Ahad, 24 November 2013

15 KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT

Inilah 15 Kelebihan Sujud Dalam Solat Yang Mungkin Kita Tidak Tahu | Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Subhanallah. Inilah kekuasaan Allah SWT
- See more at: http://fuh.my/inilah-15-kelebihan-sujud-dalam-solat-yang-mungkin-kita-tidak-tahu/#sthash.vbGILBbf.dpuf

Bengkel Masakan Nasi ayam Powr + Durean Crepe 7 Dis Sabtu Bkt Sentosa


Ahad, 17 November 2013

BAHANA SEKS BEBAS... BARU 17 TAHUN SUDAH 3 KALI HAMIL LUAR NIKAH...



Di Malaysia... Satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!...ini adalah salah satu petanda akhir zaman iaitu zina bermaharaja lela... Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.

Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang.

Dimana silap kita sebenarnya??

Isnin, 11 November 2013

Bengkel PWD mejalani proses pencerahna... tahniah Yb Rodziah

Bengkel Penilaian Interaktif PWD Selangor

Bengkel Penilaian Interaktif Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor telah diadakan pada 8 hingga 9 November 2013 di Hotel Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam.
Ia telah disertai oleh 40 orang penyelia PWB dan telah menjalani proses penialian program, sumber manusia dan keupayaan pengurusan PWB masing-masing.
Bengkel itu telah dirasmikan dan dirumuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail.
Ia bertujuan untuk merangka pelan tindakan PWB 2013-2018 agar ia lebih dinamik dan memenuhi keperluan wanita setempat dengan dilandasi prinsip-prinsip tata-kelola baik, musyawarah, kefahaman gender yang baik, dan disertai asas bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia hidup beragama.
Di antara perkara lain yang telah diutarakan ialah pengurusan stres dan menilai tahap stres para penyelia PWB dan perkongsian untuk mengatasinya.
Dapatan di bengkel tersebut, laporan-laporan serta dapatan berterusan dari PWB sejak ia dijenamakan semula (dahulu digelar Pusat Komuniti Wanita) pada November 2011 akan digunakan bagi merangka perancangan dan pelan tindakan PWB Negeri Selangor.
“Tugasan sebagai penyelia PWB adalah sesuatu yang fokus dan wajar diberi tumpuan. Para penyelia bukan sahaja melaksanakan usaha advokasi, menganjur berbagai program dan kelas kemahiran.
“Tetapi juga melayani penduduk wanita setempat yang memerlukan tempat rujukan yang boleh membantu atau menunjukkan jalan-jalan ke arah penyelesaian permasalahan yang mereka hadapi.
Kadangkala wanita perlu kepada perkhdimatan seperti guaman dan kaunseling.”
“Wanita berdaya lagi memberdayakan wanita lain…itu adalah misi pemberdayaan wanita Selangor,”
- Rodziah Ismail

Khamis, 7 November 2013

USAHAWAN SEKITAR RAWANG BERBENGKEL BERSAMA GENERASI USAHAWAN HEBAT @ GEN-UH, HOTEL SAHARA, RAWANG 26 OKT 2013

Bersama PKM Dun Rawang, Yb Gan Pei Nei dan Gen UH Generasi Usahawan Hebat mengadakan bengkel keusahawan di Hotel Sahara, Rawang..26 Okt Sabtu lepas demi ntuk mertabatkan peniaga dan usahawan kecil sekitar rawang. Tahniah kepada semua peserta bengkel Gen-UH..