Selasa, 30 Disember 2008

Malam Himpunan Mansuh ISA kecoh

Tuesday, 30 December 2008 09:52am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
BANGI 29 Dis. - Majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi di sini malam ini kecoh dengan kehadiran 500 penduduk Kampung Paya Mengkuang, Melaka bagi menyerahkan memorandum membantah penternakan babi di kampung mereka.Kekecohan berlaku apabila Unit Amal Pas yang mengawal keselamatan tidak membenarkan penduduk memasuki perkarangan kompleks bagi menyerahkan memorandum itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir untuk memberi ceramah pada majlis berkenaan.Keadaan menjadi tegang apabila berlaku kejadian tolak-menolak antara penduduk terbabit dan kira-kira 30 petugas Unit Amal yang tidak berpuas hati kerana penduduk tersebut menghalang laluan hadirin ke majlis itu.Keadaan menjadi reda setelah campur tangan pihak polis yang dengan persetujuan penganjur telah membenarkan lima ahli Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) diketuai Timbalan Pengerusinya, Rahimuddin Md. Harun yang mewakili penduduk kampung bagi menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mewakili Abdul Hadi kira-kira pukul 10 malam.Menurut kenyataan yang diedarkan kepada pemberita, Pewaris mendesak Abdul Hadi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak memastikan aktiviti penternakan babi di kawasan bermajoriti Melayu khususnya di Melaka tidak berleluasa demi perpaduan dan kedaulatan ummah di negara ini.Katanya, langkah itu adalah susulan kepada penyerahan memorandum sama kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mendesak diselesaikan segera isu ternakan babi di Kampung Paya Mengkuang di dalam kawasan Parlimen berkenaan.Kini terdapat 38 ladang babi dengan 5,000 ternakan itu di Kampung Paya Mengkuang."Pewaris akan terus menghantar memorandum kepada beberapa pemimpin lain mendesak mereka supaya tidak berkompromi dalam isu penternakan babi demi kepentingan umat Islam di negara ini,'' kata kenyataan itu.

Tiada ulasan: