Rabu, 28 Mac 2012

Rakyat Ampang terpukau dengan fakta negeri Selangor, negeri maju dan berkebajikan di Kosa semalam


Lebih 5,000 memenuhi padang bola Taman Kosas Ampang malam tadi @27 Mac 2012 mengikut ceramah Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Turut sama YB Azmin, Yb Zuraida dan Yb Khasim. Walaupun di laman Fb ada gesaan dan ancaman oleh golong tertentu akan bertindak ke atas orang ramai yang hadir ke situ namun ancaman berkenaan tidak dihiraukan.

Antara ancaman yang dibuat oleh pihak tertentu di Fb mengajak orang ramai datang untuk menghalang 'Israel' menjejaki bumi Ampang. "Mari kita ramai-ramai menghalang Isrel daripada memijak bumi Ampang". Begitulah salah satu ancaman yang dihantar ke Fb.


www.shaiful-hulusgr.blogspot.com

Rabu, 21 Mac 2012

MENGAPA ANAK LUAR NIKAH BERLELUASA, 257,000 LAHIR TANPA NAMA BAPA PADA SIJIL KELAHIRAN

Sedarkah anda.

Di Malaysia... Satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!...ini adalah salah satu petanda akhir zaman iaitu zina bermaharaja lela... Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.

Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang.

Dimana silap kita sebenarnya??

Rabu, 7 Mac 2012

Fransicor burger Mat Salai beri peluang berniaga kepada Ibu tunggal

Satu sesi taklimat keusahawanan wanita telah di adakan pada petang tadi di Gerai MPS,  Batu 16, Pekan Rawang bersama penganjur, AE Phoenix Resources dan NGO, Wanita Prihatin Selangor. 
Pengarah Urusan Mat Salai Sdn Bhd,  Maznah Muhamad berkata, program dengan kerjasama NGO seperti Wanita Prihatin Selangor itu dapat memberi peluang kepada golongan memerlukan melalui penglibatan Ibu-ibu tunggal untuk mengikuti kursus dan mendapatkan kios secara percuma.

Seramai 40 peserta dari golongan Ibu Tunggal telah menyertai sesi taklimat franshise tersebut.

“Mat Salai memberikan kios burger mudah pasang dan mudah alih bersama 50 bahan mentah termasuk peralatan berniaga bagi peserta yang dipanggil mentee untuk menjalankan perniagaan sebaik sahaja selesai kursus. Ia bertujuan meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan perniagaan terutama kepada belia dan Bumiputera,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan memantau perjalanan setiap mentee selain menghantar laporan kepada kementerian setiap dua minggu berhubung kelancaran setiap perniagaan.

“Kita juga tidak teragak-agak menarik balik kemudahan yang diberikan sekiranya mendapati mentee tidak dapat menjalankan perniagaan sepertimana yang dikehendaki,” katanya.

Maznah berkata, peserta OKU, ibu tunggal dan penduduk miskin antara yang terpilih.

Menurutnya, Mat Salai yang ditubuhkan sejak Disember 2007 mempunyai 1200 kios (mentee) termasuk di semenanjung, Sabah dan Sarawak.