Jumaat, 21 November 2008

SAH! KONTRAK NAIB CANSELOR UM DITAMATKAN


Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat esok tidak disambung.

Rafiah ketika dihubungi Utusan memberitahu telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak universiti yang memaklumkan perkara tersebut.

"Namun, saya tidak diberitahu sebab (kontrak) tidak disambung.

"Saya hanya dimaklumkan bahawa saya tidak akan disambung kontrak sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006.

Sebelum ini, kedudukan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua yang kian merosot dalam sistem ranking universiti dunia THE QS -WUR dikaitkan dengan faktor peribadi Naib Canselornya Dato' Dr Rafiah salim yang tidak mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD.

Isu tersebut ditimbulkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu.

"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD," katanya kepada Khaled.

"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.

Manakala Prof Hamirdin dalam 'posting' blognya hari ini memberitahu,

"Di desuskan Universiti Malaya akan dapat naib canselor baru. Tunggu sahajalah pengumuman rasmi. Naib Canselor baru, ranking boleh naik lagi kot."

Tiada ulasan: