Khamis, 29 September 2011

TG NIK AZIZ - UMNO YG MASIH HALANG HUKUM HUDUD

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz :

Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah.
Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat2 kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh non muslim.
Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO yang masih menghalang hasrat kami.

Isnin, 26 September 2011

PR YAKIN MENANG DAN RAMPAS KEMBALI KERUSI DUN BATANG KALI

BATANG KALI - “Kita serius hadapi PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, sebab kita mahu menang kali ini,” kata Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Muhamad Nazar Yakin selepas menghadiri Mesyuarat Jentera Pilihan Raya (JPR) PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali, di sini, kelmarin.
Muhamad Nazar berkata, PKR akan memanfaatkan masa yang ada untuk meyakinkan rakyat dan menggerakkan seluruh jentera sebelum tibanya PRU.
“Kita bertanding di peringkat Parlimen dan kita perlukan jentera yang kuat di setiap Dun, usaha ini akan digerakkan dengan bantuan komponen Pakatan Rakyat (PR) lain untuk merampas kembali Parlimen ini dan seluruh kerusi Dun,” katanya.
Dalam mesyuarat JPR itu, beberapa usul turut dikemukakan khususnya mengenai pemilihan calon tempatan yang akan bertanding pada PRU13 nanti.
Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha PKR Cabang, Romeyzee Zainuddin itu turut dihadiri Timbalan Ketua PKR Cabang, Mustafa Kamal Sapinggi dan Pengarah Dun Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.
Sementara itu, Mustafa turut melahirkan keyakinan PR mampu menang dan merampas kembali Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, rakyat semakin matang, jentera yang disusun juga sudah mampu mengatur strategi menumpaskan lawan.
“Kita yakin PR boleh menang, bukan saja di Parlimen malah di kesemua kerusi Dun, jentera yang matang setelah melalui beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sudah mampu menewaskan parti lawan,” katanya.
Dalam pada itu, Mat Rahat menasihatkan ahli parti dan penyokong supaya tidak mudah mengalah dengan menterjemahkan sokongan serta harapan mereka melalui undi.
Menurutnya, penyokong parti perlu berkorban, ikhlas dan sabar serta mengikut strategi parti ketika menentang jentera BN.

Khamis, 22 September 2011

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.
Ditolak untuk sertai kelab Ketua2 PR...atau tumpang lalu ustaz dan tuan haju.......

BANYAK TU K/P PALSU ~ 60,000

KUALA LUMPUR 20 SEPT : Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat Wikileaks memetik bekas ketua Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin sebagai mendakwa bahawa Rashid mengakui perkara ini dalam pertemuan peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006, lapor Malaysiakini.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen 'kotor' pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan mereka pendatang beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin-pemimpin tempatan sama ada di dalam mahupun di luar BN berulang-kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Adalah didakwa keadaan semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang kini dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ini adalah operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan ejen-ejen mereka - dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot dengan sebegitu mendadak.

DYMM SERI PADUKA YG DIPERTUAN AGONG MELAWAT NEGERI SELANGOR..

KLANG 21 SEPTEMBER : Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Selangor.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Padang Mahkota, Istana Alam Shah di sini pada 10 pagi tadi, disambut oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tuanku Mizan kemudian menerima sembah tabik Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor dimainkan oleh pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd Okhtat. Ia disusuli dengan tembakan meriam 21 das.
Tuanku Mizan kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi, diketuai Mejar Ahmad Muzaimi Mohd Ali.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Masjid Istana Diraja dan Galeri Kereta Diraja di Istana Alam Shah sebelum menghadiri beberapa acara pada petang ini.

KES MAT SABU NI KES KARUT ~ PEGUAM MAT SABU

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali. 

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.
Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun  mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

Isnin, 19 September 2011

BENGKEL PECUTAN AKHIR SPM 2011, PERPUSTAKAAN NEGERI SHAH ALAM (17 SEPT 2011)

Sebahagian daripada 150 pelajar telah menghadiri bengkel menghadapi peperiksaan SPM tahun ini di Ruang Auditorium Perpustakaan Awam Negeri di Seksyen 13, Shah Alam pada 17 Spetember (Ahad) baru-baru ini. Penyertaan peserta dari kawasan Dun Batang Kali, Dun Hulu Bernam dan Dun Rawang telah berjaya membuka minda pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di kawasan Dun masing-masing ~ Ihsan SASMediaHuluSgr

Sabtu, 17 September 2011

PECUTAN AKHIR SPM 2011 DI PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI, SHAH ALAM SECTION 13..

Tahniah kepada semua KPMI dari Dun-Dun Rawang, Templer, Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali yang bersama menghantar pelajar ke bengkel hari ini... Butiran lanjut akan menyusur..

Isnin, 5 September 2011