Jumaat, 14 Ogos 2009

ALFATIHAH BUAT ALMARHUM USTAZ ASRI RABBANI..



Rakan masyarakat yang prihatin dan bertanggongjawab di Perumahan Bakawali, Bukit Sentosa 3 kini meninggalkan kita semua dan dunia ini buat selamanya tapi peninggalan lagu "Pergi tak akan kembali lagi" untuk kita akan dikenang dan dihayati... Semua jasa dan kenangan bersama masyarakat Bakawali dan Bukit Sentosa (pernah menjadi imam) akan dikenang oleh kami di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa..AlFatihah.. (Bersama Azhar - Roszin dan ramai ahli komuniti bakawali, ketika di rumah Kg Bkt Lancung, Shah Alam... dirumah emak almarhum..)

Rabu, 12 Ogos 2009

MB Minta Najib Curahkan Pelaburan Kepada Rakyat Selangor

Kalau nak beli Selangor, curahkan pelaburan kepada rakyat bukan kepada pemimpin Umno, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, rakyat mengharapkan pembangunan yang boleh dinikmati untuk keselesaan hidup mereka dan telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan itu.
Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merancang merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
"Jadi saya berharaplah saudara najib akan mencurahkan pelaburan-pelaburan yang banyak ke negeri Selangor supaya jangan curahkan kepada bahagian umno dan habis duit tu dimakan secara haram,"katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina, Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor, petang tadi.
Katanya, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional lebih 50 tahun lalu di Selangor, tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Malah, jelasnya, kebanyakan projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan merakyatkan ekonomi Selangor seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini.
"Saya memang sertuju dengan pendapat Datuk Najib Tun Razak, Selangor ini sangat berharga, itu sebab rakyat telah menunjukkan bahawa harga ini boleh dibeli kerana rakyat percaya kepada pemimpin yang boleh merakyatkan ekonomi",katanya.
Menteri Besar menegaskan, Pakatan Rakyat bukan hanya berjanji atau bercakap, tetapi melaksanakan semua dasar-dasar yang telah dirancang untuk faedah rakyat yang berbilang bangsa di negeri ini.

MB Minta Unisel Adakan Kajian Program Perniagaan Terhadap Pembiakan Spirulina


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya pihak Universiti Industri Selangor (Unisel) melakukan kajian program perniagaan terhadap pembiakan spirulina untuk dimanfaatkan oleh rakyat Selangor.
Menurutnya, rumpai air atau alga ini didapati sesuai untuk dijadikan produk farmasi dan kesihatan bagi penduduk serta boleh dijadikan makanan utama ternakan seperti ayam, itik, kambing dan ikan.
Beliau berkata, kerajaan negeri sedia membiayai projek penghasilan makanan alga berkhasiat ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Unisel.
“Walaubagaimanapun, keputusan ini akan dibuat selepas 2 minggu selepas kerajaan negeri melihat hasil kajian Unisel",katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian selepas melawat Tapak Semaian Spirulina, di Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor yang diusahakan oleh Ketua Unit Ladang Bioteknologi Unisel, Profesor Lokman Shamsudin.
Tapak semaian seluas 4 ekar ini diusahakan setahun lalu, selepas membuat penyelidikan selama hampir 3 tahun dan produk spirulina yang dihasilkan adalah dalam bentuk kapsul.
Kajian terhadap tumbuhan ini turut mengambil contoh pembinaan biorektor yang dihasilkan di German untuk membantu pembiakan spirulina atau dengan nama siantifiknya, Arthos-pera.

MB mahu PBT bukti kemampuan

BATANG KALI – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini membuktikan bahawa mereka mampu membawa perubahan dan pembangunan di daerah ini. Beliau berkata, hasil pembangunan itu kelak akan dijadikan bukti bahawa Daerah Hulu Selangor juga mampu membawa perubahan dan pembangunan selaras dengan hasrat rakyat serta kerajaan. “Buktikan kemampuan PBT dengan hasil pembangunan di kawasan ini dan dalam masa yang sama pihak lain perlu memberi sokongan dan perancangan tambahan untuk pembangunan yang lebih mapan. “Tetapi, sekiranya hasrat atau perancangan yang disusun tidak menepati kehendak atau aspirasi kerajaan, tidak sepatutnya PBT dipersalahkan,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina di Kampung Hulu Rening di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Rodziah Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari; Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tukiman Nail. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan pertubuhan Warisan Anak Melayu (WAM) Kuala Kubu Bharu yang mahu Anugerah Penyapu ditarik balik secara rasmi oleh Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, menurut Abdul Khalid, penarikan rasmi itu tidak wajar dilakukan kerana tindakan itu hanya sia-sia dan tidak menguntungkan sesiapa. Menurutnya, adalah lebih baik rangsangan pembangunan dilakukan dan bukannya dengan memberikan anugerah penyapu. “Bagi saya, sekiranya wujud kekurangan atau kepincangan dari aspek pengurusan sesebuah pentadbiran, maka perlu ada usaha untuk membantu. “Kita perlu kerjasama dengan mereka dan bukan dengan memburukkan mereka atau memberikan penyapu,” katanya. Menurutnya, negara sudah sampai ke satu zaman yang memerlukan pemimpin dan rakyatnya untuk sama-sama memikirkan nilai tambah yang boleh disumbangkan. :Katanya, pemberian penyapu mungkin seronok dari segi politik tetapi tidak dari segi pembangunan. “Dalam pengurusan sumber manusia perlu ada rangsangan dan bukan dengan menunjukkan kesalahan seseorang kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. “Jadi, kita perlu buat pelaksanaan. Kalau kita tidak tahu, individu pertama yang bertanggungjawab adalah ketua. Ketua mesti tahu cara penyelesaiannya,” katanya. Semalam, Sinar Harian mengeluarkan kenyataan WAM yang mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik pemberian Anugerah Penyapu yang diberikan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo secara rasmi. Desakan penarikan itu perlu dibuat bagi membersihkan semula nama baik PBT selain melupuskan tanggapan umum mengenai jolokan ‘sial’ terhadap pegawai, kakitangan dan penduduk di daerah ini.

Isnin, 10 Ogos 2009

SERIBU KENANGAN DIPROGRAM SPIES REMAJA - KEM AMPANG PECAH - 8-9 OGOS 2009





Ahad (9 Ogos 2009), sampai sahaja di Kem Binasemangat, Ampang Pecah, majlis penutupnya (program) jam 3 petang, ternampak remaja yang berusia dari 13 hingga 17 tahun begitu riang dan ceria jika dibandingkan di hari pertama. Mungkin setelah bangun awal malam tadi, ada slot qiamulail membuatkan mereka dapat merasa, begitu "united", setelah dua hari satu malam. Namun, program yang ke 5 ini, masih mampu menarik lebih 80 peserta dari sekitar Hulu Selangor, dan walaupun tiada "tarian poco=poco" atau "karaoke", ianya membawa seribu kenangan. Tahniah kepada pengelola, Smart Training. Kiriman - SAS.

Ahad, 9 Ogos 2009

8 LAGI KEMATIAN AKIBAT H1N1 ... SEMUANYA 26 !!!

KOTA KINABALU, 9 Ogos - Lapan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan hari Ahad menjadikan jumlah kematian kepada 26 di negara ini.
Menteri Kesihatan Dato' Seri Liow Tiong Lai, seperti dilaporkan Bernama, berkata tujuh kematian melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan sesetengahnya dilaporkan lewat berikutan bedah siasat untuk kajian dan pengesahan punca kematian.
Beliau berkata satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos," katanya kepada pemberita pada majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini pada hari Ahad.
Liow berkata dua daripada kes itu adalah dari Sabah.
Katanya yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.
Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.
Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.
Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.
Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.
Liow berkata pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan.
"Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya dan menurutnya terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya.
Liow berkata 35 buah sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1

WANITA PERIHATIN HULU SELANGOR BERBENGKEL ... 8 OGOS 2009 SABTU






BERJAYA MENGHARUNGI KEM INTERAKTIF SPIES REMAJA 8-9 OGOS 2009 HARI PERTAMA DI KEM AMPANG PECAH








Jumaat, 7 Ogos 2009

DK RAZALI IBRAHIM - BELIA TERDEDAH BUDAYA KURANG SIHAT

KUALA KUBU BHARU – Kerajaan memandang serius soal pembangunan belia di negara ini dengan memberi penekanan berlandaskan elemen keagamaan tanpa mengabaikan elemen penting lain dalam hidup. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, belia perlu diberi pendedahan mengenai ilmu keagamaan kerana melihat belia sekarang banyak yang terdedah dengan ancaman luar akibat terikut budaya kurang sihat. Menurutnya, pengaruh ini kian membimbangkan sehinggakan mereka sudah terbiasa dengan perkara atau perbuatan yang melebihi batas agama sekali gus menyebabkan kementerian mahu mengambil pelbagai pembaha ruan mengatasinya. “Oleh itu, kita akan cuba membawa pelbagai pembaharuan dari segi pendekatan ke arah melahirkan belia bukan sahaja berilmu bahkan memiliki pengetahuan dan dasar keagamaan yang kukuh sejajar hasrat untuk membangunkan belia berlandaskan agama. “Hasrat membangunkan belia yang berlandaskan dasar keagamaan sudah dibuktikan kerajaan sejak dahulu lagi dengan mewujudkan beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya ketika berucap di majlis Pelancaran Sekretariat Rakan Muda dan Perasmian Ekspo Konvokesyen Darul Quran Jakim di kampus Darul Quran di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha. Pada majlis tersebut, Razali turut mengumumkan sumbangan kemente rian sebanyak RM30,000 untuk Ekspo Konvokesyen tersebut manakala RM10,000 lagi diberikan kepada Sekretariat Rakan Muda Darul Quran. Razali berkata, dengan terbinanya institusi berkenaan pasti ramai belia berilmu dilahirkan seperti tahfiz dan golongan ilmuwan Islam kerana golongan ini diperlukan dalam melahirkan generasi pelapis dan pemimpin negara suatu hari nanti. Katanya, belia seperti ini diperlukan dalam memperbetulkan semula persepsi dan tanggapan masyarakat mengenai keadaan negara kita dan negara Islam keseluruhannya yang dilabelkan sebagai pengganas memandangkan terlalu banyak lontaran negatif diberikan. “Kita dan belia perlu mempertahankan dan memperbetulkan tangga pan itu dan menyatakan bahawa Islam tidak seperti digambarkan,” katanya. Beliau juga mengajak belia untuk bersama memperbaiki keadaan apabila wujudnya persengketaan dalam kalangan bangsa Melayu dan Islam di negara ini dan belia perlu menjadi ejen perubahan ke arah yang betul bagi membantu membina negara ke arah kesempurnaan. “Orang muda perlu ada pendirian dan tidak boleh dijadikan alat telunjuk segelintir pihak yang berkepentingan atau memiliki agenda tersembunyi sehingga sanggup merosakkan negara dan masa depan bangsa. “Marilah kita bersama mewujudkan belia yang berwawasan dan bermatlamat selaras dengan slogan Satu Belia, Satu Malaysia,” katanya.

PM: Influenza A (H1N1) now a serious threat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak said on Friday the influenza A (H1N1) has become a serious threat to the nation and advised the people not to attend gatherings in public places.
The prime minister also advised the people to take comprehensive preventive measures after the H1N1 death toll rose to 14 as of Thursday and many schools and tertiary institutions being closed due to cases of H1N1 infection.
“Don’t hold gatherings unless they are necessary. Gatherings will expose us to additional risk because the disease will spread,” he told reporters after opening the Malaysian Sports Industry Convention here.
Preventive measures like washing hands and wearing masks, especially when attending public functions, could also be taken, he said, adding that he had washed his hands before entering the convention venue because he had shaken hands with many people.
“If we have to wear a mask, wear it. There’s nothing to lose,” he said. - Bernama

