Khamis, 31 Disember 2009

KANAK2 ORANG ASLI SAMBUT HARI KOMUNITI ORANG ASLI !

SERENDAH – Seramai 60 kanak-kanak Orang Asli dari Kampung Orang Asli Serendah selesai mengikuti program Hari Komuniti Orang Asli dan Kem Kembali ke Sekolah. 
Program selama tiga hari itu mendedahkan kanak-kanak Orang Asli mengenai semangat dan perjuangan yang perlu dilakukan dalam membawa perubahan terhadap kehidupan masyarakat minoriti itu. 
Setiausaha Kehormat, Persatuan Kebajikan, Amal dan Wanita Selangor (Pekawanis), Norani Samsudin berkata, inisiatif dilakukan Darul Fitrah Services Centre itu berjaya memberi pendedahan sewajarnya kepada masyarakat Orang Asli mengenai kepentingan pendidikan. 
Menurutnya, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), usaha itu juga berhasil dan memperlihatkan kesungguhan kanak-kanak untuk berubah ke arah lebih baik. 
“Saya memuji semangat istiqamah yang ditunjukkan peserta sehingga berjaya mengikuti kem ini dengan jayanya. 
“Program ini amat bermanfaat terutama bagi mendedahkan kanak-kanak terutama Orang Asli mengenai keperluan pendidikan dengan penerapan modul pelbagai,” katanya ketika berucap merasmikan penutup program tersebut di sini. 
Hadir sama, Pegawai JHEOA Daerah, Zainal Abidin Mat dan Tok Batin, Hikang Saria. 
Di majlis itu, kerajaan negeri turut menyumbangkan beg dan peralatan sekolah kepada semua peserta. 
Norani yang mewakili Isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut berkata, program itu juga mampu membentuk misi hidup peserta dalam membawa mereka merentas keadaan daif kepada yang lebih baik. 
Sementara itu, Zainal berkata, JHEOA sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam membantu usaha kerajaan negeri mengadakan program serupa. 
Sambil memuji usaha dilaksanakan, beliau percaya dengan adanya program sedemikian ai akan dapat membantu kanak-kanak dan keluarga Orang Asli khususnya untuk lebih berjaya.

WACANA GENDER - Keadilan Sosial dan Perspektif Gender



Semua dijemput hadir.
9 Jan (1ptg) SABTU -
10 Jan (hingga 5 ptg) AHAD


Sila hubungi: 019-2676879/0162657551 
atau email: rozainiebbm@yahoo.com 
untuk keterangan lanjut

Di antara pembentang kertas kerja - 

Mantan Timbalan Menteri Kementerian Pemberdayaan Wanita Indonesia, 

Dr Yusuf Supiandi ;

Dr Cecilia Ng, aktivis wanita (beliau juga berkhidmat di Women's Development Research Centre, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang) ; 
dan YB Saari Sungib (Adun Hulu Kelang).


Wacana akan dihadiri beserta Amanat kepada Wanita Malaysia oleh Dato'Seri Anwar Ibrahim.

Rabu, 30 Disember 2009

Nik Aziz gugur dua setiausaha

SHAH ALAM  - Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan akan mengugurkan dua setiausahanya berikutan spekulasi yang timbul, baru-baru ini.
Antara yang digugurkan ialah setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haron dan juga setiausaha akhbarnya, Mohd Saiba Yaakob.
Satu portal berita tempatan menyatakan pengguguran Exco kewangan dan perancangan ekonomi itu  kerana didakwa sering terlibat dalam kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz.
Bagaimanapun, setakat ini tidak jelas rombakan pegawai menteri besar dibuat berkaitan dengan kontroversi yang kini melibatkan Nik Abdul Aziz atau sebab-sebab lain.

Selasa, 29 Disember 2009

Adakah penubuhan bomba sukarela pilihan terbaik bagi komuniti ....


HULU YAM - Susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan lapan premis perniagaan di Pekan Hulu Yam baru-baru ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPS) hadir membuat pertemuan dengan kesemua pemiliknya bagi memperjelas keadaan sebenar berlaku sehingga mengakibatkan kemusnahan. 

Pengarahnya, Soiman Jahid berkata, pelbagai faktor yang menyumbang kepada keadaan itu dan hasil penjelasan yang dibuat diterima dan diakui pemilik premis berkenaan. 
Menurutnya, JBPS mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang. 
“Tindakan awal Jabatan ialah dengan memasang dua pili bomba berdekatan dengan lokasi kejadian dan telah membuat pemantauan secara keseluruhan serta penyelenggaraan. 
“Malah, bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang, kita telah menubuhkan pasukan bomba sukarela yang diketuai seorang pemilik premis dan Jabatan akan membekalkan segala peralatan diperlukan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam. 
Hadir sama, Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Selangor, Superintendan Zainuddin Mohd Nasir serta beberapa pegawai JBPS. 
Soiman berkata, kerjasama dan komitmen penduduk amat diperlukan dalam memastikan kejadian serupa tidak berulang. 
Beliau turut menasihatkan penduduk supaya melaporkan sebarang kejadian terus kepada balai berdekatan tanpa melalui pihak tengah. 
Menurutnya, langkah itu bagi mengelakkan masalah komunikasi sehingga mengakibatkan kelewatan dan sebagainya. 
Sementara itu, hasil siasatan mengenai punca sebenar kejadian itu masih belum diketahui, bagaimanapun Jabatan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada peralatan elektrik.
(SH 29/12/2009)

Ahad, 27 Disember 2009

Rock to vote untuk anak muda di Sungai Buaya, Batang Kali - 26 Dis 2009 (Sabtu)


Perasmian program untuk anak muda di Bandar Sungai Buaya, DUn Batang Kali telah dibuat oleh YB Pembantu Exco Belia, Tuan Amiruddin Saari, merupakan ADUN Batu Caves. Tahniah kepada Ketua Kampung Sungai Buaya yang bertungkus lumus bersama Sekretariat Cabang yang lain.

GARA-GARA TERLELAP, 10 PENUMPANG TERBUNUH !




IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang. 

Sabtu, 26 Disember 2009

ANWAR KE MAJLIS MAKAN MALAM RASA, SEMUA DIJEMPUT HADIR !


MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DS ANWAR DAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DI PEKAN RASA, SABTU 2 JAN 2010 JAM 8 MLM

UTK JUALAN MEJA, HUBUNGI  (SITI 03 60573588 PEJ PARLIMEN HULU SGR)

Jumaat, 25 Disember 2009

DK HASAN ALI - SELANGOR MASIH BERUSAHA MENGAMBILALIH KONSESI AIR

RAWANG – Kerajaan Negeri masih meneruskan usaha dalam mengambil alih konsesi air di negeri ini. 
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali berkata, Kerajaan Negeri kekal aktif menguruskan perkara itu. 
“Usaha Kerajaan Negeri masih diteruskan untuk mengambil alih konsesi air di negeri ini, cuma formulanya saja yang masih tidak diperoleh. 
“Proses semakin aktif dan usaha ini tetap diteruskan,” katanya kepada Sinar Harian ketika mempengerusikan dialog berhubung masalah gangguan bekalan air di Rawang Perdana di sini. 
Dialog itu turut dihadiri wakil penduduk, serta Pengurus Besar Kanan Bahagian Wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Ismail Rusmin dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Othman Idris. 
Dr Hasan berkata, pengambilalihan konsesi itu daripada Syabas dianggap mampu menyelesaikan masalah selain menjayakan program penstrukturan air di negeri ini. 
Dalam pada itu, ketika menjelaskan masalah dihadapi penduduk berhubung gangguan bekalan air melibatkan lima kawasan di Rawang Perdana, Dr Hasan berkata, rundingan bersama Syabas aktif dijalankan. 
“Kerajaan Negeri tak mahu tangguh lama-lama kerana semakin cepat diselesaikan, maka akan beri keuntungan kepada rakyat. 
“Rundingan ini juga mampu mempercepatkan program penstrukturan semula air di Selangor,” katanya. 
Ditanya adakah jaminan tempoh masalah itu akan berakhir, beliau berkata, pada hakikatnya tidak ada pihak yang sengaja melambatkan usaha berkenaan kerana semua pihak akan menanggung kerugian termasuk rakyat. 
Bagaimanapun, katanya, sudah ada formula yang mempersetujui Kerajaan Negeri, tetapi perbincangan dengan Kerajaan Pusat masih tidak dapat membuat keputusan penyelesaian konkrit. 
Sinar Harian sebelum ini mendedahkan laporan mengenai masalah gangguan bekalan air di Rawang Perdana dan Syabas dalam kenyataan balas menjelaskan masalah sebenar dihadapi menyebabkan gangguan itu tidak dapat diatasi. 
Sementara itu, Ismail berkata, Syabas menjelaskan mengenai perkara itu dan usaha yang mampu dilakukan hanya dengan melaksanakan kerja pembersihan paip utama. 
“Syabas menyedari masalah yang dihadapi penduduk di sini ekoran berlakunya paip pecah dan bocor yang disebabkan oleh paip utamanya yang sudah lama tidak diganti. 
“Kita melaksanakan Program Penggantian Paip Lama sebelum ini melibatkan kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, namun terpaksa dihentikan disebabkan tanggungan kos yang tinggi. 
“Bagaimanapun, Syabas bertanggungjawab dalam mengurangkan masalah ini ke tahap minima dan kita melaksanakan kerja pembersihan paip bagi mengatasi masalah air kotor dan tekanan air rendah,” katanya.

Isnin, 21 Disember 2009

Dikaunter Wanita Hulu Selangor - Program Mendekati Rakyat 20 Dis 2009 Ahad-Jalan Semarak


Sambutan Krismas Peringkat Dun Batang Kali - 20 Dis 2009 Ahad (7mlm)


Pusat Khidmat Rakyat DUn Batang Kali bersama Persatuan Sosial dan Kebajikan  Cina Hulu Selangor telah berjaya menganjurkan majlis sambutan Xmas bertempat di Dewan Komuniti Bukit Sentosa pada 20 Disember 2009 hari Ahad lepas.
Lebih dari 600 penduduk disekitar Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa telah hadir dan bersama menyaksikan persembahan koir, tarian dan pertunjukan dari Kumpulan Tarian Line Dance, Bukit Sentosa. Semua kanak-kanak yang hadir juga telah menerima hadiah dari SantaXlaus pada malam itu. Seramai 50 orang warga emas telah diberikan sumbangan dan hamper sempena perayaan krismas oleh tetamu khas malam itu.
Turut hadir dimajlis tersebut adalah tetamu khas, Yb Tuan Abdul Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, Nashruddin Abd Aziz, Penyelaras Dun Batang Kali, Pn Mai Md Zin, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor dan Major Yew Cheng Soon, Pengerusi Persatuan Sosial dan Kebajikan Cina Hulu Selangor.
Majlis berakhir kira-kira jam 11 malam.

Ahad, 20 Disember 2009

Bersama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya..PRU13 191209



PROGRAM DUN BTG KALI -20 DISEMBER 2009 AHAD

1) Majlis Mendekati Rakyat, Bkt Beruntung BB7
    11pg.. Dailog bersama JMB/COB
      3ptg. Majlis sumbangan kpd anak yatim, fakir miskin
      Lokasi : No.70 Jalan Semarak 3C Seksyen BB7 Bkt Beruntung

2) Majlis Sambutan Xmas Dun Batang Kali
      7mlm - 11mlm (Sumbangan kpd fakirmiskin, Xmas choir, Line dance)
      Lokasi : Dewan Komuniti Bkt Sentosa



Khamis, 17 Disember 2009

MALAYSIA MENANG 1-0 KEATAS VIETNAM - PINGAT EMAS MILIK MALAYSIA !

Pasukan bolasepak Sea Games 2009 telah memenangi pingat emas bagi negara selepas selama 20 tahun tidak memenanginya dari tahun 1989. Kemenangan negara 1-0 keatas negara Vietnam walaupun melalui gol sendiri oleh pemain Vietnam, sudah tentu melonjakkan permainan bolasepak di negara kita.
Tahniah kepada Pengurus, Jurulatih dan Pemain-pemain bolasepak Sea Games 2009 !!

SALAM MAAL HIJRAH !!




Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan nafas perjuangan menegakan keADILan dan kebenaran.
Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya diallui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Tetapi bagi posting kali ini che'GuBard ingin memperingatkan diri ini dan semua yang ingin berkongsi mengenai betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.
Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Rabu, 16 Disember 2009

TAHNIAH SENATOR TUAN SYED HUSIN ~


KUALA LUMPUR, Dis 16 — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di Bangunan Parlimen di sini.
Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.
Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. 

BAJET 2010 HAMPIR TIDAK DILULUSKAN PARLIMEN !




