Isnin, 30 Ogos 2010

MAIS MESTI MOHON MAAF PADA YB NIE CHING, TERBURU-BURU BUAT SURAT AMARAN !

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Tindakan Majlis Agama Islam Selangor menghantar surat amaran kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berhubung dakwaan beliau telah mencemar kesucian Surau Al Huda dianggap perbuatan terburu-buru tanpa dilakukan siasatan terlebih dahulu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata sepatutnya Mais menghantar surat amaran kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada Nie Ching kerana majlis itu memutuskan orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid atau surau dengan kebenaran.
"(Cadangan) itu merupakan satu tindakan yang terburu-buru dan menunjukkan pihak tersebut tidak menjalankan siasatan yang rapi. Ini juga menunjukkan tindakan Masi ini bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Kita berpendirian sama seperti keputusan dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang ke-90, pada 21 Mac 2010, iaitu tidak menjadi kesalahan kepada orang bukan Islam, sama ada lelaki atau pun perempuan untuk masuk ke dalam masjid termasuk ke dewan solat, asalkan mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan masjid," jelas Mahfuz.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang berikutan laporan oleh akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan kehadiran Nie Ching di surau tersebut adalah bagi menyalurkan bantuan kepada ahli parti itu.
"Saya sudah bercakap dengan Pengerusi surau tersebut dan beliau menjelaskan Nie Ching hanya dijemput untuk memberi ucapan ringkas sempena kehadiran beliau untuk menyerahkan bantuan sumbangan bagi membina pagar surau itu. Tidak ada jemputan bagi menyampaikan tazkirah dan tidak ada ucapan berkaitan politik," tambah beliau.
Jelas beliau lagi, selain menyampaikan bantuan, Nie Ching juga menyampaikan maklumat kepada jemaah surau mengenai Skim Bantuan Pembiayaan Pendidikan kepada anak-anak Selangor.
Beliau berkata laporan akhbar tersebut telah memberi persepsi yang buruk kepada PAS dan juga menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor.
"Ini adalah penipuan yang nyata. Apa yang dilaporkan kepada Tuanku Sultan oleh pihak tersebut didalangi oleh kepentingan politk Umno untuk menipu pihak istana. Sekiranya Umno dan Barisan Nasional hendak bersaing dengan Pakatan Rakyat tidak salah, tetapi janganlah melakukan perbuatan yang boleh memburukkan imej agama Islam itu sendiri," tegas Mahfuz.
Beliau menegaskan fitnah itu turut akan mewujudkan persepsi buruk masyarakat bukan Islam terhadap Islam, seolah-olah agama itu bersifat kaku sehingga menghalang orang bukan Islam dengan niat baik untuk berkunjung datang ke masjid atau surau.
"Begitu juga dengan isu doa (di Pulau Pinang). Adakah tidak salah mendoakan kepada orang Islam yang jahat, tetapi salah pula untuk mendoakan orang bukan Islam yang baik?
"Bagaimana pula apabila seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam. Tidak bolehkah dia mendoakan keluarganya yang masih belum Islam itu?" soal Mahfuz.
Tindakan Umno-BN yang disokong oleh media arus perdana ini seolah-olah ingin menjauhkan orang bukan Islam dengan agama Islam.
"Jadi saya bercadang kepada Umno, berhentilah daripada membawa mazhab mereka sendiri, tetapi bawalah mazhab-mazhab yang ada di dalam agama Islam," jelasnya.

PEMIMPIN TURUN PADANG MENDEKATI RAKYAT...

Mesra Usia Emas..Pemimpin turun padang di Hulu Bernam (18 Feb 2009)

Ahad, 29 Ogos 2010

TGNA PERTAHANKAN TEO MASUK SURAU, BUKAN ISLAM BERPAKAIAN SOPAN, ISLAM TUTUP AURAT MASUK SURAU, MESJID..

KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.
“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.
Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.
“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.
Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama

Khamis, 26 Ogos 2010

CALUN NAIB PRESIDEN DARI WANITA, FUZIAH SALLEH, RODZIAH JADI CALUN SHAH ALAM, HANIZA CALUN PJU, ELI WONG CALUN PJS.....

Wanita PKR sepakat untuk mencalonkan pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh (kanan) untuk bertanding jawatan naib presiden.

Fuziah (kanak) merupakan ahli parlimen Kuantan dan juga bekas ketua Wanita PKR.

Enam lagi pemimpin Wanita akan bertanding merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mereka ialah Elizabeth Wong, Felicia Ling, Hasnah Hashim, Salma Ismail, Siti Aishah Shaik Ismail dan Rozaini Mohd Rosli.

Perkara itu diumumkan oleh ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Manakala Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang akan mempertahankan jawatannya.

Begitu juga dengan timbalannya, Rodziah Ismail dan dua lagi naib ketua - Hazina Talha dan Noorsham Abu Samah.
Dalam sidang akhbar tersebut Zuraida juga memberitahu bahawa 38 pemimpin Wanita, termasuk Nurul Izzah Anwar akan bertanding merebut jawatan tertinggi di peringkat cabang.
Anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bertanding merebut jawatan ketua cabang Lembah Pantai.
Manakala ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismal yang juga presiden PKR, akan bertanding jawatan ketua cabang Permatang Pauh.
Menurut Zuraida lagi, 10 orang wanita akan bertanding jawatan ketua cabang, manakala 28 lagi akan bertanding jawatan timbalan dan naib ketua cabang.

Sementara itu, Fuziah berkata beliau yakin berpeluang untuk memenangi salah satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.

"Semua orang bertanding untuk menang. Saya yakin dengan segala keutamaan kepada parti, saya yakin (menang) kerana anggota kenal dan tahu khdmat saya," katanya.
Dalam sidang akhbar yang sama, Rodziah mengumumkan beliau dan Zuraidah akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Manakala Haniza Talha dan Noorsham akan mempertahankan jawatan naib ketua Wanita PKR.

"Ini memberi mesej kepada anggota dan parti bahawa wanita adalah komited untuk memenuhi kuota 30 peratus.

"Kita sudah bersedia. Ini adalah permulaan," kata Rodziah.
Sementara, Zuraida berkata Dr Zaliha Mustaffa tidak mempertahankan jawatan naib ketua Wanita kerana memberi tumpuan bertanding jawatan ketua cabang Gelang Patah (Johor).

"Kita akan calonkan Gan Pei Nei (ADUN Rawang) sebagai naib ketua wanita," katanya.
Menurutnya lagi, dua exco kerajaan Selangor - Rodziah dan Elizabeth - juga masing-masing akan bertanding jawatan ketua cabang Shah Alam dan Petaling Jaya Utara.

Manakala Fuziah dan Haniza yang juga timbalan Speaker DUN Selangor, masing-masing akan bertanding jawatan ketua cabang Petaling Jaya Selatan dan Kuantan.

Ditanya sama ada akan berlaku cabaran bagi jawatan utama Wanita PKR, Zuraidah berkata: "Kita jangkakan beberapa nama... Kita mengambil sikap untuk membuat rundingan yang matang supaya Wanita menjadi kukuh dan mantap."

Selasa, 24 Ogos 2010

SULTAN SELANGOR SAMPAIKAN SUMBANGAN DI KUALA KUBU BHARU

HULU SELANGOR, 23 Ogos – Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, fakir miskin dan saudara baru sebelum berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baharu di sini. Seramai 98 anak yatim, 200 fakir miskin dan 92 saudara baru menerima sumbangan tersebut. Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud, anggota exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohd Azib Isa dan Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid. Baginda yang diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, kemudian
menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih.- BERNAMA

Isnin, 23 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa bersam YMM Sultan Selangor hari ini!

MAJLIS BERBUKA PUASA (IHYA' RAMADHAN) DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT 1431H/2010M:-
TARIKH : 23 Ogos 2010 (Isnin)
MASA : 5.00 Petang - 11.00 Malam
TEMPAT : Masjid Jamek Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu



Majlis berbuka bersama selepas penyampaian faedah fasa 2 SMUE Hulu Selangor, Mesjid Nurul Iman, Serendah (Sabtu-21 Ogos 2010)