Khamis, 6 Ogos 2009

PROGRAM INTERAKTIF REMAJA S.P.I.E.S 2009 - KEM AMPANG PECAH, KUALA KUBU BHARU - 8- 9 OGOS 2009


TERKINI !!!!
PROGRAM INTERAKTIF SPIES REMAJA

8-9 OGOS (MINGGU INI )
PENYERTAAN TERBUKA
KPD 15 -17 TAHUN
PENYERTAAN TERHAD (50 ORG)
2 HARI 1 MLM
KEM BINA SEMANGAT AMPANG PECAH

BAS BERADA DI TAPAK PASAR MALAM, BKT SENTOSA
UTK KE KEM AMPANG PECAH SABTU 8HB 8 PAGI !!!

HUBUNGI UTK MAKLUMAT LANJUT
016 2772882/0193291967

Persidangan Ahli Majlis PBT Selangor Pada 13 Ogos Ini

SHAH ALAM, 6 Ogos - Kerajaan negeri bakal mengadakan Majlis Persidangan Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2009/2010 pada 13 Ogos ini di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat Kerajaan Selangor, Shah Alam.
Persidangan yang dijangka bermula dari jam 9.45 pagi hingga 5.00 petang itu merupakan kali kedua diadakan setelah senarai Ahli Majlis penggal 2009/2010 baharu dilantik baru-baru ini.
Pada majlis itu nanti, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka merasmikan dan menyerahkan surat pelantikan tersebut kepada 288 ahli majlis.
Kira-kira 20 peratus daripada ahli majlis tersebut adalah muka-muka baru manakala selebihnya adalah ahli majlis tahun lalu yang dikekalkan.
Di samping itu, mereka juga turut membaca ikrar penerimaan jawatan tersebut sebagai tanda komitmen untuk berkhidmat untuk rakyat dan mendokong visi kerajaan negeri khusus dalam kebajikan melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Dalam pada itu, dua kertas kerja turut dibentangkan bagi memberi pemahaman kepada ahli majlis dan memperkasakan sistem penyampaian pentadbiran PBT di Selangor.
Persidangan ini merupakan program anjuran Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor).

Rabu, 5 Ogos 2009

Bekalan Gula Di Selangor Mencukupi: Elizabeth

SHAH ALAM, 4 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan bahawa bekalan gula adalah mencukupi di negeri ini menjelang musim perayaan.
Jabatan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor memberi jaminan tiada krisis bekalan gula sepertimana yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Demikian kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan media dari pejabatnya hari ini.
Justeru, diingatkan supaya rakyat di negeri ini tidak berasa khuatir dan bimbang kepada khabar angin mengatakan bekalan gula tidak mencukupi khususnya ketika menyambut bulan Ramadhan dan pesta Kuih Bulan dalam masa terdekat ini.
Sehubungan itu, sekiranya penduduk Selangor mengalami sebarang rintangan untuk mendapat bekalan gula, sila hubungi pejabat tempatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di daerah yang berkenaan:
Gombak: 03-61863653
Kuala Selangor: 03-32896585
Kajang: 03-87331070
Sepang: 03-87065067
Kuala Kubu Bahru: 03-60642495
Shah Alam/Klang: 03-55107426
Petaling Jaya: 03-79547427

Pengurangan Sewa Rumah PPR- Dari RM250 ke RM124: Iskandar

Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengabaikan sebarang permohonan terhadap pengurangan sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Malahan, kadar sewa bagi rumah-rumah PPR sudah diturunkan dari RM250 kepada RM124 berkuatkuasa pada November 2008.
Ini berikutan kerajaan Barisan Nasional negeri Selangor yang lepas menaikkan kadar sewa tersebut pada Jun 2007 secara berperingkat-peringkat.
Namun begitu, dengan keprihatinan dan mengutamakan kebajikan rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat sudah menurunkan semula kadar sewa berkenaan mengikut kategori tertentu.
Antaranya mereka yang berpendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan tanpa mengira jumlah ahli keluarga.
Demikian kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan media dari pejabatnya hari ini.
Menurutnya, Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) sudah membuka kaunter permohonan di PPR Lembah Subang, PPR Kota Damansara dan PPR Hicom pada 3 dan 5 Disember 2008 (9 pagi hingga 5 petang) dan 4 Disember 2008 (8 malam hingga 11 malam).
Sejumlah 3,954 borang permohonan penurunan sewa sudah juga diedarkan dari rumah ke rumah.
Terdapat 1,182 rumah kosong di PPR-PPR itu.
Dari 3,954 borang yang diedar, 1,263 penyewa sudah menghantar balik borang manakala 2,681 penyewa gagal mengembalikan borang berkenaan.
Selain itu, dari 1,263 borang yang dihantar pula, sebanyak 954 penyewa layak mendapat pengurangan manakala 309 penyewa tidak layak.
Dalam pada itu, beliau juga ada menerima permohonan untuk menangguhkan notis pengusiran dari mereka yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi.
Sejurus itu, beliau sudah mengeluarkan surat memohon penangguhan dan meminta agar sewa yang tertunggak itu dibayar secara ansuran.
Sehubungan itu, Iskandar sudah mengarahkan pejabat LPHS supaya pengurangan sewa boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan tidak perlu dirujuk kepada LPHS di Shah Alam

Kelulusan projek ditarik balik - Guang Eng guna kuasa sebagai Ketua Menteri

PULAU PINANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menarik balik kelulusan pembangunan yang diberikan kepada pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro (P) Sdn. Bhd.
Guan Eng berkata, beliau menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri untuk membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri terdahulu.
Katanya, kerajaan negeri sekarang tidak terlibat dengan sebarang urusan atau kelulusan projek yang dicadangkan di situ.
Bercakap kepada pemberita di sini semalam, beliau berkata pemaju boleh merobohkan rumah, tetapi tanah itu tidak boleh dibangunkan.
"Jika pemaju masih mahu meneruskan projek itu, mereka perlu mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak terutama penduduk kampung," katanya. - Bernama

MBSA lebih awal putus arak tidak boleh dijual secara terbuka

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah memutuskan arak tidak boleh dijual di semua kedai biasa termasuk 7-eleven dan kedai runcit serta mana-mana kedai yang mudah dimasuki orang awam.
Demikian penjelasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung larangan penjualan arak khususnya di kawasan majoriti penduduk Melayu yang telah diputuskan dalam mesyuarat penuh MBSA pada bulan Ogos 2008.
Beliau berkata, Majlis Perbandaraan Klang (MPK) mahu membuat perkara yang sama tetapi disebabkan ada bantahan akhirnya perkara itu dirujuk kepada exco.
"Dalam mesyuarat exco yang dipengerusikan YB Ronnie Liu isu tersebut disimpan untuk perhatian (KIV) kerana pihak kerajaan negeri mahu membuat dasar dahulu," jelasnya.
Bagaimanapun kata beliau, perkara itu dimaklumkan melalui media tetapi tidak kepada pihak MBSA dan menganggap mereka tidak terikat dengan keputusan tersebut.
Disebabkan permintaan daripada penduduk maka pihak MBSA telah mengambil tindakan merampas minuman keras tersebut, tegas beliau.
Pihak MBSA bertindak begitu kerana katanya, keputusan KIV daripada Ronnie Liu itu tidak melibatkan MBSA kerana keputusan larangan menjual arak telah dicapai lebih awal dan dipersetujui.
Khalid menegaskan, penjualan arak itu merupakan warisan kerajaan BN di mana arak yang mengandungi alkohol 8 peratus tidak dianggap sebagai minuman keras.
Menurut beliau, apabila persoalan itu timbul bagi exco kerajaan Tempatan memang tidak ada undang-undang yang mengatakan penjualan arak itu mesti mempunyai lesen.
Sehubungan itu beliau mendesak kerajaan Pakatan Rakyat memberikan peraturan baru di mana benda yang haram perlu mendapat kelulusan serta persetujuan daripada Persatuan Penduduk.
"Mementingkan persekitaran majoriti orang Islam dan tidak dibenarkan dijual di 7-eleven, stesen minyak, kedai runcit atau mana-mana kedai terbuka," tegasnya.
Menurut beliau, perkara itu timbul berpunca salah pengikhtirafan yang mengelirukan serta persefahaman bahawa kehendak rakyat dan penduduk perlu diutamakan.
Tambah beliau, manakala PBT pula perlu prihatin dan mengambil kira permintaan penduduk di kawasan tersebut.
Beliau berkata, penduduk di Seksyen 8 Shah Alam memang sudah membantah penjualan arak secara terbuka sejak Selangor diperintah kerajaan BN.
"Kita kena ambil kira bantahan daripada penduduk tidak kira arak tersebut mengandungi alkohol yang rendah," katanya.
Sementara itu tambah beliau, Ronnie sebelum mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan semula rampasan arak itu sepatutnya dapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar terlebih dahulu.
Dalam masa yang sama beliau menyelar sikap Umno yang cuba campur tangan kerana isu arak di Seksyen 8 timbul sejak di zaman BN tetapi mereka tidak peka dengan kehendak penduduk.
"Umno jangan hendak tunjuk pandai sebab isu ini sudah lama tetapi mereka tidak berani mengambil tindakan," tegasnya.

Isnin, 3 Ogos 2009

HARI PELANGGAN DI DEWAN KOMUNITI BKT SENTOSA - 1 OGOS 2009

BUKIT SENTOSA – Hari Bertemu Pelanggan yang dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar dimanfaatkan sepenuhnya orang ramai terutama untuk tujuan mengemukakan aduan mahupun cadangan. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, Ismail Md Noor berkata, usaha PBT dalam membuka ruang kepada orang ramai tidak sepatutnya disia-siakan kerana platform itulah sesuai dalam mendapatkan maklum balas segera dan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab. “Tapi malangnya, ruang dan peluang yang diberikan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) seperti hari ini tidak digunakan sebaiknya dan kebanyakan orang sekarang lebih suka mendedahkan sebarang masalah terus kepada media tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa. “Tindakan seperti itu silap dan masyarakat luar akan mengandaikan PBT tidak melaksanakan tanggungjawab sedangkan pelbagai cara sudah dilakukan dalam mengatasi segala aduan atau permasalahan yang timbul,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di program Hari Bertemu Pelanggan MDHS di sini. Beliau terkilan dengan sikap sesetengah individu yang tidak memanfaatkan ruang yang disediakan PBT seperti hari bertemu pelanggan. Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, Ismail berharap akan wujud lebih kesedaran dalam diri masyarakat terhadap perkara itu. Ismail menyifatkan Hari Bertemu Pelanggan MDHS menerima sambutan hambar daripada penduduk khususnya dari kawasan Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Taman Bunga Raya. “Dalam hal ini, komitmen penduduk perlu dalam mencari titik persefahaman bersama PBT terutama untuk menyelesaikan masalah dihadapi. “Umum tahu tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dan setiap perkara itu pasti ada titik pengakhiran yang akhirnya memuaskan semua pihak,” katanya. Hari Bertemu Pelanggan MDHS dilaksanakan secara berkala dan mengikut keperluan, bagaimanapun atas permintaan tinggi, cawangan MDHS di Bukit Sentosa sentiasa mengadakan hari itu pada setiap minggu untuk keperluan penduduk. Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail berkata, hari bertemu pelanggan yang diadakan kali ini lebih fokus kepada permasalahan teknikal yang dihadapi penduduk. “Beberapa kaunter tambahan turut dibuka seperti kaunter Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), JKR (Jabatan Kerja Raya) dan TNB (Tenaga Nasional Berhad), malah kami turut membawa masuk agen-agen pengurusan sebagai rujukan penduduk. “Ini dapat memudahkan orang ramai untuk berhubung terus dengan pihak berkenaan bagi menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya. Beliau berkata, mulai 1 hingga 31 Ogos ini, MDHS juga membuka kaunter tambahan untuk pembayaran cukai taksiran. Kaunter tersebut dibuka setiap hari mengikut waktu pejabat termasuk untuk Sabtu dan Ahad yang dibuka setengah hari. Beliau berharap, selepas ini tiada lagi alasan tidak dapat menjelaskan bayaran cukai dan tiada denda lewat dikenakan kerana MDHS sudah membuka ruang seluasnya untuk pelanggan.

Ahad, 2 Ogos 2009

SMK BUKIT SENTOSA 2 SUDAH SIAP..MENUNGGU PELAJAR MASUK SAHAJA, MUNGKIN TAHUN 2010 !








PENULARAN VIRUS H1N1 - SK SERENDAH


Seluruh warga SK. Serendah telah diberi cuti selama seminggu mulai petang 28/7/09 (Selasa) kerana pelajar sekolah berkenaan telah disahkan menerima penularan Virus H1N1 oleh pihak yang berwajib. Diharap sekolah kita terhindar dari penularan virus selsema babi atau influenza A tersebut.
Dikirim oleh: MUSALLI

Sabtu, 1 Ogos 2009

PROGRAM JELAJAH HULU SELANGOR BERJAYA- AMK PKR




BUKIT SENTOSA – Dalam usaha memperjelas matlamat perjuangan parti, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, menggerakkan ahlinya melaksanakan Jelajah AMK Hulu Selangor 2009. Jelajah yang julung kali diadakan itu berjaya mencapai matlamat selain memupuk kesefahaman dan silaturahim antara ahli serta komuniti sekitar. Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abd Aziz berkata, program tersebut antara pendekatan parti dalam memperjelas dan memperbetulkan persepsi masyarakat umum mengenai kebenaran perjuangan yang dibawa PKR dan kerajaan pakatan Rakyat (PR) khususnya. Beliau berkata, masyarakat harus mengetahui fokus perjuangan parti yang sememangnya mengutamakan kepentingan rakyat dan jauh dari kepentingan peribadi. “Dari sudut politik, kita cuba memperjelaskan kepada seluruh ahli parti dan masyarakat mengenai kesungguhan dan kebenaran perjuangan kita dalam mengubah kehidupan rakyat ke arah lebih baik. “Melaluinya, kita dapat mematahkan segala tohmahan dan dakyah pembangkang yang sering memutarbelitkan kebenaran perjuangan kita sehingga disalah tafsir dan media perdana yang menjadi saluran utama pembangkang turut dikongkong sehingga terus menyalurkan maklumat palsu kepada rakyat,” katanya. Beliau berkata, menerusi program jelajah itu mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada rakyat terus ke lubuk hati dan masyarakat dapat memahami kebenaran serta kesungguhan parti dalam mengubah nasib mereka. Menurutnya, konvoi itu juga antara kepelbagaian usaha parti dalam menyatupadukan ahli bersama komuniti. Seramai kira-kira 100 ahli PKR termasuk Wanita dan AMK terlibat dalam jelajah yang melalui beberapa kawasan di daerah ini. Lebih 50 kenderaan menyertai konvoi tersebut kelihatan gah melalui laluan dan destinasi persinggahan yang ditetapkan. Konvoi yang dilepaskan Nashruddin sendiri bermula dari Bukit Sentosa terus bergerak ke Felda Sungai Tengi, Felda Soeharto dan Hulu Bernam sebelum berakhir di Batang Kali. Nashruddin berkata, pelbagai aktiviti kemasyarakatan turut diadakan seperti gotong-royong membersihkan kawasan surau dan penempatan penduduk dilawati serta aktiviti sukan rakyat yang melibatkan seluruh penduduk. “Idea sebegini juga dapat digunakan dalam membentuk jalinan antara PKR dengan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung). “Sebagai anggota parti kita rasa terpanggil untuk turun ke akar umbi memberi maklumat sekali gus melahirkan hubungan baik dengan komuniti sekitar,” katanya.