KUALA LUMPUR, Dis 15 — Bajet 2010, belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas dilantik sebagai Perdana Menteri April lalu, diluluskan dengan perbezaan undi amat tipis oleh Dewan Rakyat lewat malam tadi.
Bacaan kali ketiga diluluskan dengan 66 menyokong manakala 63 menolak — menjadi ujian kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Difahamkan ini kali pertama satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang tipis, di mana jika ditolak boleh membawa implikasi negatif terhadap kerajaan pimpinan BN. 
Pembangkang menganggap ia sebagai satu "kejayaan besar" buat PR yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dikatakan hampir 'berjaya' untuk menumbangkan kerajaan BN.
The Malaysian Insider difahamkan pemimpin tertinggi kedua-dua BN dan PR telah segera mengarahkan tindakan tegas diambil ke atas wakil-wakil mereka yang tidak berada di Parlimen malam tadi.
Berdasarkan amalan kerajaan demokratik, jika bajet tidak diluluskan ia boleh dianggap sebagai keputusan undi tidak percaya terhadap kerajaan semasa, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan yang baru.
Sebelum undian bacaan kali ketiga berlangsung, bajet itu diluluskan dengan perbezaan satu undi ketika ia melibatkan perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri — kementerian terakhir di peringkat jawatankuasa kali ini.
Pakatan pernah mempertimbangkan pendekatan ini ketika membahaskan Bajet 2009 tahun lalu selepas usaha projek 16 September Anwar gagal.
Perkembangan itu dikatakan telah mencetuskan suasana cemas di Parlimen malam tadi sehingga Najib terpaksa bergegas ke Parlimen untuk mengambil bahagian dalam sesi pengundian.
Turut mengambil bahagian dalam undian bacaan kali ketiga ialah Najib yang dilaporkan bergegas ke Parlimen selepas berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini malam tadi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga bergegas ke Parlimen dari lokasi majlis tersebut.
Kini, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat manakala PR 82 manakala tiga yang lain adalah Bebas.
Dewan Rakyat ditangguhkan kira-kira 11.15 malam tadi selepas bacaan kali ketiga diluluskan.
Najib membentangkan Bajet 2010 bernilai RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyatpada 23 Oktober lalu.
Najib dalam bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri yang bertemakan 1 Malaysia, Kemakmuran Bersama memperuntukkan RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.
Peruntukan belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ketika mengulas perkembangan tersebut berkata ia menunjukkan bahawa kehadiran PR semakin dirasakan.
"Kehadiran kami dirasakan... kami telah menunjukkan satu indikator penting malam ini (malam tadi)," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS kepada The Malaysian Insider.
"Keputusan (dengan perbezaan) satu undi di peringkat jawatankuasa dan tiga undi di peringkat bacaan kali ketiga telah memberi satu keyakinan bahawa kami boleh melakukan sesuatu yang signifikan di Parlimen... bahawa PR menjadi pakatan alternatif yang serius," katanya lagi.
"Kalau mengikut amalan House of Commons, jika bajet (2010) ditolak bermakna wujudnya undi tidak percaya terhadap kerajaan semasa," katanya.
Jawatankuasa buat Kementerian Kementerian Dalam Negeri adalah yang terakhir sebelum dibacakan kali ketiga.
Difahamkan suasana cemas itu bermula sebaik sahaja selesai sesi penggulungan peringkat Kementerian Dalam Negeri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Seperti lazimnya, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan kaedah meminta suara ahli sama ada bersetuju ataupun menolak.
Memandangkan kehadiran anggota Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, maka Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng mengesyorkan agar undi belah bahagian dijalankan.
Ketika syor itu diluluskan kehadiran wakil rakyat PR dilihat begitu ramai berbanding BN.
Apabila pengundian dijalankan ke atas perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, ia diluluskan dengan 64 menyokong manakala 63 menolak.
Situasi yang sama berulang semasa pengundian bacaan kali ketiga dilangsungkan atas permintaan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran agar undi belah bahagian dijalankan.
Kali ini Bajet 2010 diluluskan dengan 66 menyokong manakala 63 menolak.

Jumaat, 11 Disember 2009

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!




Bagi pihak pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali, patik memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala pada hari ini 11hb Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1431H, berkesempatan sekali lagi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan menyambut hari keputeraan baginda DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ.
Sebagai anak jati dan penduduk negeri Selangor ini, patik rakyat jelata merafak sembah dan menjunjung kasih memohon doa semoga kebawah Duli Tuanku dipanjangkan umur, beroleh kesejahteraan, dan dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat, amiin..
Patik rakyat jelata turut mendoakan negeri yang dicintai ini akan senantiasa aman damai, sejahtera, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak sayangkan keamanan dan keharmonian.

DAULAT TUANKU
Sembah Patik Harap Diampun

Rabu, 9 Disember 2009

Majlis Sumbangan Oku, Fakir Miskin dari Exco Selangor YB Ean Yong -Bukit Sentosa/Dun Batang Kali Rabu (9 Disember 2009 6ptg)


Malaysia menang 4-0 dengan Kemboja...


KEMENANGAN dicari, berjaya diperolehi apabila Kemboja ditundukkan 4-0 di Stadium Chao Anuvoung, semalam. Tetapi aksi dipertontonkan kesebelasan negara jelas tidak meyakinkan, sekali gus mencetus bimbang untuk pertembungan penentuan dengan Thailand, Jumaat nanti.