Isnin, 16 Februari 2009

Cerun Desa Melur runtuh bila-bila masa - SINAR HARIAN 16 FEB 2009


SERENDAH – “Cerun setinggi 250 meter di Desa Melur dilaporkan berisiko runtuh,” kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Dahlan. Menurut beliau, hasil lapo-ran yang dikemukakan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mendapati kawasan itu sudah tidak selamat didiami. “Berdasarkan laporan Ikram, cerun tersebut akan runtuh pada bila-bila masa bergantung kepada tahap ketahanannya. “Sehingga kini, Ikram hanya mengemukakan laporan mengenai status kesahihannya dan perlu menunggu sehingga 20 Mac depan untuk kerja merawat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan dialog bersama penduduk kawasan itu di Dewan Komuniti Desa Melor, di sini. Turut hadir 33 mangsa yang dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pangsapuri Sri Kiambang, Taman Tasik Teratai. Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Tukiman Nail dan Pengerusi Jawatankuasa Ke-majuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Hasnor Putih. Nor Hisham berkata, pihaknya akan membawa laporan berkenaan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini untuk tindakan lanjut. Beliau berkata, beriku-tan laporan itu kerajaan negeri akan meneruskan segala bentuk bantuan yang telah diberikan sebelum ini kepada mangsa terjejas.

Tiada ulasan: