Sabtu, 28 Mei 2011

Sesi Penerangan - Jom Masuk UNISEL di DUN Batang Kali (Sabtu -28 Mei 2011 3 ptg)

Satu sesi penerangan "Jom Masuk Unisel" telah diadakan di Dun Batang Kali, dimana lebih 50 orang termasuk pelajar lepasan SPM telah hadir untuk mendengar taklimat dari pegawai dan ketua jabatan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL).
Penyelaras Dun Batang Kali memerangkap Pengerusi, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali-Bukit Sentosa, Tuan Mohd Nashruddin Abd Aziz telah selamat menyempurnakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Tuan Hj Hamdan Datuk Mohd Salleh dan Cik Eda Suhan Sharudin yang mewakili Prof Dr Mujaini Tarimin, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, UNISEL . Diantara kata-kata perangsang oleh Tuan Nashruddin adalah berkenaan pentingnya kauliti dan bukannya kuantiti yang perlu dihayati apabila berbicara tentang situasi graduan-graduan sekarang di institusi pengajian tinggi..
Saudara Shaiful Anuar Sulaiman, Pegawai Khas Dun Batang Kali ketika mengulas tentang majlis yang diadakan memberitahu bahawa tujuan utama dianjurkan majlis seperti itu adalah untuk membantu lepasan SPM ditahun lepas untuk berpeluang sendiri mendengar syarat-syarat kemasukan dan kelebihan yang ditawarkan oleh pihak ipt tersebut.

Ahad, 22 Mei 2011

ALFATIHAH - TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT (21 MEI 2011 AHAD)

Bagi pihak pejabat Pusat Khdmat Rakyat DUN Batang Kali, kami mengucapkan takziah dan alfatihah untuk kaum keluarga dan mangsa tanah runtuhan Madrashah AtTaqwa Hulu Langat pada 21 Mei lepas...

Selasa, 17 Mei 2011

WANITA HULU SGR KE PEMERIKSAAN MAMMOGRAM SEL 15 MEI AHAD




KUNJUNGAN AHLI MAJLIS DAERAH KE PUSAT TUISYEN RAKYAT DUN BATANG KALI (15 MEI 2011 AHAD)


Kunjungan Pn Kameliyah Bien, Ahli Majlis Daerah Hulu Sgr bersama Pn Norhayatie, Naib Ketua Wanita PKR Cabang ke pusat tuisyen rakyat  (PTRS) di Bukit Sentosa baru-baru ini telah sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada peserta -peserta PTRS, selepas dapat mendengar nasihat dan pengalaman yang di kongsikan.. Ahli Majlis Zon Bukit Beruntung jugak bersetuju membiayai sarapan pagi pelajar-pelajar tersebut pada minggu berikutnya sebagai tanda sokongan dan prihatin..

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU !

Selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru. Terima kasih buat guru-guruku yang telah mengajar dan mendidikku dan anak bangsaku dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Tidak lupakan ku ucapkan Selamat Hari Guru buat rakan-rakan yang menjadi guru !! Anda umpama sebatang lilin, membakar diri menerangi org lain...

Sabtu, 14 Mei 2011

SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY

SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROF. DR. WAHBAH AL-ZUHAILY
Tajuk :Sumpah dan Qazaf
Tarikh :
14 Mei 2011 (Sabtu) 
Masa :
2.30 ptg – 4.30 ptg 
Tempat :
Dewan Solat, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor 
 

SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA
Tarikh:
14 Mei 2011 (Sabtu)Masa:
6.30 petang
Tempat:
Stadium Selayang

Khamis, 12 Mei 2011

Laporan polis berkenaan projek ic... (Rabu 11 Mei 2011)

Kehebatan Ketua Penerangan Cabang Hulu Selangor bersama kepimpinan negeri telah memberikan impak hebat kepada UMNO Hulu Selangor dalam menerajang strategi politik jahat parti UMNO untuk meraihkan sokongan dalam pilihanraya akan datang. Usaha mengambil pengundi dari kalangan pendatang asing berkad pengenalan merah memang telah wujud semasa pilihanraya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, menjadikan usaha strategi UMNO ini sebagai pengguat kemenangan tipis di kawasan pilihanraya seperti di Parlimen Hulu Selangor ini. Dengar khabar calon dari UMNO akan bertanding di sini...

(www.shaiful-hulusgr.blogspot.com)

Sabtu, 7 Mei 2011

TS KHALID MENDENGAR DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT

KAJANG 7 Mei – Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam  turun padang ke Daerah Hulu Langat bagi menyelami, mendengar dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat di daerah ini.
Pada sesi pagi, Menteri Besar menghadiri perhimpunan pagi bersama kakitangan awam di padang Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat yang dihadiri kira-kira 500 orang yang terdiri pegawai kanan kerajaan,ketua jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun.
Pada perhimpunan selama sejam itu, Menteri Besar mengingatkan kakitangan awam supaya bekerja dengan jujur dan efektif kerana negeri Selangor telah melangkah jauh ke hadapan berbanding negeri-negeri lain.
Selepas itu, beliau mengadakan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Dewan Bandaran Kajang, untuk mendengar masalah dan cadangan bagi meningkatkan sistem pentadbiran negeri.
Pelbagai masalah yang diajukan termasuk masalah sistem perparitan, keadaan jalan yang teruk dan kemudahan infrastruktur yang tidak diselia dengan baik.
Menteri Besar, Exco dan Ketua-ketua jabatan kemudian menyertai orang ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Alang, Beranang. Selepas solat, Menteri Besar makan tengahari bersama jemaah di perkarangan masjid menerusi program Kenduri rakyat.
Beliau kemudian ke Dewan Orang Ramai Semenyih bagi menyampaikan sumbangan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Rakyat (MES) diikuti sesi dialog dengan orang awam.
Lebih 2,000 hadir sesi dialog itu dan mereka diberi peluang mengajukan pertanyaan secara terus kepada Menteri Besar, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPK).
Menteri Besar mengarahkan pihak terlibat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan setiap masalah dan aduan yang dikemukakan rakyat pada sesi dialog itu.
Menteri Besar berkata, beliau mengambil berat kekecewaan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang berlaku kerana  perancangan tidak betul oleh pentadbiran terdahulu.
“Kerajaan Negeri akan berusaha menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh,” kata Menteri Besar.
Pada sesi petang, Menteri Besar melawat Kilang Sate Haji Samuri di Sungai Ramal Dalam dan dibawa melawat sekitar kilang dan diberi penerangan mengenai latar belakang sate Haji Samuri sehingga menjadi perusahaan besar.
Menteri Besar menyifatkan Haji Samuri sebagai contoh ahli perniagaan sejati yang bermula dari bawah dan kini mempunyai perusahaan besar serta menjadi majikan kepada 500 pekerja.
Program Khas Turun Padang diakhiri dengan Ceramah Perdana Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat di Dewan Bandaran Kajang.