Selasa, 29 Disember 2009

Adakah penubuhan bomba sukarela pilihan terbaik bagi komuniti ....


HULU YAM - Susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan lapan premis perniagaan di Pekan Hulu Yam baru-baru ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPS) hadir membuat pertemuan dengan kesemua pemiliknya bagi memperjelas keadaan sebenar berlaku sehingga mengakibatkan kemusnahan. 

Pengarahnya, Soiman Jahid berkata, pelbagai faktor yang menyumbang kepada keadaan itu dan hasil penjelasan yang dibuat diterima dan diakui pemilik premis berkenaan. 
Menurutnya, JBPS mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang. 
“Tindakan awal Jabatan ialah dengan memasang dua pili bomba berdekatan dengan lokasi kejadian dan telah membuat pemantauan secara keseluruhan serta penyelenggaraan. 
“Malah, bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang, kita telah menubuhkan pasukan bomba sukarela yang diketuai seorang pemilik premis dan Jabatan akan membekalkan segala peralatan diperlukan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam. 
Hadir sama, Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Hulu Selangor, Superintendan Zainuddin Mohd Nasir serta beberapa pegawai JBPS. 
Soiman berkata, kerjasama dan komitmen penduduk amat diperlukan dalam memastikan kejadian serupa tidak berulang. 
Beliau turut menasihatkan penduduk supaya melaporkan sebarang kejadian terus kepada balai berdekatan tanpa melalui pihak tengah. 
Menurutnya, langkah itu bagi mengelakkan masalah komunikasi sehingga mengakibatkan kelewatan dan sebagainya. 
Sementara itu, hasil siasatan mengenai punca sebenar kejadian itu masih belum diketahui, bagaimanapun Jabatan tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada peralatan elektrik.
(SH 29/12/2009)

Tiada ulasan: