Rabu, 29 September 2010

RUMAH TERBAKAR DI TAMAN LEMBAH DAMAI, KERLING...



KERLING – Kegembiraan seorang pekerja pemasang khemah, berhari raya di rumah ibu mertuanya musnah setelah melihat rumahnya hangus dalam kejadian kebakaran malam semalam.
Alizam Mansor, 40, berkata, dia terkejut sebaik menerima panggilan daripada rakan isterinya mengatakan rumahnya terbakar. “Sedih dan terkejut bila dapat tahu rumah terbakar sebab ketika itu kami sekeluarga sedang beraya di rumah emak.
“Kami terus pulang tapi lihat rumah sudah hangus terbakar sebab api terlalu cepat merebak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Lembah Damai di sini.
Alizam berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.10 malam dipercayai berpunca daripada litar pintas yang bermula dari bilik utama.
Menurutnya, api yang merebak pantas memusnahkan perabot dan barangan elektrik termasuk dokumen.
Bagaimanapun katanya, api berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian dengan khidmat dua jentera Bomba dan Penyelamat daripada Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu.
Sementara itu, jiran mangsa, V Kumar, 36, berkata, ketika kejadian dia sedang makan malam bersama keluarga dan terkejut melihat api membakar rumah jirannya.
Katanya, sebelum kejadian bekalan elektrik terputus dan sebaik bekalan pulih dia melihat rumah jirannya terbakar.
“Ketika itu tiada orang dalam rumah dan melihat api sudah menjulang tinggi dari dalam bilik tidur.
“Selepas itu, saya panggil semua jiran untuk tolong padam api sebelum bomba tiba,” katanya.
Menurutnya, mereka terpaksa menggunakan paip getah termasuk baldi untuk memadam kebakaran daripada terus merebak.
Dalam pada itu, Ketua Biro Aduan Awam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, SM Poobalan berkata, beliau menerima maklumat berhubung kejadian itu setengah jam kemudian.
Menurutnya, beliau bergegas ke rumah mangsa dan melihat sendiri kejadian serta akan berusaha membantu. keluarga mangsa.
“Keluarga mangsa daripada kalangan kurang berkemampuan dan rumah ini disewa sebanyak RM200 sebulan dan mereka telah menetap lebih kurang tiga tahun di sini,” katanya.


Jumaat, 17 September 2010

Keluarga mangsa bunuh di bantu cabang PKR Hulu Selangor

Sumbangan kepada mangsa bunuh di Serendah, mayat dijumpai hari ini selepas hilang beberapa hari. Remaja yang bernasib malang baru berumur 18 tahun, anak kedua dari 5 beradek, Chandran a/l Sadyaapan berasal dari Taman Idaman, Serendah. Kami berharap pihak pdrm dapat membuat siasatan segera. dan dapat membantu keluarga yang didalam keadaan tertekan kerana kehilangan anak lelaki mereka. demikian harapan dari Ketua Komuniti Kaum India Selangor, Sdr SM Poobalan yang menyerahkan sumbangan wang tunai bagi meringankan keluarga mangsa tersebut. Beliau  diiringi Ketua Penerangan PKR, Sdr ShaifulAnuar dan Pn Kameliyah Bien, Ahli majlis Daerah Hulu Selangor.