Kamsani Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Rantaian Mesra Bhd, yang menjadi peneraju Sekim Mesra Usia Emas ketika berucap di perasmian Majlis Penyampaian Faedah Fasa II SMUE di Mesjid Nurul Iman, Serendah menyatakan bahawa penyampaian secara terus dengan waris di daerah Hulu Selangor ini dapat memastikan kelancaran SMUE, ini terbukti dengan kelancaran majlis-majlis penyampaian sebelumini di tiga kawadan DUN di Hulu Selangor. Beliau mengucapkan berbnyak terimakasih kepada semua yang memastikan perjalanan majlis SMUE ini dan senantioasa bekerja keras terutamanya pihak pejabat daerah Hulu Selangor.
Menurutnya lagi, skim berkenaan yang dilaksanakan kepada semua peringkat kaum menjadi salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.
Majlis tersebut diikuti dengan berbuka puasa bersama waris dan tetamu jemputan. Turut bersama pada majlis tersebut adalah Tuan Nashruddin Abd Aziz, Penyelaras Dun Batang Kali, Tuan Hj Syukor Ali (Penyelaras Dun Hulu Bernam), Tuan Chng Boon Lai (Penyelaras Dun Kuala Kubu Bharu), Jamali Latif (Penghulu Mukim Serendah), Tauran Abdul Hamid (Penghulu Mukim Ulu Yam), Tuan Hj Abd Rahman (Nazir Mesjid Nurul Iman), Mahadi Pas (Pegawai SMUE Hulu Selangor), Ketua-ketua kampung , pegawai Pusat Khidmat Rakyat Dun-Dun dan khariah sekitar Serendah.

Majlis penyampaian faedah fasa 2 SMUE Hulu Selangor, Mesjid Nurul Iman, Serendah (Sabtu-21 Ogos 2010)

Jumaat, 20 Ogos 2010

Rabu, 18 Ogos 2010

Esok, 5 ptg Plaza Tol Bkt Beruntung- sumbangan bubur lambuk, bendera Msia oleh Majlis Daerah Hulu Selangor

Pada 19 Ogos 2010 ( Khamis ) jam 5.00 petang bertempat di Plaza Tol Bukit Beruntung akan diadakan program sumbangan bubur lambuk dan pemberian bendera Malaysia serta pelekat kereta untuk orang awam yang melalui tol tersebut.

GeMS lancar Kempen Anti-Zina 30 Ogos di I-City, Shah Alam

SHAH ALAM, 18 Ogos — Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen Anti-Zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.
Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini, yang dijangka dihadiri 3,000 belia.
“Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang  bayi.
Dr Halimah berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.

Khamis, 12 Ogos 2010

GOTONG ROYONG PENDUDUK APARTMEN TERATAI, TBR SABTU (7 OGOS 2010)

Gotong royong penduduk untuk bersama menyambut awal ramadhan telah diadakan bersama-sama di Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya pada 7 Ogos 2010 Sabtu, diperkarangan kedai blok k, taman bunga raya.. Syabas kepada semua tetamu yang hadir termasuk ahli majlis daerah, Pn Kameliah Been.

Isnin, 9 Ogos 2010

Mini Karnival Wanita Prihatin Bukit Beruntung 2010...

Bubu The Clown menjadi rebutan kanak-kanak....
Sebhg dari peserta peraduan mewarna mini karnival..100 penyertaan
Bergambar dgn pasukan tariktali wanita yg menjadi juara tariktali wanita MKWP
Penyelaras Dun, Nashruddin Abd Aziz berucap sebelum sumbangan dibuat..

Mini Karnival Wanita Prihatin Bukit Beruntung 2010...

Rabu, 4 Ogos 2010

MINI KARNIVAL WANITA PRIHATIN BUKIT BERUNTUNG 2010



DATANG BERAMAI-RAMAI KE MINI KARNIVAL WANITA PRIHATIN
PELBAGAI ACARA DISEDIAKAN
UNTUK ANDA SEMUA !

TEMPAT :
PADANG AWAM MAWAR,
TAMAN BUNGA RAYA,
BKT BERUNTUNG
TARIKH :
8 OGOS 2010
(AHAD - 7 PAGI - 6 PTG)

7 PG   - ACARA AEROBIK
10 PG - SUKANEKA
2 PTG - PERADUAN MEWARNA, PERSEMBAHAN BADUT
4 PTG - PERSEMBAHAN PENTAS - SHIDEE, NASYID

GERAI-GERAI JUALAN DISEDIAKAN, RAWATAN KESIHATAN PERCUMA DAN PAMERAN PDRM, PENDAFTARAN PENGUNDI
TURUT MEMERIAHKAN MINI KARNIVAL INI!