Selasa, 24 September 2013
HADIAH IPT DI NAIKKAN KE RM3000 DI SELANGOR
SUBANG JAYA 23 SEPT : Sempena Belanjawan Selangor 2014, Kerajaan
Negeri akan menaikkan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti
daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM3,000 sebulan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.
“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.
Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.
Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.
“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

Sabtu, 21 September 2013
ITS A JOKE.... KATA RAHIM NOOR
Bekas Ketua
Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia
akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu
Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.
"Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia ," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di BFM semalam.
Abdul Rahim, yang mengetuai rundingan damai antara pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM ) pada akhir tahun 1980-an , berkata keengganan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, walaupun sewaktu beliau masih hidup, umpama memperolok-olokkan Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.
Beliau yang ketika itu merupakan Ketua Cawangan Khas Malaysia , berkata beliau telah dapat menyakinkan kerajaan pada masa itu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.

Abdul Rahim berkata walaupun tempoh darurat selama 12 tahun telah
ditarik balik pada tahun 1960 , pasukan keselamatan masih berperang
dengan saki baki komunis pada 1980-an, tetapi kejatuhan komunisme di
rantau ini merupakan satu peluang untuk mengadakan rundingan damai yang
baru.
Pada masa itu, katanya, masih terdapat kira-kira 2,000 komunis di
sepanjang sempadan Malaysia- Thailand, dengan dua kumpulan terbesarnya
ialah Biro Malayan Utara dan Rejimen ke-10, yang sebahagian besar
anggotainya adalah Melayu.
Dengan sokongan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahim berkata, Cawangan Khas, secara rahsia , dimulakan rundingan dengan komunis pada akhir tahun 1987 dan pada awal tahun 1988 di Pulau Phuket, yang berlangsung selama lima pusingan.
Ini, katanya, berakhir dengan perjanjian damai 1989 ditandatangani di Hatyai, dan terdiri daripada dua perjanjian, satu yang mengandungi syarat-syarat utama dan satu lagi mengenai butiran pentadbiran bagaimana syarat-syarat akan dilaksanakan.

"Saya terlibat dalam menderaf kedua-dua perjanjian itu, jadi saya tahu
sepenuhnya bahawa di bawah syarat-syarat perjanjian , pertama sekali,
perjanjian itu mengikat semua anggota PKM , dari yang tertinggi, paling
atas hingga ke bawah, yang paling rendah .
"Jika anda mengatakan bahawa Chin Peng sebagai setiausaha agung parti (PKM) adalah anggota yang paling tertinggi , maka dia layak untuk mendapatkan semua keistimewaan, kelebihan atau apa sahaja janji-janji yang dibuat dalam perjanjian itu yang termasuk untuk dia dibenarkan untuk datang (ke Malaysia)," kata Abdul Rahim.

Selain itu, katanya, mengikut perjanjian tersebut, sekiranya bekas
anggota komunis tidak dibenarkan untuk pulang tinggal di Malaysia,
mereka masih perlu dibenarkan masuk ke negara ini atas lawatan sosial.
"Tapi dalam kes Chin Peng, dia tidak dibenarkan kedua-duanya. Bagi saya, ia adalah tidak masuk akal, sama sekali tidak masuk akal. Ia adalah tidak adil, tidak adil...
"Terdapat (bekas komunis) lain yang dibenarkan untuk pulang dan mereka kebanyakannya adalah Melayu. Abdullah CD dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan telah diperkenan menghadap Sultan Perak sekarang.
"Rashid Maidin, saya diberitahu, mengerjakan haji melalui KL dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?" kata Abdul Rahim.
Abdullah CD adalah pengerusi PKM manakala Rashid Maidin adalah ahli jawatankuasa pusat PKM.

Ditanya sama ada ketegasan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang,
walaupun dia telah meninggal, berasaskan garis kaum, Abdul Rahim yang
teragak-agak seketika, kemudian berkata: " Saya tidak bersedia untuk
membuat andaian seperti itu "
"Setakat kes Chin Peng ini, kita telah mewujudkan keadaan di mana kita memperolok-olokkan prjanjian (damai) tersebut," katanya.
Beliau mengingatkan bahawa pendirian kerajaan melarang abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak, telah menjadikan bekas pemimpin komunis sebagai satu ikon.
"Secara khusus, saya fikir ia tidak baik untuk parti pemerintah, terutamanya dalam usaha mereka dalam pasca pilihan raya umum ke-13, untuk memenangi kembali sokongan kaum Cina Malaysia," katanya.
Kerajaan telah menjustifikasikan keputusannya itu dengan mengatakan bahawa Chin Peng bertanggungjawab atas kematian ramai anggota pasukan keselamatan , yang kebanyakannya adalah orang Melayu.
Abdul Rahim mengeluh kerana orang seolah-olah tidak memahami konteks perjuangan komunis antarabangsa dan sebaliknya melihat bahawa 40 tahun pemberontakan komunis di Malaya adalah "Chin Peng melawan seluruh jentera kerajaan".
Beliau menegaskan bahawa kajian menunjukkan struktur komunis adalah secara kolektif dan ia bukan "one-man-show" di Chin Peng yang membuat semua keputusannya.
"Saya tidak tahu mengapa ia perlu jadi begini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya adalah bahawa baik atau buruknya - siapa pun Chin Peng, latar belakangnya ialah perjanjian damai telah ditandatangani. Kita mesti menghormati terma dan syarat-syaratnya," katanya.

Ditanya oleh stesen radio itu bagaimana pada pandangannya sejarah akan
mengenang Chin Peng, Abdul Rahim berkata: "Mereka (ahli sejarah)
sepatutnya boleh menganalisis Chin Peng sebagai pemimpin komunis -
peranannya dan peranan partinya - dalam menentang British, dalam
menghalau British.
"Peranan beliau dalam proses damai - kegagalan rundingan Baling dan kejayaan rundingan damai Phuket yang membawa kepada Perjanjian Damai Hatyai."
Abdul Rahim sentiasa konsisten mahukan kerajaan berpegang kepada syarat-syarat perjanjian damai itu dan telah membuat gesaan yang sama dalam satutemubual pada tahun 2009 denganMalaysiakini supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.
Chin Peng meninggal dunia pada 16 September pada usia tua, yang kebetulan adalah tanggal Hari Malaysia.

Jumaat, 20 September 2013
PKR lancar pusat latihan REFORMASI
Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan pusat latihan
parti tersebut yang dinamakan Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya
Masyarakat (REFORMASI).
REFORMASI menawarkan latihan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dengan misi untuk membawa golongan tersebut "beranjak daripada toleransi kepada penghargaan dan penghayatan sebuah Malaysia yang majmuk kaum, budaya dan kepercayaannya".
Pusat latihan yang terletak di Puchong itu antara lain menawarkan bengkel Neuro-Linguistic Programming (NLP), kemahiran berunding berkesan untuk pemimpin politik serta siri kursus negara dan diri dalam rangka kursus pembangunan diri.
Tokoh korporat Datuk Seri Dr Edmund Santhara bertindak sebagai pengarah eksekutif REFORMASI sementara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertindak sebagai pengarah.
Pusat latihan itu mula beroperasi secara rasmi esok dengan kursus melatih jurulatih dengan topik khusus 'Tahaluf Siyasi'.
Kursus esok akan dibimbing oleh seorang pendidik Nigeria, Sheikh Nuruddin Lemu.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan boleh mengunjungi www.reformasi.com.

Rabu, 18 September 2013
TG HJ HADI TOLAK PROGRAM BANTU MELAYU SAHAJA, KAUM LAIN JANGAN DI ABAIKAN
KUALA LUMPUR: PAS menolak program pemerkasaan yang diumumkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu atas alasan ianya hanya fokus
kepada satu kaum sahaja.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebagai sebuah parti yang menggunakan slogan kerajaan kebajikan, PAS tidak mendokong program yang meminggirkan kaum minoriti di negara ini.
"Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan.
"Perlembagaan jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," katanya semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata pemilihan PAS yang akan berlangsung November ini tidak akan memanggil jawatankuasa pemantau luar seperti yang dilakukan DAP kerana menurutnya kondisi pemilihan PAS berbeza dengan DAP.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Muktamar PAS akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam.
Katanya, jawatankuasa parti itu sedang melihat peraturan perjalanan muktamar supaya perjalanan parti pada November ini berjalan lancar.

Khamis, 12 September 2013
APA TANDA HIDUP KITA TIDAK DIBERKATI ALLAH SWT
EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Rabu, 11 September 2013
MUAK DGN AEMNO....ATAU PEMIMPINNYA
Antara muak dengan Umno dan muak dengan pemimpin Umno - Shahbudin Husin
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz bersetuju dengan pandangan Jazlan bahawa Umno mesti berubah untuk kekal relevan. Bagaimanapun Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein menyelar pandangan Jazlan itu dan menyifatkan sebagai usaha menarik perhatian menjelang pemilihan Umno berikutan Jazlan mengumumkan mahu bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno kali ini.
Bagi Hishammudin juga, pandangan Jazlan itu jelas tidak tepat dan tersasar dari hakikat yang sebenarnya berikutan Umno masih mampu mencapai kejayaan membanggakan iaitu sebanyak 88 kerusi daripada keseluruhan 133 kemenangan BN dan di sebalik parti lain mengalami kemerosotan sokongan.
Di media sosial pula, ada juga mengutuk Jazlan berikutan pandangannya
itu. Ada yang mengatakan, kalau sudah muak buat apa beliau mahu
bertanding MT Umno dan ada juga yang mengatakan pandangannya itu sebagai
luahan rasa kecewa kerana tidak dilantik sebarang jawatan dalam kabinet
meskipun sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen.
Jika jumlah kerusi yang diambil kira, memanglah Umno dan BN masih memang tetapi haruslah juga disedari bahawa kemenangan BN dalam pilihan raya lalu hanya disumbangkan oleh 47 peratus undi rakyat sahaja sedangkan pembangkang yang memenangi 89 kerusi meraih lebih 51 peratus undi.
Kemenangan undi rakyat atau undi popular ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai iltizam yang tinggi untuk menukar kerajaan dan menolak BN tetapi hanya diselamatkan oleh sistem pilihan raya yang digunakan.
Jika undi popular ini digambarkan sebagai rasa muak rakyat dan mungkin memberi keputusan yang lebih buruk dalam pilihan raya akan datang berikutan banyak janji untuk berubah tidak ditunaikan, pandangan Jazlan nyata ada kebenarannya. Tidak mustahil penolakan rakyat menjadi bertambah besar lagi.
Sebelum pilihan raya, ramai pemimpin dan menteri yang menjadi kebencian rakyat dan diberikan isyarat ditukar tetapi sementara sebahagian kecil ditamatkan khidmatnya, ramai lagi yang dikekalkan. Malah yang tidak diberi bertanding, diberi pula jawatan lain yang bertaraf menteri. Yang tidak sepatutnya jadi menteri, dijadikan menteri. Yang sepatutnya pencen, disambung lagi khidmatnya di arena yang lain pula.
Secara puratanya, penonjolan pemimpin muda masih lagi terbatas. Najib dilihat masih tidak mempercayai tenaga muda dalam pentadbirannya sedangkan itulah sebahagian daripada janji perubahan yang dilafazkannya.
Keadaan ini bukan yang dikehendaki oleh rakyat dan ahli Umno. Zaman ini dan zaman akan datang adalah masa untuk anak muda ditonjolkan sebagai pelapis. Jazlan mungkin ada rasa kecewa dalam dirinya tetapi beliau juga mewakili pemimpin muda lain yang turut rasa terabai dan dipandang sebelah mata oleh pucuk pimpinan.
Selain janji untuk berubah dari segi menampilkan golongan muda yang tidak ditunaikan, rasa muak rakyat yang digambarkan Jazlan juga mungkin berdasarkan pemerhatiannya mengenai gelagat pemimpin dalam kerajaan sendiri yang seperti tidak mengambil iktibar atau pengajaran daripada keputusan pilihan raya lalu. Selepas pilihanraya, masih ramai lagi pemimpin yang tidak berubah sikapnya dalam membela rakyat.
Seharusnya dengan kehilangan undi popular, hanya mendapat sokongan daripada penduduk kampung dan desa pedalaman, semakin ditolak oleh pengundi bandar, separa bandar, golongan muda dan terpelajar serta hanya 23 kerusi yang memisahkan BN dengan tampuk kuasa, sikap, pemikiran dan perangai pemimpin hendaklah berubah sama.
Bukan saja tidak sepatutnya ada lagi kedengaran pemimpin atau menteri bergaya mewah dan berlagak sombong, bahkan tidak seharusnya juga ada pemimpin yang mengatakan jangan makan ayam bila harga ayam semakin mahal, tanam sayur sendiri bila harga sayur mahal, pindah ke luar negara jika tidak setuju dengan undang-undang negara dan jangan beli rumah kalau harganya makin mahal.
Perangai dan pemikiran menteri yang sedemikian tentulah menyebabkan rakyat makin muak dengan Umno. Perangai pemimpin seperti ini bukan menunjukkan mereka membela rakyat tetapi pembuli rakyat. Jawatan, amanah dan kuasa yang ada bukannya digunakan untuk meringankan beban hidup rakyat, sebaliknya semua kegagalan sebagai pemimpin cuba diletakkan bebannya kepada rakyat.
Rakyat juga muak dan menyampah dengan menteri yang hanya tahu memberi amaran dan menggunakan isu dalam masyarakat seperti jenayah dan sebagainya untuk menaikkan populariti diri sendiri sedangkan tindakan atau hasilnya asyik ke laut saja.
Apabila ada pemimpin kecil seperti Jazlan mengatakan kebenaran dan memberitahu rakyat sudah muak dengan Umno, pemimpin besar seperti Hishammuddin janganlah pula jadi sasau kerananya. Terimalah hakikat dan diri sendiri pula mungkin sebahagian daripada punca rasa muak rakyat terhadap Umno selama ini.
Jika Jazlan dituduh mencari populariti dengan mengkritik Umno, bukankah tindakan Hishammuddin mempertahan, malah memuji-muji Umno sehingga ke langit itu lebih bersifat meraih populariti dan mencari undi juga walaupun sikap itu turut menambahkan lagi rasa muak rakyat? – shahbudindotcom.blogspot.com, 10 September, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Isnin, 9 September 2013
Langgan:
Catatan (Atom)