatan penuh barangan bantuan berupa makanan dalam tin, air mineral, lampin pakai buang, pakaian terpakai, selimut dan pelbagai keperluan lain.
Berikut adalah kronologi Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan;
6 petang – 8 malam : Barang barang sumbangan mulai sampai di lokasi pengumpulan di Cheras Baru diuruskan oleh Penyelaras Save4Kuantan, Puan Ilyana Rosli. Orang ramai yang mengetahui misi bantuan ini datang menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk. Penderma tergolong daripada orang awam, sektor korperat dan juga artis seni tanahair.
8.30 malam : Hasil sumbangan orang ramai yang dikumpulkan di Cheras Baru dan dimuat-naik ke dalam lori 3 tan. Beberapa pihak lagi minta supaya perjalanan misi bantuan dilewatkan kerana ingin menambah keperluan, namun Pihak Save4Kuantan terpaksa meneruskan perjalanan.
samm29.30 malam : Lori 3 tan sampai di satu lagi tempat pengumpulan bantuan iaitu sebelum masuk ke tol Gombak (karak). Barangan dimuat-naik dan perjalanan diteruskan.
11.30 malam : Misi bantuan melepasi Bentong, sebuah lagi pasukan yang terdiri daripada SAMM Pahang yang diketuai oleh Amirul Syazwan sudah sedia menunggu di lokasi selamat Kuantan.
samm32 pagi : Pasukan Misi Bantuan Save4Kuantan tiba di sebuah lokasi selamat di Sg Isap. Pasukan polis dan bomba sudah bersedia. Difahamkan, pihak polis telah mendapat tahu mengenai misi bantuan yang dikelola oleh SAMM ini lantas menghantar pasukan dan turut membawa pihak bomba.
2.30 pagi : Barangan bantuan perlu dialihkan dari lori 3 tan ke lori bomba kerana lori 3 tan tidak akan mampu mengharungi paras air banjir yang menghalang bantuan masuk ke pusat pemindahan mangsa banjir.
4.00 pagi : Barangan bantuan tiba di kawasan sasaran, Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Taman Murni Sg Isap, antara kawasan yang paling teruk ditimpa bencana banjir. Paras air di kawasan tersebut menghampiri 4 kaki.
samm45.00 pagi : Misi selesai apabila barangan diagih mengikut keperluan. Pasukan Save4Kuantan memulakan perjalanan pulang dan pasukan SAMM Pahang bersurai.
Misi penghantaran ini juga merupakan trip kedua dan iAllah akan menyusul trip ketiga di atas inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan, sila hubungi 012-6937908 dan untuk sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada nombor di atas).
Selepas ini, misi bantuan juga akan menghala ke kawasan lain. SAMM Kemaman dan SAMM Johor juga sudah bersedia menanti bantuan yang bakal tiba.
SAMM mengucapkan berbesar penghargaan kepada semua penyumbang. SAMM juga sedang merangka misi pasca-banjir bagi menyampaikan bantuan membersihkan rumah-rumah yang ditenggelami air. Kepada mereka yang ingin menyumbangkan ‘pressure-pump’ Water Jet adalah amat dialu-alukan.
Sekian,
Mohd Sani Md Shah
Penyelaras Misi Bantuan Save4Kuantan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

UCAPAN TERIMAKASIH KPD SEMUA ADUN, EXCO SELANGOR, TAK LUPA PANTAS SELANGOR !!


Semua kawasan perlu wujud Rukun Tetangga bagi atasi isu jenayah....

shah_alam_mp_khalid_samad









KLANG 8 DIS : Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau persatuan penduduk perlu diwujudkan di setiap kawasan untuk menyaksikan keberadaan mereka dalam masyarakat dihormati, sekali gus menjadi rujukan dalam usaha mengekang isu jenayah dan setempat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata semua pihak harus bekerjasama bagi membuang tanggapan negatif berhubung tugas dan fungsi KRT itu.
Katanya, KRT diwujudkan supaya menjadi agensi saluran kepada penduduk untuk membawa sebarang masalah atau isu berbangkit.

“Ramai orang anggap, tugas utama KRT membuat rondaan waktu malam. Tetapi penduduk perlu tahu fungsi sebenar KRT yang sebenarnya lebih besar berbanding menjalankan rondaan.
“KRT juga perlu agresif menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis dalam usaha membantu mengekang isu jenayah,” katanya pada Majlis Mengenali Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Jiran di Taman Summit, di sini, semalam.
Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Yusof dan beberapa pegawai polis dari balai polis Klang.
Khalid berkata, beliau berharap lebih ramai penduduk dan generasi muda menyertai KRT di taman perumahan masing-masing supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan.
“Peruntukan untuk KRT ada daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan kerajaan pusat. Jadi ia boleh digunakan dengan cara yang betul.
“Kekuatan perlu diketengahkan pemimpin KRT dan ia sangat penting kerana setiap aktiviti yang diadakan bertujuan meningkatkan semangat muhibah antara mereka,” katanya.

