Ahad, 15 Mac 2009

DESTINASI 'WHISTLE STOP" DI STADIUM KUALA KUBU BHARU-14 MAC 2009 SABTU 10 PAGI

SHAH ALAM, 14 MAC (SK) - MENTERI Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dan Exco kerajaan Negeri memulakan jelajah Selangor dengan menaiki bas dan berkonvoi hari ini.
Program yang dinamakan ”Whistle Stop” anjuran kerajaan negeri ini akan mengambil masa selama 8 hari yang bermula di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam dan destinasi pertama konvoi ini adalah di Stadium mini Kuala Kubu Bharu.
Program yang dianjurkan sempena sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini antaralain akan memperjelaskan dasar dan program kerajaan Pakatan Rakyat secara bersemuka dengan anggota masyarakat.
Disetiap tempat persinggahan, program ini akan diisi dengan Karnival Rakyat yang dianjurkan bersama oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan agensi-agensi kerajaan negi.
Selain itu, satu pentas utama turut didirikan untuk menjadi gelanggang pertemuan pemimpin tertinggi kerajaan negeri dengan rakyat jelata bagi mengeratkan silaturahim sesama rakyat.
Acara kemuncaknya ialah akan diadakan pada 21 Mac depan di Stadium Malawati, Shah Alam yang akan turut diadakan karnival,pameran, jualan yang akan mewarnai kemeriahan sambutan.
Turut berada di dalam bas menuju Kuala Kubu Baru selain Menteri Besar ialah Exco Dr Hassan Ali, Ronnie Liu, Dr Xavier Jayakumar, Dr Halimah, Rodziah, Timbalan Speaker DUN, YB Haliza, YB Iskandar Samad dan beberapa pemimpin kerajaan negeri.
Untuk jadual program, klik disini
Di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, konvoi Menteri Besar telah disambut dengan Tarian Orang Asli "Gewang" serta Tarian Singa dan Musik India setiba diperkarangan stadium, turut menyambut rombongan tersebut adalah Datuk Orang Kaya Jajahan Daerah, YM Raja Aman Shah, Pegawai Daerah, Nor Hisham Dahalan, Yg DiPertua Majlis Daerah dan Pengarah-pengarah DUN Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Bharu..
(Gambar-gambar di Stdm Kuala Kubu Bharu akan menyusul)

Jumaat, 13 Mac 2009

PELAJAR TERBAIK 20A DARI KELANTAN .....




KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.
Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.
“Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus,” katanya.
Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).
Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.
Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).
Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.
“Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami,” ujarnya.
Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.
“Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya,” kata beliau. - mj

WISTLE STOP DI STADIUM MINI KUALA KUBU BHARU- BERSAMA MB SGR 10 PAGI SABTU 14 MAC 2009


Rabu, 11 Mac 2009

7 MAC 2009 SABTU


Penyelaras DUN Kaw Baang Kali menyampaikan duit faedah MUE
kepada balu Allahyarham Cikgu Azman pada jam 6 ptg 7 Mac Sabtu yang
lepas dirumah allayarham sendiri, Taman Sri, Batang Kali

Program Merapati Rakyat bersama Exco Kanan Kerajaan, YB Datuk Hassan Ali
telah di adakan di Dewan Serbaguna, Kuala Kubu Bharu pada jam 3 ptg 7 Mac 2009
hari Sabtu yang lepas. Majlis telah dihadiri oleh Tuan YDP Majlis Daerah dan Tuan
Pegawai Daerah, Nor Hisham Dahalan.

MB Sgr: Prestasi Datuk Bandar, YDP dan Ahli Majlis akan dikaji



Saidah Hairan dan Wan Zahari Wan Salleh
SHAH ALAM, 11 Mac (Hrkh)-Menteri Besar dan exco kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengkaji semula keberkesanan pentadbiran Datuk Bandar dan YDP Majlis Bandaran setelah setahun mereka berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kertas penyelidikan mengenai prestasi Datuk Bandar, Yang DiPertua Majlis Bandaran dan ahli Majlis telah mula dikumpulkan bagi memudahkan pimpinan kerajaan membuat keputusan.
"Ia amat penting bagi menambahbaik perjalanan pentadbiran Majlis Bandaran dengan sebaik-baiknya," kata beliau ketika menjawab soalan daripada Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim dalam sesi soal jawab lisan, sidang DUN pagi tadi.
Beliau menjangkakan sebelum akhir Mei nanti akan mengemukakan beberapa keputusan daripada segi pentadbiran ahli Majlis serta pemantauan tentang usaha yang dijalankan oleh Datuk Bandar dan YDP.
Secara keseluruhan katanya, prestasi Datuk Bandar dan YDP telah memberi kerjasama serta cuba menjayakan dasar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Bagaimanapun, tambah beliau kerajaan negeri akan sentiasa memantau prestasi Datuk Bandar dari semasa ke semasa melalui mesyuarat berkala yang dipengerusikan oleh Jawatankuasa Tetap setiap bulan.
Khalid berkata, kerajaan negeri sedar masih terdapat rungutan daripada Adun, ahli Parlimen dan ahli Majlis mengenai Datuk Bandar dan YDP yang dikatakan kurang memberi kerjasama.
"Ada juga yang mempersoalkan keupayaan mereka dalam mentadbir Majlis Berbandaraan," jelas beliau.
Beliau menegaskan kerajaan negeri akan bertindak secara adil untuk menyiasat segala aduan yang dilakukan secara bertulis atau lisan dan sebaik-baiknya mempunyai bukti yang jelas.
Kerajaan negeri katanya di bawah Jawatankuasa Tetap Kajian dan Penyelidikan telah memperuntukkan RM20 ribu untuk menjalankan penyelidikan dan dijangka selesai hujung Mac 2009.
Menurut beliau, hasil daripada kajian penyelidian itu akan dapat membantu kerajaan negeri untuk membuat keputusan dan tindakan sewajarnya bertujuan mewujudkan pilihan raya kerajaan Tempatan./Sh_

Ahad, 8 Mac 2009

70,000 more Bangladeshi workers coming to M’sia..Macamana orang di MSIA ?


KUALA LUMPUR: More than 70,000 Bangladeshi workers are expected to arrive in Malaysia soon to take up employment in the plantation, construction and services sectors, the Labour Counsellor at the Bangladesh High Commission here, Talat Mahmud Khan, disclosed Sunday.
Talat said that despite the economic downturn and rising retrenchment in Malaysia, Bangladeshi workers were still in demand as they were considered to be hardworking, efficient, obedient and trainable and did not demand a high salary.
Bangladeshi workers were known to be able to handle multiple tasks, he added.
He explained that though there was a temporary freeze on the intake of foreign workers in the services sector, the visas for these Bangladeshi workers were approved before the imposition of the restriction.
With the upcoming arrival of more Bangladeshi workers, their number in the country would swell to almost 500,000, including 2,000 women, he told Bernama.
Talat said that at present Bangladeshi women workers were confined to the manufacturing sector, mainly in the garment and glove-making factories. They were not allowed to work as domestic maids.
He said the main grouse of the Bangladeshi workers here was that many of them were not given the promised proper living quarters and medical benefits by their management.
They were also unhappy with the delay in the renewal of their visas, which sometimes took up to three months. In the interim period, they were considered illegal immigrants, he added.
"This is why many of the Bangladeshi workers get caught by the Malaysian immigration (authorities)," he explained.
The Bangladesh High Commission has set up a halfway centre in Semenyih to house such workers. The centre, which can accommodate about 1,000 workers at any one time, has modern facilities from kitchen to television and also computers.
Talat said he hoped that the Malaysian government would reduce the transfer fee for workers wanting to change their sector of work. The fee now is RM350.
He said the compound fee for expired visa was also high, at RM30 per day, and suggested that this fee be reduced to about RM100 for the first three months.
Talat said he was happy with the cooperation extended by the Immigration Department as it had helped the High Commission to resolve many issues pertaining to the workers.
On the social impact of the Bangladeshi workers on Malaysian society, he said the impact was low as the workers were confined mostly to their workplaces and seldom ventured outside.
"However, considering the huge Bangladeshi population in Malaysia, I do not discount the possibility of a few Bangladeshi youths getting involved with local girls, but this is very rare," he stressed.
By and large, Bangladeshi workers were here to earn a honest living and return to their homeland after finishing their contract, he said - Bernama

WACANA EKONOMI UMMAH 2009 (WEU ’09)

PEMBENTANG KERTASKERJA:
1.YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
Menteri Besar Selangor Darul EhsanUcapan dan Perasmian
2. YB DATO’ SERI ANWAR BIN DATO’ IBRAHIM
UCAPTAMA KRISIS EKONOMI SEJAGAT : CABARAN DAN HALUAN
3.YANG BERBAHAGIA TAN SRI DATO’ MUHAMAD ALI BIN HJ HASHIMNaib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia/Ketua Eksekutif Johor Corporation
KERTAS KERJA I:
PENGUASAAN 65 % EKONOMI UMMAH, MELALUI WAQAF & JIHAD BISNES
4. YANG BERBAHAGIA PROF DR HJ ANUAR BIN AHMAD
Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Industri Selangor (UNISEL)
KERTAS KERJA II:BUDAYA BISNES & PEMBUDAYAAN BISNES; STRATEGI PENGUKUHAN EKONOMI
5. YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI NIK YUSOF BIN NIK ISMAIL
Pengerusi Biro Pembangunan Insan DPIM Selangor

Ringkasan Eksekutif Wacana Ekonomi Ummah 2009
TARIKH : 28 hb Mac 2009 / 1 Rabiulakhir 1430 (SABTU )
MASA : 8.30 Pagi – 1.00 tengahari
LOKASI : Universiti Industri Selangor (UNISEL), Seksyen 7, Shah Alam , Selangor D.E.

Disertakan Yuran penyertaan berjumlah ;-
RM 100 .00 Untuk 5 peserta-
RM 200.00 Untuk 10 peserta
Bank Draft/Cek No : di atas nama ”DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA SELANGOR
Nama Organisasi , Alamat ,
Tel , Email ;
:24-3-2, Tingkat 3, Jalan 4/50, Diamond Square Off Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur
Tel : 03- 4023 5155 Fax : 03 - 40234155

.: Album PPSMI

.: Album PPSMI

SAMBUTAN MAULIDURRASUL DI DUN KAW BATANG KALI

Program Sambutan Maulidur Rasul di DUN Kawasan Batang Kali berlangsung pada malam ini AHAD 8 Mac bermula selepas solat Maghrib di surau-surau seperti dimaklumkan.

Surau Al Furqan, Jln Bunga Kertas, Bdr Bukit Sentosa
Surau Saidinna Ali, Anggerik 5, Bkt Sentosa 2
Surau Ar Rahman, Jln Kemboja 4A, Bkt Sentosa 3

Program tersebut akan di muatkan dengan acara selawat, nasyid dan ceramah oleh tokoh-tokoh jemputan serta di sediakan jamuan ringan.

Semua dijemput hadir ke majlis tersebut.

Sambutan 1 tahun dijamin tiada kontroversi



SHAH ALAM - Sambutan satu tahun kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijamin bersih dan tidak dikontroversikan dengan isu-isu berkaitan salah guna kuasa dan penyelewengan. Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) berkata, perkembangan semasa perancangan sambutan tersebut berjalan lancar berdasarkan komitmen setiap ahli jawatankuasa kecil majlis sambutan tersebut. “Insya-Allah, sambutan kali ini lancar dan bersih tanpa sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan imej kerajaan negeri seperti yang berlaku pada sambutan 100 hari sebelum ini.
Kali ini tidak berlaku sub jawatankuasa kecil kerana segala perkembangan dan perancangan sambutan akan dilaporkan terus kepada saya oleh ahli jawatankuasa kecil terdiri dari wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan kakitangan ibu pejabat kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan tersebut di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), semalam. Sambutan tersebut yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu itu dilancarkan secara rasmi pada 8 Mac ini oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Kompleks Belia dan Kebudayaan. Seksyen 7 di sini.
Sambutan juga dimeriahkan dengan konvoi pemimpin kerajaan negeri yang akan singgah ke setiap daerah untuk menjayakan program Mini Karnival Rakyat bermula 14 Mac sebelum berakhir dengan acara kemuncak di Stadium Malawati, 21 Mac ini. Menurut Dr Hasan, pelbagai pendekatan telah diambil bagi memastikan tidak berlaku sebarang kelemahan dalam penganjuran selain memastikan sambutan mengikut perancangan asal. “Kita akan cuba elakkan sebarang kepincangan dan sekiranya ada, awal-awal lagi kita selesaikan dan bersihkan, semua perkembangan akan dimaklumkan terus kepada saya,” katanya.

Jumaat, 6 Mac 2009

Kerajaan akan roboh papan tanda Qardiani


SHAH ALAM - Kerajaan negeri telah memutuskan untuk merobohkan papan tanda milik kumpulan ajaran Qardiani di Kampung Nakhoda, Selayang dan menaikkan papan tanda baru yang mewartakan ajaran tersebut telah terkeluar dari ajaran Islam. Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfras-truktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali berkata, tindakan tersebut terpaksa dilakukan segera ekoran masyarakat di negeri ini keliru dengan ajaran tersebut yang mempunyai banyak persamaan denganIslam. “Ajaran Qardiani telah difatwakan terkeluar dari ajaran Islam sejak tahun 1975 dan mereka yang mengamalkan ajaran tersebut, jatuh hukum sebagai kafir. “Fahaman dan gaya ibadat mereka menyerupai Is-lam dan ini boleh mengelirukan anak-anak muda kerana ada di antara mereka yang berkahwin dengan pengikut Qardiani dan ada juga pergi ke ‘masjid’ mereka untuk beribadat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, kelmarin.
Dr Hasan yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, pengikut Qardiani masih lagi aktif menjalankan ajaran tersebut dan ‘berkubu’ di Kampung Nakhoda, Selayang dan Jeram, Kuala Selangor. “Kita khuatir penduduk berdekatan akan terpengaruh dengan ajaran tersebut dan kita akan bertindak dengan segera yang mungkin,” katanya. Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah telah meneliti tapak ‘masjid’ pengikut ajaran tersebut dibina dan mendapati tapak tersebut adalah kawasan kediaman. “Setelah perkara ini disahkan, kita akan mengambil tindakan ke atas mereka kerana telah melanggar undang-undang,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Sela-ngor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi ketika dihubungi berkata, pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pejabat Tanah Daerah Gombak kini dalam proses untuk tindakan selanjutnya. “Selagi mereka (pengikut ajaran Qardiani) mempunyai premis dan tanah, ia akan menyukarkan kita untuk bertindak. Oleh itu, selain dari merobohkan papan tanda, kita juga akan merampas tanah dan merobohkan premis yang dijadikan markas mereka.
“Kita telah mengadakan mesyuarat dengan pejabat tanah serta MPS bagi menyelesaikan isu ini dan akan bertindak dalam masa terdekat,” katanya. Menurut beliau, rampasan tanah pernah dibuat di Sepang, Kuala Langat dan Klang tetapi mendapat ban-tahan dari pemiliknya yang juga merupakan pengikut ajaran sesat. Katanya, JAIS juga telah meminta MPS dan pejabat tanah mengeluarkan notis amaran penguatkuasaan berhubung salah guna premis dan tanah yang sepatutnya dijadikan rumah kediaman.

Rabu, 4 Mac 2009

Hapus konsep senior-junior di sekolah - PIBGN

04/03/2009 4:30pm
KUALA LUMPUR 4 Mac. — Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) hari ini mencadangkan supaya konsep ’senior-junior’ di asrama dihapuskan kerana berpendapat ia adalah faktor penyumbang kepada kejadian ’gangsterism’ di sekolah.
Presidennya Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata selain itu konsep itu turut menyumbang kepada kejadian sosial lain seperti seks bebas serta membawa masuk pengaruh luar ke sekolah.
Mohamad Ali mencadangkan perkara itu sebagai antara langkah bagi membanteras ’gangsterism’ di sekolah yang kini dilihat semakin berleluasa sehingga membabitkan kematian dan menimbulkan kegelisahan ibu bapa.
Walaupun Kementerian Pelajaran memandang serius gejala

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN TAMAN PERUMAHAN



MDHS akan menganjurkan pertandingan kebersihan dan keindahan taman perumahan. Sehubungan dengan itu semua JawatanKuasa Penduduk diminta menjaga kebersihan dan mengindahkan kawasan perumahan masing - masing mulai sekarang. Untuk Makluman pengadilan akan dilakukan pada bulan Oktober atau November 2009.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Kamaliana Bt. Mohamed Noh ( Jabatan Kesihatan Persekitaran ) ditalian 03 - 6064 1331 ( ext : 38 )

SAMBUTAN SETAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR

Mac 04, 2009
Bersempena dengan sambutan ulangtahun yang pertama pemerintahan Pakatan Rakyat (PKR,PAS,DAP) di negeri Selangor darul Ehsan. Pejabat Khidmat Rakyat DUN kawasan Batang Kali dengan kerjasama Parti keADILan Rakyat Bhg Hulu Selangor akan menganjurkan beberapa program yang mana akan menemui segenap golongan masyarakat setempat. "HIMPUNAN SETAHUN TSUNAMI SUARA RAKYAT" adalah satu program yang akan dihadiri oleh kepimpinan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat.Seluruh rakyat disekitar Parlimen Hulu Selangor di jemput hadir beramai - ramai untuk mendengar dasar - dasar Kerajaan Negeri yang memberi faedah kepada seluruh Rakyat di negeri Selangor. Tidak ketinggalan juga kupasan isu - isu semasa berkenaan senario politik semasa.
"HIMPUNAN SETAHUN SETAHUN SUARA RAKYAT"
TEMPAT : akan ditetapkan
TARIKH : 14 MARCH 2009
MASA : 08.30 mlm
Sementara itu pihak pejabat daerah dan majlis daerah hulu selangor akan menerima konvoi lebih 150 VVIP terdiri dari YAB Dato MB, Exco kanan dan ADUN serta ketua jabatan dari SUK ke majlis pelancaran "Wistle Stop" ke daerah Hulu Selangor pada siangnya, jam 10 pagi diikuti dengan Karnival Sukan Rakyat. Program akan diadakan di Stadium Kuala Kubu Bharu pad 14 & 15 March 2009. Aturcara akan dikeluarkan.
SEMUA WARGA HULU SELANGOR DIJEMPUT DATANG UNTUK MEMERIAHKAN SAMBUTAN SETAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR.

Selasa, 3 Mac 2009

JARANG BERSENAM, AMBIK BERAT KESIHATAN ..



KECENDERUNGAN masyarakat yang jarang bersenam di samping kurang mengambil berat soal obesiti menimbulkan kegelisahan banyak pihak. Pada masa sama, kelompok itu masih belum sedar pentingnya penjagaan kesihatan terutama menerusi senaman aerobik.Ini mendorong tiga wanita bergabung tenaga menubuhkan pusat penjagaan kesihatan, Fitness Zone di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat umum.Selain Nurmaslian Abd Kuddus, 30, dua lagi rakan kongsinya adalah Junaidah Arshad dan Marziani Mohd Zain yang mengharapkan wanita bukan hanya berpaksikan kecantikan semata-mata. Lebih penting kesedaran tinggi bahawa kecantikan dan kesihatan perlukan penyatuan dalam memastikan ia dimanfaatkan golongan wanita.
Bagi Nurmaslian, memiliki 121 ahli berdaftar untuk kelas aerobik dan gimnasium yang diadakan sudah cukup membanggakannya dan rakan. Namun, bukan kuantiti yang dipentingkan sebaliknya, melonjakkan senaman bermutu untuk penjagaan tubuh badan lebih sempurna yang menjadi perjuangan mereka bertiga."Senaman aerobik dapat meningkatkan tahap metabolisme tubuh seseorang selain membakar lemak dalam badan serta menguatkan jantung."Kalau cantik pada zahir saja tetapi dalaman tidak begitu dititikberatkan, ia boleh memudaratkan untuk jangka panjang. Lebih penting, ia membantu lebih ramai wanita mengenai kepentingan penjagaan diri menerusi kehadiran kelas secara berkala atau mengikut jadual ditetapkan tenaga pengajar berpengalaman," katanya.
Sejak diperkenalkan pada Julai 2008, Fitness Zone menjadi antara pusat aerobik dan gimnasium yang semakin dikenali di kalangan penduduk sekitar bahkan mampu menarik peserta dari luar Lembah Klang.Menurutnya, kemudahan peralatan disediakan di gimnasiumnya itu dimanfaatkan remaja, pelajar institusi pengajian tinggi, wanita berkerjaya bahkan suri rumah."Menyedari masyarakat kini bersikap semakin terbuka, program realiti televisyen yang berkaitan tarian dan pelbagai senaman menjadi dorongan kepada wanita untuk membantu diri sendiri ke arah memiliki kesihatan sempurna."Untuk itu, selain tarian aerobik kami turut menyediakan pelbagai bentuk tarian lain seperti alternative groove, tarian MTV, tarian line serta salsa fiesta."Kelas tarian kami mengkhususkan penggunaan step board yang membantu membakar kalori dengan lebih cepat di samping menghilangkan tekanan.
Lebih penting, ia diajar golongan profesional," katanya.Mengadakan kelas aerobik dan gimnasium dibuka tujuh hari seminggu membuatkan dia serta rakan bekerja keras mencapai apa yang dicita-citakan.Rutin hariannya yang sentiasa sibuk tidak pernah membuatkannya alpa mengenai arah kerjaya sebenarnya di sebuah syarikat swasta terkemuka."Sebenarnya, perniagaan ini adalah sandaran masa depan saya dan rakan. Ia pula dilakukan demi mengisi masa senggang terutama selepas pulang dari kerja manakala tumpuan pada kelas aerobik pula pada hari cuti dan hari minggu."Ia langsung tidak mengganggu kerjaya sebenar saya. Semua ini dilakukan demi merealisasikan hobi selain hasrat untuk mendidik wanita mengenai kepentingan penjagaan badan menerusi senaman," katanya.
Suaminya, Ahmad Azrin Yusoff, 31, banyak meniup rangsangan untuk berjaya menggapai apa yang diimpikan terutama bergelar usahawan berdaya saing suatu hari nanti."Ketika usia muda, saya perlu bekerja kuat kerana untuk meraih kesenangan hidup memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Untuk itu, saya manfaatkan setiap masa terluang demi mencapai matlamat bergelar usahawan tersohor kelak.
"Sehingga kini, suami banyak membantu dan menasihati saya dalam kerjaya bahkan rumah tangga. Di saat saya sibuk dengan tugas, dia turut memberi tumpuan dalam soal penjagaan anak.
Tapi itu tidak bermakna saya mengabaikan rumah tangga."Saya terbiasa dengan kesempurnaan pengurusan kerja dan masa, ternyata semua itu memberi pengalaman hebat kepada saya dalam memacu kerjaya dan rumah tangga serentak," katanya.

Tambah guru lelaki untuk bendung masalah disiplin

M. JASNI MAJED Bukit Kapar, Selangor
MUSIM dera-mendera di sekolah muncul lagi. Selepas isu ini senyap seketika 2008, kini timbul pula masalah yang sama. Tidak cukup dengan isu gengster di dalam dan luar sekolah, pelajar-pelajar senior seolah-olah sedang membentuk gengsterisme di asrama sekolah pula.
Kita tidak tahu siapa yang merekrut atau membentuk kumpulan-kumpulan samseng di sekolah sehingga pelbagai tindakan di luar dugaan atau batas kemanusiaan berlaku di sekolah, sedangkan sekolah sebagai institusi pendidikan yang bakal melahir generasi berilmu bukannya kumpulan samseng.
Bulan lepas, berlaku kes melibatkan pergaduhan di salah sebuah sekolah menengah di Kapar, Selangor dan juga di sebuah sekolah menengah di Mukah.
Belum pun selesai kes buli di Mukah yang mana mendapat liputan meluas sehingga disebarkan di Internet, berlaku pula kes yang seakan-akan sama di Marang, Terengganu.
Kita tidak tahu sampai bila masalah ini akan berterusan yang mampu mencalarkan imej sekolah dan juga institusi pendidikan. Kita juga bimbang ibu bapa akan tawar hati membenarkan anak-anak mereka tinggal di asrama sekolah kerana dikhuatiri akan dibelasah oleh pelajar senior. Hanya kerana kes-kes kecil, keselamatan anak-anak mereka terancam.
Kita juga tentunya bimbang kalau-kalau pihak polis terpaksa pula melebarkan tugas mereka sampai ke sekolah, sedangkan tugas mereka di luar pun berlonggok-longgok.
Kita juga tentunya risau akan masa depan sebahagian pelajar sekolah kerana terpaksa menghabiskan banyak masa untuk menyelesaikan masalah peribadi dan bukannya terhadap pelajaran. Apa tidaknya, mana-mana pelajar yang terlibat dengan kes disiplin di sekolah, masa mereka banyak terbuang di bilik guru disiplin, bilik guru besar dan juga sampai ke balai polis jika kes-kes tersebut membabitkan kecederaan.
Saya berpendapat, sudah sampai masanya pendekatan baru mesti dikenakan ke atas pelajar-pelajar sekolah seperti kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, tiada kompromi dalam melaksanakan tindakan disiplin terhadap masalah yang dicetuskan oleh pelajar di sekolah demi meningkatkan imej sekolah.
Tindakan yang setimpal dengan kesalahan atas dasar mahu membimbing dan mahu memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka tidak berani melakukan kesalahan adalah wajar dilakukan.
Sehubungan itu, guru-guru di sekolah tidak kira sama ada guru biasa mesti mengambil pendekatan proaktif dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membentuk disiplin pelajar.
Melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru disiplin dan guru besar belum tentu dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh pelajar sekolah.
Di samping itu, bagi pelajar di asrama, peranan warden asrama sangat penting dalam menangani setiap salah laku pelajar termasuk membayangkan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku di kalangan penghuni asrama. Penting juga menambah jumlah warden dan ketua asrama di kalangan pelajar supaya pelbagai masalah dapat diatasi.
Dalam pada itu, saya juga berpendapat bahawa sudah sampai masanya jumlah guru lelaki ditambah bilangannya di sekolah untuk membendung masalah disiplin. Senario sekarang adalah di kebanyakan sekolah, jumlah guru wanita lebih ramai sehingga melebihi 70 peratus.
Malah nisbah antara guru dengan pelajar juga sangat tinggi iaitu seorang guru untuk mengawal lebih 30 pelajar. Ada sesetengah sekolah yang mempunyai nisbah hampir 40 atau lebih 40 orang pelajar bagi seorang guru.
