Pusat Khidmat Rakyat akan terus memberikan perkhidmatan. Setiap hari ada pengadu yang datang ke pejabat. Masalah kewangan selalu menjadi aduan, terutama membayar Along yang bila manisnya masa memberi, tetapi bengisnya bila meminta balik.
Satu keluarga, bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan lima anak, isteri yang baru mendapat anak yang kelima, telah datang ke pejabat dari Emkay, meminjam duit dua ringgit dari jiran untuk berjumpa "YB". Kesah sedeh yang selalu kami dengar, dengan ketiadaan orang yang membantu, betapa nasib orang melayu ini, telah mendorong pejabat untuk membantu mereka ini, tetapi mengambil masa sedikit. Anak mereka tiada surat beranak (kecuali yang sulung) dan ibunya sendiri tidak mempunyai surat beranak disebabkan di daftar oleh keluarga yang mebelanya.. macam-macam cereta sedih..
Harapan kami agar semua berhati- hati dengan "along: dan jangan terjebak.
SUK DUN Batang Kali