MANGSA BANJIR 40,819 DI 149 PUSAT PERPINDAHAN BANJIR

Mangsa banjir di Pahang lebih 40,000 orang


KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).
Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera. - Bernama

Selasa, 3 Disember 2013

YB ISKANDAR ~ HADIAH PRU13 UTK RAKYAT, SUDAH DIJANGKA

Hadiah PRU13: Kenaikan tarif elektrik sudah dijangka

YB Iskandar 1SHAH ALAM 3 DIS : Kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang diumumkan kerajaan pusat bukansesuatu yang “luar biasa” sebaliknya sudah dijangka sejak Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada Mei lalu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata tindakan secara drastik itu dilihat sebagai tidak wajar, apatah lagi rakyat kini semakin terbeban dengan kenaikan harga barang dan petrol.
“Memang kita akui perlu kenaikan (tarifelektrik) tetapi harus melihat kemampuan rakyat terutama dalam keadaan sekarang.
“Namun, sudah faham BN memang sinonim dengan “barang naik” dan kita jangka lebih banyak barangan serta perkhidmatan lain yang akan naik,” katanya di sini, semalam.
Iskandar berkata, kerajaan pusat seharusnya mengambil langkah mengawal perkhidmatan elektrik seperti yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terhadap pengurusan air di Selangor.

“BN harus mencontohi Pakatan Rakyat (PR) terutama dalam mengawal perkhidmatan seperti air dan elektrik. Contohnya kerajaan negeri sudah mengambil tindakan di mana kita kawal syarikat konsesi supaya tarif air tidak dinaikkan atau disaman.
“Begitu juga dengan elektrik, kerajaan pusat harus berbuat demikian supaya tarif itu dapat dikawal,” katanya.
Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa, pada Januari 2014.
Kenaikan itu diumumkan Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.

Kadar elektrik semasa adalah 33.5 sen per kWh dan 3.5 sen atau 25.3% di bawah kos asal pada kadar 42 sen kWh.

DOA DAN HARAPAN SETIAP IBU DAN BAPA....................

Doa dan Harapan Ayah dan Ibu...

"Ya Allah,jadikanlah anak zuriat kami sebagai anak-anak yang soleh dan solehah.Jadikanlah anak-anak kami yang boleh mengusung jenazah kami ke kubur apabila kami mati kelak.Jadikan anak-anak kami yang boleh membaca Al-Fatihah sebagai surah penting apabila berlaku kematian.Jadikan anak-anak kami yang boleh membaca Surah Yasin ketika kami sedang Sakaratulmaut.Jadikan anak-anak kami yang mampu memandikan mayat kami dengan kelembutan dan kasih sayang.Jadikan anak-anak kami sebagai anak yang tidak kekok apabila mendirikan solat jenazah dengan empat kali takbir jika kami mati kelak..Jadikan anak-anak2 kami yang tidak bakhil untuk mendoakan kesejahteraan kami jika kami berpindah ke alam barzakh…"

Isnin, 2 Disember 2013

KELEBIHAN SURAH YASSIN YANG RAMAI TIDAK MENGETAHUINYA ~

~SURAH YASSIN~

Ayat 1 - 9- untuk keselamatan diri
Ayat 9 - orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - merupakan jantung yaasiin - rasulullah s.A.W. berharap ayat ini dihafaloleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - untuk keinsafan - supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.A.W (Harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Ayat 33 - 35 - elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada allah s.W.T. Yang satu.
Ayat 39 - mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - merupakan kenyataan allah s.W.T. Yang satu.
Ayat 41 - mengisahkan nabi Noh a.S. Naik kapal - elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan
Ayat 44 - mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup
Ayat 45 - 48 - merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.a.w
Ayat 49 - menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - datang dengan tiba-tiba, tiupan kedua - hancur ,tiupan ke-tiga semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang mahsyar.
Ayat 50 - setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 76 - jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut
Ayat 78 - 79 - dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang
bermaksud: "dia berkata, siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?„
Ayat 78 dan 79 - bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 - katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan dia maha mengetahui tentang segala makhluk.„
Ayat 82 - untuk hajat - jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: sembahyang tahajjud (3x) berturut-turut

AYAT 9 - "WAJA'ALNA...."
• LINDUNGI RUMAH DARI PENCURI - BACA DAN TIUP DI TIAP-TIAP PENJURU
RUMAH.
• LINDUNGI DIRI DARI DIANIAYA
• BAGI PERLINDUNGAN DIRI DAN RUMAH SEMASA TIDUR
• BACA AYAT 9
• FATIHAH
• READ 3 QUL (THREE TIMES EACH)
• AYAT KURSI

AYAT 29 - "IN KANAT ILLA...."
• UNTUK MENDIAMKAN ORANG YANG SELALU MELEMPAR KATA-KATA
BURUK/TIDAK MENYENANGKAN KEPADA ANDA.

AYAT 36 - "SUBHANALLAZI..“
• UNTUK CARI JODOH * TIUP 7 KALI DALAM TANGAN DAN SAPU KE
MUKA PADA PAGI HARI • YA WADUD (3X)

AYAT 58 - "SALAMUN..."
• JIKA SAKIT ANGGOTA
• TAK TENANG HATI
• BACA (7 X) DAN GOSOK PADA TEMPAT SAKIT

AYAT 76 - "FALAYAHZUN.."
• BILA RASA SEDIH
• UNTUK MENENANGKAN HATI
• GOSOK JANTUNG SAMBIL BACA

AYAT 78 - 79 "DARI YUHYIL WAHIYA..."
• TULANG PATAH
• SAKIT SENDI
• SAKIT LUTUT

AYAT 82 - "INNAMA AMRUHU.."
• JIKA MANDUL
• UNTUK MENGUBATI KANSER ATAU TUMBUHAN DALAM BADAN
 — with Aira Alferosand 35 others.