Langkah kementerian hendak mengurangkan nisbahnya menjadi 1: 20 tidak lama lagi merupakan satu langkah bijak dan dianggap dapat meringankan masalah disiplin di sekolah di samping memberi kebaikan dalam pelbagai aspek lain.
Kementerian juga mestilah memikirkan kaedah untuk menarik minat golongan lelaki menjadi guru supaya dapat dikurangkan perbandingan ketara jumlah guru lelaki dan wanita bagi setiap sekolah.
Kesimpulannya, masalah disiplin di sekolah merupakan masalah bersama tidak kira oleh guru-guru, ibu bapa, masyarakat sekeliling dan juga pelajar itu sendiri.
Walaupun sedikit sahaja jumlah pelajar bermasalah, tetapi ia mampu menjadi satu masalah dan ancaman kepada institusi pendidikan. Tidak kita nafikan, di setiap sekolah, lebih ramai pelajar yang baik dan mahu belajar. Mereka ini sebenarnya turut memainkan peranan membentuk disiplin di sekolah kerana jika mereka susah belajar kerana di kalangan rakan mereka ada yang bermasalah, masalah itu mampu diatasi oleh mereka, supaya mereka tidak bermasalah hendak belajar.

Selangor Sedia Turunkan Tarif Air

Tuesday, 03 March 2009
SHAH ALAM, 3 Mac - Kerajaan negeri sedia menurunkan tarif air sebanyak 10 peratus sekiranya berjaya mengambil alih pengurusan industri air di negeri ini.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan persekutuan mengikut cara yang dilakukan kerajaan negeri.
“Nilai harta kita ialah RM9 bilion dan nilai yang kita nak beli daripada (empat) syarikat konsesi ialah RM5 bilion, jadi kita boleh kurangkan (tarif air) sebab (nanti) kita dah ada duit lebihan yang akan kita gunakan betulkan paip dan sebagainya, oleh itu kos kita makin kurang.
“Jadi 10 peratus itu adalah jangkaan yang boleh kita capai,”katanya yang ditemui selepas Sesi Taklimat Penstrukturan Industri Air Selangor di Dewan Auditorium Jubli Perak dekat sini tengah hari tadi.
Taklimat anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar itu dihadiri Yang Dipertua dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau diminta mengulas cadangan yang dikemukakan seorang Ahli Panel Penilai Air, Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang dalam taklimat berkenaan.
Abdul Khalid juga ditanya mengenai cadangan seorang peserta taklimat yang mahu pengguna air tidak membayar bil sebagai tanda memboikot tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) memintas usaha kerajaan negeri mengadakan rundingan dengan empat syarikat konsesi iaitu Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holdings Berhad (Splash) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
“Itu tak boleh…kita kena ikut undang-undang. Nanti semua orang tak bayar susah, jadi kita kena bayar, tapi yang kita cadangkan ialah bayaran sekarang boleh jadi dikurangkan, itu yang penting,” katanya.
Ini kerana katanya, sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih empat syarikat berkenaan, pengguna air tetap perlu membayar bil tetapi dengan harga yang rendah.
Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata kerajaan negeri berharap dapat mengurus industri airnya agar keuntungan yang diperolehi dapat diagihkan semula kepada rakyat.
Beliau berkata dasar penswastaan air yang dibuat sebelum ini tidak berjaya kerana diuruskan dengan tidak cekap.
“Kalau dibandingkan harga air Syabas dengan Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang, sangat jauh bezanya di mana harga yang diberikan PBA lebih murah. Jadi apa gunanya penswastaan,” katanya.
Beliau menambah, air adalah hak milik semua, justeru kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan pegangan politik pengguna airnya dalam agenda pemberian air percuma 20 meter padu. - NOOR ALLIA KASSIM

Kolej untuk pelajar tingkatan 6...cadangan yg baik!

KUALA LUMPUR: The Education Ministry is preparing a paper for the establishment of a college for Form Six studies.
Its deputy minister Datuk Dr Wee Ka Siong told Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) that such a college would be equipped with the most experienced teachers to teach Form Six students.
“At present, Form Six classes form a part of the normal secondary school. The setting up of the college is part of our plan to radically transform Form Six studies and take into account the higher thinking, analytical and evaluation skills necessary to excel in the STPM.
“The teaching of STPM subjects would also be based on a modular system whereby students will be evaluated after every semester, rather than at the end of the two years.
“Currently, by the time students take their Form Six exams, they would have forgotten everything taught in the first year,” he said.
Having a college specifically for Form Six studies would also centralise students from one district or region, added Dr Wee.
“This means that instead of having six or seven schools in one area teaching Form Six, we will just have one college for all the students there,” he said.
To another question by Abdul Manan, Dr Wee said the standard for STPM was comparative to the Cambridge A Levels, which made the test acceptable for entrance into overseas universities.
Later, Dr Wee said the evaluation for STPM would also include marks for coursework, adding that this would make Form Six studies more attractive and vibrant for students.
“With students having more choices now, we need to make STPM more attractive,” he said, adding that the paper however “still had a long way to go” and that the ministry would need to further discuss the proposal with the Finance Ministry.
There will be a Public Briefing on the “Restructuring Process of Selangor Water Industry” on 4th March 2009, 8pm in Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.
The briefing is to provide detailed explanations to the public about the restructuring effort of the water services industry in Selangor. Of late, four major water concessionaires, namely Syabas, Slash, Puncak Niaga and Abass have decided to turn to the Federal Government to negotiate for a better deal which could result in higher water tariff (as high as 37% according to agreement) for the people of Selangor and Kuala Lumpur.
The public briefing will be conducted in bilingual: Bahasa Malaysia and English, predominantly in English. In view of the short notice, you and your organizations could assist to mobilize and inform your members, friends and neighbors to attend the public briefing. Our panelists from the Water Review Panel appointed by the Selangor State Government will be present to brief the public.

Ahad, 1 Mac 2009

DANA INDUSTRI KECIL NEGERI SELANGOR

The Selangor State Government under Pakatan Rakyat has lately launched another programme to assist small scale industry players.
Named "Dana Industri Kecil Negeri Selangor", the State Government will provide financial assistance in terms of machinery in no more than RM10,000 to each and every successful applicant
This programme is only open to those involved in sewing, food, construction materials, handicrafts and furniture manufacturing industries who have been operating for a minimum period of two years and shall employ at least two employees (part time or full time). The applicant must be a Selangorian aged between 18 and 55 year-old.
Each successful applicant will be provided the necessary machinery and equipment worth no more than RM10,000 by the state government. The applicant shall manage and maintain the machinery themselves and they shall not re-sell the equipment to third party. They shall also report to the state government the development of their business and attend entrepreneurship development programme conducted by the state government.
The state government reserved their rights to withdraw the machinery and equipment if there is these conditions are violated.
For more details, please contact Unit Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Selangor, Tingkat 5, Bangunan SSAAS 40000 Shah Alam, phone 03-55447000, fax 03-55447963.