Rabu, 28 April 2010

Datuk Hj Zaid Ibrahim bersedia membawa kes PRK Hulu Selangor ke mahkamah..


PKR sedang menimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya kerana mendakwa berlaku rasuah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Timbalan Presidennya, Dr. Syed Husin Ali berkata, calon parti tersebut yang kalah pada pilihan raya berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa peguam terkenal sedang meneliti bukti-bukti berkaitan pemberian wang kepada pengundi bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

"Kita juga akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perbuatan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berjanji memberikan wang RM50,000 kepada peneroka Felda Sungai Buaya," ujarnya.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid dengan majoriti 1,725 undi apabila memperoleh 24,997 undi.

Khamis, 1 April 2010

Perlukan Sukarelawan PRK 094 . . .

Tolong datang ke pejabat PKR Cabang Hulu Sgr, Bukit Sentosa untuk mengisi borang sukarelawan PRK kali ini ......terutama yang ada dalam gambar diatas ...

Razali Mokhtar, anak tempatan Batang Kali bakal calun parlimen hulu selangor ..

Bakal calun P094 berjumpa Ds Anwar malam tadi.....

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah menemui kira-kira 10 orang, termasuk penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut bakal dipilih menjadi calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya Hulu Selangor tidak lama lagi.
Menurut sumber-sumber, pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas tamatnya mesyuarat biro politik parti itu kira-kira jam 11 malam tadi.
“Mereka masuk (bertemu Anwar) secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan dua anggota biro politik, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) dan Shamsul Iskandar Md Akin,” kata mereka ketika ditanya tentang pertemuan tersebut.
Kerusi parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad ada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Berikutan itu spekulasi berhubung siapakah bakal dicalonkan bagi bertanding mempertahankan kerusi tersebut, berterusan dalam PKR.
Pelbagai nama disebut-sebut telah dikemukakan kepada parti. Selain Zaid dan Shamsul (kiri), turut disebut-sebut ialah penceramah popular, Badrul Amin; presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar; dan aktivis peguam, N Surendran.
Manakala PKR cabang tersebut pula menamakan dua anak tempatan - Razali Mokhtar dan Datuk Dr Halili Rahmat.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber memberitahu kesemua nama yang disebut-sebut itu dipanggil, termasuk beberapa nama lagi yang tidak diketahuinya.
“Jumlah kesemuanya kira-kira sepuluh orang,” kata sumber-sumber itu. Terdapat sumber lain memberitahu, jumlah keseluruhannya 11 orang.
Tambah mereka, pertemuan tersebut hanya sesi “sembang-sembang” dengan Anwar bagi mengenalpasti calon yang paling layak untuk dipilih.
Ditanya tentang perbincangan biro politik yang bersidang malam tadi, sumber-sumber memaklumkan bahawa soal pemilihan calon ditimbulkan tetapi “tidak dibincangkan sangat” kerana ia merupakan bidang kuasa presiden dan ketua umum.
“Presiden dan ketua umumlah yang akan memilihnya,” katanya yang menjangka pemilihan calon tidak akan dibuat tergesa-gesa, termasuk dalam mesyuarat majlis tertinggi PKR Ahad ini.
Ditanya tentang nama-nama yang dianggap selesa, sumber tersebut menamakan Syed Shahir dan Khalid.
“Yang lainnya masih 50-50,” katanya sambil menambah, kemungkinan terdapat di kalangan mereka yang dipanggil semalam tidak berminat dan akan memberikan laluan kepada pihak lain.

Ayuh bersama pertahankan Parlimen Hulu Selangor !