Isnin, 31 Ogos 2009

Kerajaan Negeri Cadang Ibu Tunggal Mengikuti Latihan Kemahiran

Sunday, 30 August 2009
BESTARI JAYA, 30 Ogos - Ibu tunggal di kawasan luar bandar disarankan mengikuti latihan kemahiran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai usaha menambah pendapatan mereka.
Untuk tujuan itu, Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor atau INPENS, diberi tanggungjawab menyediakan latihan kemahiran kepada ibu tunggal, khususnya di daerah Kuala Selangor bagi melahirkan usahawan di luar bandar.
Ianya juga selaras dengan agenda kerajaan negeri menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), dalam membantu golongan ini keluar daripada cengkaman kemiskinan.
“Saya juga ingin mencadangkan kalau ibu-ibu tunggal yang boleh mengikut latihan kemahiran saya minta ibu-ibu tunggal mendaftar supaya dia boleh kursus kemahiran. Jadi nak saya terangkan kerana inilah peluang dan kalau negeri Selangor dapat menggunakan semua guna tenaga ini, kita dapat menyelesaikan dua masalah, satu masalah meningkatkan pendapatan rakyat di negeri Selangor kedua kita dapat mengurangkan kita terpaksa gunakan buruh asing yang begitu ramai di Selangor ini”, kata Tan Sri Khalid.
Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Berbuka Puasa di Masjid Al-Awwabin, Bestari Jaya, petang semalam.
Pada majlis itu, 50 penduduk Ijok menerima cermin mata, sumbangan syarikat Vistawave Management.
Manakala 160 ibu tunggal daerah Kuala Selangor menerima sumbangan Hari Raya yang disampaikan isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut.

Ahad, 30 Ogos 2009

Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu kuil: PKR


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menjaga keamanan dengan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam serta hubungan kaum. Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, polis Selangor gagal menghalang kejadian penduduk mengarak kepala lembu berkenaan daripada berlaku dengan alasan hanya boleh bertindak sekiranya mendapat laporan terlebih dahulu. Menurutnya, hal ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini. “Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penduduk Seksyen 23, di sini yang berarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di kawasan mereka. Latheefa berkata, tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. Katanya, beliau percaya bahawa tindakan tersebut satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana tegang “Keadaan ini memberi peluang kepada UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama,” katanya. Bagaimanapun, PKR meminta semua pihak berkenaan bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Banjir kilat landa kawasan Batang Kali

27/08/2009 11:31pm
KUALA LUMPUR 27 Ogos — Beberapa buah kampung dan taman perumahan di Batang Kali dekat sini dilanda banjir kilat menyebabkan beberapa keluarga terpaksa berpindah ke rumah saudara-mara apabila rumah mereka dinaiki air.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata, 250 orang terlibat dalam banjir kilat itu, membabitkan 70 keluarga yang menetap di Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah dan Taman Seri Cahaya.
“Hujan lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan air naik kira-kira 0.5 meter sekitar 8.20 malam ini. Air lambat surut berikutan hujan yang berterusan sehingga pukul 10.30 malam.
“Jalan utama di Kilometer 48 hanya dibuka satu laluan dan setakat ini keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini. - Bernama

Mangsa bah Baling, Btg Kali berpindah

Ogos 28, 09 11:50am
Beberapa buah kampung dan taman perumahan di Batang Kali, Hulu Selangor dilanda banjir kilat menyebabkan beberapa keluargaterpaksa berpindah ke rumah saudara-mara apabila rumah mereka dinaiki air.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata 250 orang terlibat dalam banjir kilat itu, membabitkan 70 keluarga yang menetap di Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah dan Taman Seri Cahaya. "Hujan lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan air naik kira-kira 0.5 meter sekitar 8.20 malam ini. Air lambat surut berikutan hujan yang berterusan sehingga pukul 10.30 malam. "Jalan utama di Kilometer 48 hanya dibuka satu laluan dan setakat ini keadaan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.Norel Azmi berkata 15 anggota keselamatan termasuk anggota polis trafik, serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Batang Kali, terlibat dalam mengawal keadaan. Sementara itu, ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim berkata pusat pemindahan sementara disediakan di Dewan Datuk AbdulHamid namun semua mangsa banjir membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sanak saudara mereka.Mohd Isa yang meninjau keadaan banjir itu menasihati penduduk supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan mereka.

Batang Kali Hit By Flash Floods, 250 People Evacuated

KUALA LUMPUR, Aug 27 (Bernama) -- Flash floods hit several kampungs and housing areas in Batang Kali on Thursday's night causing 250 people from 70 families families to evacuate their homes.Hulu Selangor police chief Supt Norel Azmi Affandi Yahya said those evacuated were from Kampung Genting Malik, Kampung Sentosa, Taman Sekolah and Taman Seri Cahaya."Heavy rainfall since noon caused the water level to reach 0.5 metre at 8.20pm, entering many homes. The water was slow to recede as the rainfall continued until 10.30pm."The main road at KM48 was only opened one way but the situation is under control," he told Bernama when contacted. Norel Azmi said 15 security forces members including from traffic police and the Fire and Rescue Department were involved in controlling the situation.
Meanwhile, Batang Kali state assemblyman Mohd Isa Abu Kasim said a temporary evacuation centre was opened at Dewan Datuk Abdul Hamid but the flood victims decided to stay with relatives.Mohd Isa who visited the affected areas advised the flood victims to follow the directive by authorities for their own safety."Officers from the Welfare Services Department also visited the areas and are prepared to give aid to the flood victims," he said.-- BERNAMA

MB Selangor - kecewa demo kepala lembu !!

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mengutuk dan melahirkan rasa kecewa terhadap bantahan "provokatif, tindakan kasar dan penggunaan secara sengaja" kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan terhadap cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 23 di sini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu kenyataan, berkata: "Kami mengutuk insiden dan tindakan keji itu kerana ia telah menyebabkan seluruh negara mundur ke belakang di sebalik segala usaha ke arah menghormati satu sama lain dalam kalangan pelbagai kaum dan agama."
"Sesungguhnya ia suatu tindakan menyedihkan kerana sikap tidak bertolak ansur terhadap agama lain masih wujud di kalangan rakyat Malaysia."
Semalam, sekumpulan 50 orang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor dalam satu protes membantah pemindahan kuil itu.
Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyiasat insiden berkenaan.
Terdahulu hari ini, kira-kira pukul 10 pagi, empat wakil rakyat parti pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS mengadakan perbincangan berhubung insiden itu dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Nor Azam Jamaluddin di pejabatnya di sini.
Wakil rakyat terbabit ialah Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran Ronnie Liu and ADUN Seri Andalas Dr A. Xavier Jayakumar.
Lapan laporan polis individu dikemukakn terhadap insiden berkenaan, masing-masing oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Aruthchelvan; pegawai khas kepada Dr Jayakumar, Abdul Razak Ismail; dan enam anggota pihak berkuasa tempatan Selangor.
Nor Azam, ketika ditemui pemberita, berkata satu laporan polis dibuat semalam berhubung perhimpunan haram dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis.
Beliau berkata polis juga akan mengadakan siasatan mengikut Akta Hasutan kerana insiden itu menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan terbuka mengenai cadangan kuil Hindu itu pada 5 September dan akan dihadiri penduduk Seksyen 23, pegawai Majlis Bandar Raya Shah Alam dan wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Penduduk Taman Ixora di Seksyen 23 Shah Alam telah beberapa kali membuat bantahan pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman itu dari Seksyen 19 ke kawasan mereka termasuk menyerahkan memorandum kepada Rodziah menerusi pegawai khasnya, Naim Yusri pada 14 Ogos lepas.
Menurut laporan, Pengerusi Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil itu Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf berkata, pembinaan kuil itu, di atas tanah perindustrian milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), adalah tidak sesuai kerana ia terletak 160 meter dari kawasan penempatan yang 70 peratus penduduknya beragama Islam selain berdekatan dengan Surau Al-Jannah di taman itu.
Di KUALA LUMPUR, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menganggap insiden penduduk Seksyen 23 Shah Alam, yang membantah pembinaan kuil itu sebagai tindakan tidak wajar dan keterlaluan terutamanya di bulan mulia Ramadan.
Katanya, mereka sepatutnya mengawal emosi dan menjaga tata susila budaya dalam menyuarakan pendapat atau bantahan demi menjaga keharmonian awam.
"Rakyat Malaysia sepatutnya belajar daripada sejarah terutamanya selepas peristiwa 13 Mei. Apa yang mereka lakukan itu tidak akan boleh lepas daripada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 di Dataran Parlimen di sini, hari ini.
Rais turut menasihatkan pihak media supaya tidak mensensasikan berita sedemikian yang boleh mencetuskan pergolakan kaum.
BERNAMA

Jumaat, 28 Ogos 2009

'Khalid, Rodziah pengkhianat' ??


Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kemarahan penduduk terhadap cadangan pembinaan kuil itu melimpah ke sekitar kawasan luar pejabat Rodziah, juga ADUN PKR bagi Batu Tiga, yang terletak di Seksyen 23.
Dinding dan saluran paip diconteng perkataan merah "Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa", "bantahan kuil" serta "jangan main gila" dan perkataan hijau pula "jangan main api".Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut."Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng," katanya.Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno."Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno," katanya."Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. "Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka."

Arak kepala lembu bantah pindah kuil




Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22"."Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka. Polis hanya memerhatiKira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut. Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api."Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam. "Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23. "Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur. "Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya.Tidak hina HinduMahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci."Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya.
Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Pegawai SPRM dera saksi hingga pengsan?

SHAH ALAM, 28 Ogos: Peguam Gobind Singh Deo memberitahu Inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mempunyai saksi dan bukti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendera saksinya sehingga pengsan.
Beliau juga mempunyai gambar kecederaan mangsa bagi menyokong laporan polis itu yang dibuat terhadap pegawai SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam.
Gobind berkata demikian dalam inkues di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas.
Menurut Gobind, beliau memohon untuk menyoalbalas saksi ke-19, inkues itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini. Ini kerana beliau didakwa salah seorang dari pegawai yang terlibat mendera itu.
Kata Gobind, antara deraan yang diterima pengadu itu adalah dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi.
Ekoran itu, Koroner Azmil menangguhkan inkues ke 8 September untuk membolehkan pegawai SPRM itu menyediakan peguamnya bagi menghadapi soalan-soalan mengenainya.
Gobind adalah peguam bagi pihak keluarga simati, Teoh Beng Hock. _

Khamis, 27 Ogos 2009

Bantuan RM30 Sebulan Untuk Pelajar UPSR Dan PMR

SHAH ALAM, 27 Ogos - Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan sebanyak RM30 ringgit sebulan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di negeri ini.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar terpilih bermula bulan ini hingga tiga bulan akan datang membabitkan 1974 pelajar UPSR dan 1029 pelajar PMR yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini.
Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300 ribu bagi tujuan tersebut.
“Tiap-tiap bulan kita akan masukkan didalam BSN, bank mereka semua yang kita sudah dapat maklumat ini. Dan untuk tiga bulan ini,mulai bulan merdeka ini kita akan masukkan duit –duit ini kepada anak-anak muda kita”,katanya.
Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di Shah Alam, petang semalam.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkata pemberian wang berkenaan sebagai derma daripada kerajaan negeri untuk membiayai pelajaran mereka di sekolah.

Ean Nafi Buat Tuntutan Palsu Dalam Inkues

Wednesday, 26 August 2009
SHAH ALAM, 26 Ogos - Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan hari ini berasa kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menuduhnya dan mendiang Teoh Beng Hock membuat tuntutan palsu dalam Inkues hari ini.
Ini berikutan empat dokumen tuntutan dan sebutharga kerja yang sudah dikemukakan kepada Inkues semalam, tidak disemak dan diteliti dahulu sebelum sebarang tuduhan dilemparkan.
“Mohd Anuar mengaku bahawa dia tidak pernah melihat gambar-gambar dan tuntutan-tuntutan yang diserahkan oleh peguam saya Salim tadi. Ini telah membuktikan bahawa tuduhan zalim mengenai Teoh Beng Hock dan saya membuat tuntutan palsu adalah tidak berasas langsung”, katanya pada pemberita.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat exco di Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam petang tadi.
Ean berkata semua dokumen tersebut diperolehi dari komputer riba Teoh yang dicetak oleh pembantu Pemangku Penguasa Kanan SPRM, Mohd Anuar Ismail.
Dokumen yang dikemukakan SPRM itu boleh dipersoalkan apabila ianya tidak ditandatangani dan dicop secara rasmi oleh mana-mana pihak, yang turut tidak pernah dilihat Ean Yong sebelum ini.
Dua dokumen tuntutan adalah kepunyaan Syarikat Aris dan Fizami Construction manakala dua sebutharga kepunyaan MKMN Enterprise dan MA Bina Melor Enterprise .
Menurut peguam Ean, empat dokumen tuntutan dan sebutharga tersebut boleh diperolehi melalui satu blog hitam yang tidak dikenali dan bukan sahaja dari pejabat SPRM.
Ean turut memberitahu sebelum ini SPRM telah menyerbu pejabat-pejabat daerah yang berkaitan dan merampas segala dokumen mengenai peruntukan kawasannya.
Ini berikutan semua dokumen dan gambar yang Ean serahkan kepada Inkues hari ini merupakan dokumen sama yang disimpan di pejabat-pejabat daerah masing-masing.
Ini jelas menunjukkan SPRM mempunyai agenda politik sendiri bukan sahaja mahu mengalihkan pandangan tanggungjawabnya ke atas kematian Teoh Beng Hock, tetapi juga mahu menjatuhkan imej parti DAP dan Pakatan Rakyat.
Ean mahu SPRM perlu berhenti untuk terus menjadi alat bagi UMNO-Barisan Nasional untuk melaksanakan rancangan merampas kuasa di negeri Selangor.

Selasa, 25 Ogos 2009

ISU AIR DI BUKIT BERUNTUNG 3 ..WIDURI..


BUKIT BERUNTUNG – Rentetan isu air yang dibangkitkan penduduk di Bukit Beruntung 3 di sini yang sehingga hari ini tiada usaha serius diambil pihak bertanggungjawab, terus menjadi perbualan penduduk. Terbaru, penduduk membangkitkan mengenai kebimbangan mereka sekiranya berlaku kejadian seperti kebakaran dan kesukaran mengadakan sebarang aktiviti komuniti kerana bimbang air tidak ada.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Widuri, Ahmad Nasir Mohd Salleh, 42, berkata, kebimbangan itu wujud ekoran dakwaan penduduk pili bomba yang terdapat di kawasan perumahan mereka juga tidak berfungsi. “Kalau ada air pun, bila berlaku kebakaran pasti lambat padam atau dah musnah semuanya baru api padam. “Apa tidaknya dengan ketiadaan air macam man nak padam api. Kalau ada pun, tekanan air rendah dan sudah pasti mengalami kesulitan memadam api,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini. Pelbagai masalah dilontarkan penduduk berhubung masalah air yang sudah lebih lapan tahun tidak selesai. Suasana hangat juga tiba-tiba berlaku apabila ada pihak yang menyatakan bahawa penduduk kawasan terbabit sebenarnya tidak mengalami sebarang masalah air. Manakala isu yang pernah dilontarkan media berhubung tindakan penduduk yang terpaksa mengambil air dari lombong berhampiran dikatakan bukan untuk tujuan itu. Sebaliknya, pihak tersebut menyatakan penduduk datang dan berkumpul beramai-ramai di tepi lombong terbabit hanya bertujuan mengambil angin dan berkelah dan bukannya untuk mengambil air seperti dilaporkan media. Pihak berkenaan juga dengan sinis mengeluarkan kenyataan mahu bertindak menyaman media sekiranya melaporkan berita palsu. Penduduk dengan lantang bersuara, sekiranya kenyataan pihak terbabit benar, mereka mencabar supaya pihak terbabit tampil bersemuka dengan mereka.

Haidzir Omar, 49, berkata, bagaimana seorang pemimpin di peringkat bahagian boleh mengeluarkan kenyataan tersebut, walhal merekalah yang sepatutnya tampil membela. “Jangan sampai kami solat hajat,” katanya yang berang mendengarkan kata-kata itu. Beliau berkata, solat hajat itu bertujuan menjatuhkan kredibiliti dan imej pemimpin terbabit selain bertujuan menyelesaikan masalah mereka. Menurutnya, penduduk di kawasan berkenaan hidup ibarat pendatang asing yang tidak terbela. Malah katanya, pendatang asing juga tidak senasib seperti mereka dan boleh dikatakan agak mewah jika dibandingkan penduduk Taman Widuri yang sehingga kini tidak menikmati air bersih. Penduduk juga musykil dengan kenyataan Ahli Parlimen yang mengatakan masih tidak menerima laporan daripada penduduk berhubung masalah itu. Menurut mereka, bagaimana seorang pemimpin di peringkat atasan boleh mengeluarkan kenyataan itu sedangkan isu itu sudah berlarutan hampir sepuluh tahun. Malah, sudah pelbagai usaha dilakukan penduduk sejak Kerajaan Negeri dipimpin Barisan Nasional lagi, sehinggalah kini ditakluki kerajaan pembangkang.

Justeru, penduduk berharap ada pihak akan tampil menyelesaikan isu itu sebelum tibanya Syawal.

Jumaat, 21 Ogos 2009

4 Buah Sekolah Daerah Klang Terima Topeng Muka Keselamatan

Shah Alam,21Ogos-Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dengan mengedarkan topeng muka keselamatan di sekolah-sekolah seluruh negeri ini, bermula dengan daerah Klang.
Ini berikutan penularan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan, terutamanya di kalangan pelajar yang akan menduduki beberapa peperiksaan penting tidak lama lagi.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, wabak ini boleh menjejaskan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup.
Katanya,“Saya cuba membantu sekolah sekolah ini untuk mencegah wabak ini daripada menjangkiti pelajar pelajar yang akan menduduki peperiksaaan yang besar besar”.
Beliau berkata demikian kepada Tvselangor selepas Majlis Penyerahan Topeng Muka Keselamatan di 4 buah sekolah daerah Klang di Pejabat DUN Selat Klang, pagi tadi.
4 buah sekolah yang menerima sumbangan ini ialah Sekolah Menengah Telok Gadong Klang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chuen Min, SRJK Tamil Jalan Tepi Sungai dan Sekolah Menengah Agama Hisyamuddin.
Turut mengagih topeng muka ialah ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Khairi, Pengarah Briged Amal Selangor, Azri Arif dan 20 sukarelawan unit amal.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan bermula bulan depan, diikuti dengan Peperiksaan Menengah Rendah pada Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan November hingga Disember.
Pihak sekolah juga berperanan dalam mencegah epidemic H1N1 ini dari terus menular.
Guru Besar SJKT Jalan Tepi Sungai Klang, Muthusamy Ramasamy berkata, pihak sekolah sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka melindungi pelajar di bawah pengawasan mereka.
“Kami dah nasihatkan anak murid kalau ada kesakitan,deman,janganlah datang ke sekolah.Dan di sekolah,cikgu semua ambil langkah langkah yang sepatutnya supaya kalau terdapat apa apa ciri kesakitan ini,mereka akan dihantar balik ke rumah mereka”.-
>Namapaknya Sekolah-sekolah kawasan Batang Kali kena bersedia menerima keikhlasan PKR utk membantu dan menderma topeng muka...

Rabu, 19 Ogos 2009

Kematian enam lelaki bukan sebab gas ammonia

SHAH ALAM 18 Ogos — Siasatan awal mendapati enam lelaki yang mati di Kampung Bagan Pasir, Tanjung Karang, Selasa lepas disebabkan terdedah kepada gas hidrogen sulfida atau gas toksid lain, bukannya gas ammonia seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata laporan ujian awal itu diperoleh daripada Kumpulan Penyiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Bahagian Risiko Utama, Bahagian Higen dan Ergonomik dan Bahagian Kejuruteraan Forensik. - Bernama

Selasa, 18 Ogos 2009

Beng Hock Was Squatting In Fear Before Falling, Court Told

SHAH ALAM, Aug 18 (Bernama) -- Teoh Beng Hock was in fear while being held in a squatting position on the window ledge at the 14th floor of Plaza Masalam here before he fell and died on the fifth floor, the Coroner's Court heard Tuesday.There were smudge marks on the window and a vertical scratch, believed to be fingerprint, showing that Teoh resisted before he fell, counsel Gobind Singh Deo, who is holding a watching brief for Teoh's family, said at the inquest into his death.Gobind Singh put the suggestion to Dr Prashant Naresh Samberkar, forensic pathologist from the Universiti Malaya medical Centre, who said: "It is possible.""I would consider the victim to be in a squatting position. In my opinion it was unlikely that the deceased was standing on the window ledge considering his height at 178cm," said Dr Samberkar, who has more than 10 years experience in forensic pathology.He said he also found line marks measuring 3mm on the sole of Teoh's shoe which, in his opinion, was consistent with the possibility of Teoh being squatting on the window ledge.However, when asked by government-appointed counsel Tan Hock Chuan, as to whether it was possible for Teoh to squat on the window on his own, Dr Samberkar said: "Possible."He said the smudge marks on the window glass could also be found in cases of someone falling accidentally.Teoh, political aide to Selangor state executive councillor Ean Yong Hian Wah, was found dead on the fifth floor corridor of Plaza Masalam on July 16, after giving a statement as a witness in investigations into alleged misuse of state governent funds.Earlier, Dr Samberkar, who conducted the post-mortem on Teoh's body, said it was unlikely that this was a homicidal case, based on a few reasons, including that there was no restraining injury, no defence wound, no injury to the tongue, which could occur in the case of a struggle, and no pressure to the neck.It was also unlikely that the death was caused by a accident al fall because, he said, Teoh was not under the influence of drug or alcohol."It is unlikely that the victim would have fallen accidentally by opening the window because the barrier of the window was above the centre of the body's gravity, and the floor on the 14th floor was carperted and not slippery," he further explained."The most likely cause of death in the present case, in my opinion, would be suicidal," he said.However, he admitted that he was not in a position to say whether Teoh had any reason to commit suicide.

Ahad, 16 Ogos 2009

Program Mesra bersama penduduk Bakawali....





Dari jam 3 petang, hari Sabtu..penduduk disekitar perumahan dan pangsapuri Bakawali, Bukit Sentosa telah keluar beramai-ramai menyertai program khidmat rakyat kawasan Dun Batang Kali, dimana 20 orang OKU dan Ibu TUnggal telah diberikan sumbangan, dalam satu majlis ringkas di Bakawali. Selepas solat Maghrib, juga diadakan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Wahab, manakala sebelah malamnya diadakan sesi penerangan yang dihadiri oleh Timbalan Ketua DPP, Ustaz Azman Shapawi dan Sdr Iskandar Ismail, Biro IT/Penerangan Cabang Ampang. Terimakasih kpd JWK penduduk - Rozain, Azhar, Adnan, SU Cabang dan pejabat khidmat rakyat - Media Rakyat/SAS

Sabtu, 15 Ogos 2009

EVERYONE IS NOT TAKING H1N1 SERIOUSLY !

PUTRAJAYA, Aug 14 — With the number of reported H1N1 cases continuing to increase every day, the government is concerned that the public, including health practitioners, are not taking the disease seriously.
“Today if I’m running a clinic, if anybody comes with a flu, I will assume it’s H1N1,” said Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican in an interview with The Malaysian Insider.
“Some doctors wait for results to start treatment, we said no need. Let us assume anybody who gets admitted with severe pneumonia in this country, assume it’s H1N1 and start antiviral treatment from Day One,” he added.
“We have seen from those cases, a lot of them were diagnosed late, they saw doctors, and there was a low index of suspicion, you must have a high index of suspicion,” said Dr Ismail on the reported deaths so far.
Malaysia first reported an H1N1 infection in May and the first death was recorded only late last month.
More than 50 people have died since and more than 2,000 people have been infected with the virus.
H1N1 Exclusive with Health D-G Tan Sri Dr Ismail Merican
The government has also responded to the increase in the H1N1 infection, by doubling the antiviral drug Tamiflu stockpile from 10 per cent of the population to 20 per cent.
It is also prepared to increase the number of ICU beds nationwide.
But Dr Ismail said that Tamiflu should not be freely used as the virus may develop resistance to the drug.
“The worse case scenario is giving Tamiflu to someone who wants to go to Australia, to America just for prophylaxis, to prevent them from getting the disease; it is not on with Tamiflu,” he said.
He said the public should play their role in preventing the spread of the virus.
“My fear is the public is still taking things very lightly. If you go to supermarket or anywhere, you still see people going around coughing, sneezing and they don’t wash their hands,” said Dr Ismail.
“So we are telling the public, if you are sick, stay at home, if you have to go out, wear a mask,” he added.
But Dr Ismail said despite the seriousness of the disease, the recovery rate is around 98 per cent.
“What we are concern about are those in the high-risk category, people with lung disease, obese, pregnant women,” he said, adding that 70 per cent of the people who have died are from the high-risk groups.

EVERYONE IS NOT TAKING H1N1 SERIOUSLY !

PUTRAJAYA, Aug 14 — With the number of reported H1N1 cases continuing to increase every day, the government is concerned that the public, including health practitioners, are not taking the disease seriously.
“Today if I’m running a clinic, if anybody comes with a flu, I will assume it’s H1N1,” said Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican in an interview with The Malaysian Insider.
“Some doctors wait for results to start treatment, we said no need. Let us assume anybody who gets admitted with severe pneumonia in this country, assume it’s H1N1 and start antiviral treatment from Day One,” he added.
“We have seen from those cases, a lot of them were diagnosed late, they saw doctors, and there was a low index of suspicion, you must have a high index of suspicion,” said Dr Ismail on the reported deaths so far.
Malaysia first reported an H1N1 infection in May and the first death was recorded only late last month.
More than 50 people have died since and more than 2,000 people have been infected with the virus.
H1N1 Exclusive with Health D-G Tan Sri Dr Ismail Merican
The government has also responded to the increase in the H1N1 infection, by doubling the antiviral drug Tamiflu stockpile from 10 per cent of the population to 20 per cent.
It is also prepared to increase the number of ICU beds nationwide.
But Dr Ismail said that Tamiflu should not be freely used as the virus may develop resistance to the drug.
“The worse case scenario is giving Tamiflu to someone who wants to go to Australia, to America just for prophylaxis, to prevent them from getting the disease; it is not on with Tamiflu,” he said.
He said the public should play their role in preventing the spread of the virus.
“My fear is the public is still taking things very lightly. If you go to supermarket or anywhere, you still see people going around coughing, sneezing and they don’t wash their hands,” said Dr Ismail.
“So we are telling the public, if you are sick, stay at home, if you have to go out, wear a mask,” he added.
But Dr Ismail said despite the seriousness of the disease, the recovery rate is around 98 per cent.
“What we are concern about are those in the high-risk category, people with lung disease, obese, pregnant women,” he said, adding that 70 per cent of the people who have died are from the high-risk groups.

“Salam Rakyat” Prihatin Kebajikan Rakyat Sepang

SEPANG, 14 Ogos - Hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turun padang menemui rakyat daerah Sepang bersempena program Salam Rakyat di Dewan Orang Ramai, Sungai Pelek.
Salam Rakyat ini merupakan siri lawatan Menteri Besar turun padang yang pertama ke setiap daerah di seluruh Selangor yang bermula di Sepang.
Program satu hari itu, merangkumi dua sesi yang yang didahului dengan sesi dialog bersama rakyat di Bandar Baru Salak Tinggi pada sebelah pagi.
Manakala pada sesi petang, Abdul Khalid menghadiri sesi taklimat program SPIES dan majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas orang Asli, ibu tunggal, OKU, anak-anak yatim dan penduduk miskin di Dewan Orang Ramai Sungai Pelek.
“Saya rasa bertuah terima kasih banyak-banyak, kalau dapat biarlah kalau apa-apa tuhan jodohkan sebab kita selalu pun tak apa lah saya susah. Bantuan kali pertama saya dapat Alhamdulillah, sebelum ni tak ada, masa Barisan Nasional, dulu adalah, tapi sudah kalah tak boleh cakap ape lah, kita pun alu-alukan siapa-siapa yang anu kita pun anu juga lah”, kata Tamin Naim kepada ketika pemberita selepas menerima sumbangan hamper, petang tadi.
Melalui program sebegini, rakyat Selangor dapat mengenali pemimpin mereka dengan lebih dekat lagi sekaligus dapat menerima maklum balas dan mengetahui permasalahan rakyat negeri ini.
Menurut Abdul Khalid, beliau bercadang untuk mempergiatkan usaha kebajikan dan pendidikan khususnya penduduk Sepang pada masa hadapan.
“Saya rasa banyak lagi yang perlu saya lakukan supaya saya dapat mengenal masyarakat dan bagaimana lagi banyak program-program kebajikan dan pendidikan yang boleh dilakukan di daerah-daerah ini”, kata Abdul Khalid ketika berucap merasmikan program Salam Rakyat di Dewan Orang Ramai, Sungai Pelek, Sepang.
Ini berikutan Sepang sebelum ini sudah banyak menerima pembangunan dan pembaharuan infrastrukturnya seperti pembinaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Litar Sepang F1 dan sebagainya.
Justeru, Abdul Khalid tidak mahu rakyat di daerah itu ketinggalan daripada menikmati pembangunan tersebut yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, sedikit banyak boleh mengubah gaya hidup mereka kelak.
Hadir sama Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad; Yang Dipertua Majlis Daerah Sepang, Azizan Mohamad Sidim dan Pegawai Daerah Sepang, Mohd Amin Ahmad Ahya

Jumaat, 14 Ogos 2009

Selangor Keluar Pekeliling Beri Cuti Khas Kepada Pekerja Punya Simptom H1N1

SHAH ALAM, 14 Ogos - Wabak Influenza A H1N1 atau selesema babi semakin mengganas di Negara ini dengan Selangor telah mencatat kematian seramai 14 orang daripada 584 kes yang disahkan positif virus itu sehingga semalam.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, surat pekeliling akan dikeluarkan kepada pejabat-pejabat di bawah kerajaan negeri untuk memberi cuti khas kepada pekerja yang mempunyai simptom-simptom H1N1.
“Siapa-siapa datang ke pejabat dengan demam kita akan terus hantar balik, walaupun tiada cuti, dah habis, itu tidak diambil kira, mereka di paksa duduk di rumah dan ini kita akan keluarkan satu pekeliling dari setiausaha kerajaan negeri Selangor kepada semua pejabat di bawah kerajaan negeri Selangor untuk mereka ambil tindakan-tindakan demikian atas pekerja-pekerja di pejabat masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua pegawai kerajaan Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan, dan Pejabat Kesihatan daerah-daerah di Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam hari ini.
Menurut Xavier, dengan adanya perbincangan bersama ketua-ketua ini, segala maklumat berkaitan pencegahan wabak ini akan dapat disalurkan terus kepada rakyat.
Katanya lagi, kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan diri dan bahaya selesema babi turut penting bagi memastikan penularan wabak berkenaan tidak semakin kritikal.
Yang penting sekali dalam mesyuarat ini kepada DO, dan ketua-ketua jabatan ialah untuk sebarkan maklumat terperinci kepada penduduk-penduduk di kawasan ini melalui risalah, perjumpaan di semua peringkat dan inilah cara yang terbaik dimana boleh gunkan tenaga untuk kekurangkan infection in, separate of infection dalam kawasan,” katanya.
Disamping itu, kata Dr Xavier, penutupan sekolah-sekolah di Selangor yang disebabkan H1N1 tidak perlu merujuk kepada Kementerian Pelajaran tetapi merujuk terus kepada Pejabat Pendidikan dan Kesihatan Selangor untuk dipertimbangkan.
Beliau turut menyarankan kepada ibu bapa supaya menyediakan jangka suhu di rumah bagi memeriksa suhu anak-anak atau ahli keluarga yang mengalami demam dan memastikan suhu tidak melebihi 38 darjah celcius.
Setakat ini, sebanyak 35 buah sekolah di Selangor ditutup sejak penularan wabak ini dan dua sekolah lagi masih ditutup sehingga kini.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

ALFATIHAH BUAT ALMARHUM USTAZ ASRI RABBANI..



Rakan masyarakat yang prihatin dan bertanggongjawab di Perumahan Bakawali, Bukit Sentosa 3 kini meninggalkan kita semua dan dunia ini buat selamanya tapi peninggalan lagu "Pergi tak akan kembali lagi" untuk kita akan dikenang dan dihayati... Semua jasa dan kenangan bersama masyarakat Bakawali dan Bukit Sentosa (pernah menjadi imam) akan dikenang oleh kami di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa..AlFatihah.. (Bersama Azhar - Roszin dan ramai ahli komuniti bakawali, ketika di rumah Kg Bkt Lancung, Shah Alam... dirumah emak almarhum..)

Rabu, 12 Ogos 2009

MB Minta Najib Curahkan Pelaburan Kepada Rakyat Selangor

Kalau nak beli Selangor, curahkan pelaburan kepada rakyat bukan kepada pemimpin Umno, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, rakyat mengharapkan pembangunan yang boleh dinikmati untuk keselesaan hidup mereka dan telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan itu.
Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merancang merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
"Jadi saya berharaplah saudara najib akan mencurahkan pelaburan-pelaburan yang banyak ke negeri Selangor supaya jangan curahkan kepada bahagian umno dan habis duit tu dimakan secara haram,"katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina, Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor, petang tadi.
Katanya, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional lebih 50 tahun lalu di Selangor, tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Malah, jelasnya, kebanyakan projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan merakyatkan ekonomi Selangor seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini.
"Saya memang sertuju dengan pendapat Datuk Najib Tun Razak, Selangor ini sangat berharga, itu sebab rakyat telah menunjukkan bahawa harga ini boleh dibeli kerana rakyat percaya kepada pemimpin yang boleh merakyatkan ekonomi",katanya.
Menteri Besar menegaskan, Pakatan Rakyat bukan hanya berjanji atau bercakap, tetapi melaksanakan semua dasar-dasar yang telah dirancang untuk faedah rakyat yang berbilang bangsa di negeri ini.

MB Minta Unisel Adakan Kajian Program Perniagaan Terhadap Pembiakan Spirulina


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya pihak Universiti Industri Selangor (Unisel) melakukan kajian program perniagaan terhadap pembiakan spirulina untuk dimanfaatkan oleh rakyat Selangor.
Menurutnya, rumpai air atau alga ini didapati sesuai untuk dijadikan produk farmasi dan kesihatan bagi penduduk serta boleh dijadikan makanan utama ternakan seperti ayam, itik, kambing dan ikan.
Beliau berkata, kerajaan negeri sedia membiayai projek penghasilan makanan alga berkhasiat ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Unisel.
“Walaubagaimanapun, keputusan ini akan dibuat selepas 2 minggu selepas kerajaan negeri melihat hasil kajian Unisel",katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian selepas melawat Tapak Semaian Spirulina, di Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor yang diusahakan oleh Ketua Unit Ladang Bioteknologi Unisel, Profesor Lokman Shamsudin.
Tapak semaian seluas 4 ekar ini diusahakan setahun lalu, selepas membuat penyelidikan selama hampir 3 tahun dan produk spirulina yang dihasilkan adalah dalam bentuk kapsul.
Kajian terhadap tumbuhan ini turut mengambil contoh pembinaan biorektor yang dihasilkan di German untuk membantu pembiakan spirulina atau dengan nama siantifiknya, Arthos-pera.

MB mahu PBT bukti kemampuan

BATANG KALI – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini membuktikan bahawa mereka mampu membawa perubahan dan pembangunan di daerah ini. Beliau berkata, hasil pembangunan itu kelak akan dijadikan bukti bahawa Daerah Hulu Selangor juga mampu membawa perubahan dan pembangunan selaras dengan hasrat rakyat serta kerajaan. “Buktikan kemampuan PBT dengan hasil pembangunan di kawasan ini dan dalam masa yang sama pihak lain perlu memberi sokongan dan perancangan tambahan untuk pembangunan yang lebih mapan. “Tetapi, sekiranya hasrat atau perancangan yang disusun tidak menepati kehendak atau aspirasi kerajaan, tidak sepatutnya PBT dipersalahkan,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina di Kampung Hulu Rening di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Rodziah Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari; Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tukiman Nail. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan pertubuhan Warisan Anak Melayu (WAM) Kuala Kubu Bharu yang mahu Anugerah Penyapu ditarik balik secara rasmi oleh Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, menurut Abdul Khalid, penarikan rasmi itu tidak wajar dilakukan kerana tindakan itu hanya sia-sia dan tidak menguntungkan sesiapa. Menurutnya, adalah lebih baik rangsangan pembangunan dilakukan dan bukannya dengan memberikan anugerah penyapu. “Bagi saya, sekiranya wujud kekurangan atau kepincangan dari aspek pengurusan sesebuah pentadbiran, maka perlu ada usaha untuk membantu. “Kita perlu kerjasama dengan mereka dan bukan dengan memburukkan mereka atau memberikan penyapu,” katanya. Menurutnya, negara sudah sampai ke satu zaman yang memerlukan pemimpin dan rakyatnya untuk sama-sama memikirkan nilai tambah yang boleh disumbangkan. :Katanya, pemberian penyapu mungkin seronok dari segi politik tetapi tidak dari segi pembangunan. “Dalam pengurusan sumber manusia perlu ada rangsangan dan bukan dengan menunjukkan kesalahan seseorang kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. “Jadi, kita perlu buat pelaksanaan. Kalau kita tidak tahu, individu pertama yang bertanggungjawab adalah ketua. Ketua mesti tahu cara penyelesaiannya,” katanya. Semalam, Sinar Harian mengeluarkan kenyataan WAM yang mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik pemberian Anugerah Penyapu yang diberikan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo secara rasmi. Desakan penarikan itu perlu dibuat bagi membersihkan semula nama baik PBT selain melupuskan tanggapan umum mengenai jolokan ‘sial’ terhadap pegawai, kakitangan dan penduduk di daerah ini.

Isnin, 10 Ogos 2009

SERIBU KENANGAN DIPROGRAM SPIES REMAJA - KEM AMPANG PECAH - 8-9 OGOS 2009





Ahad (9 Ogos 2009), sampai sahaja di Kem Binasemangat, Ampang Pecah, majlis penutupnya (program) jam 3 petang, ternampak remaja yang berusia dari 13 hingga 17 tahun begitu riang dan ceria jika dibandingkan di hari pertama. Mungkin setelah bangun awal malam tadi, ada slot qiamulail membuatkan mereka dapat merasa, begitu "united", setelah dua hari satu malam. Namun, program yang ke 5 ini, masih mampu menarik lebih 80 peserta dari sekitar Hulu Selangor, dan walaupun tiada "tarian poco=poco" atau "karaoke", ianya membawa seribu kenangan. Tahniah kepada pengelola, Smart Training. Kiriman - SAS.

Ahad, 9 Ogos 2009

8 LAGI KEMATIAN AKIBAT H1N1 ... SEMUANYA 26 !!!

KOTA KINABALU, 9 Ogos - Lapan lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan hari Ahad menjadikan jumlah kematian kepada 26 di negara ini.
Menteri Kesihatan Dato' Seri Liow Tiong Lai, seperti dilaporkan Bernama, berkata tujuh kematian melibatkan kumpulan berisiko tinggi dan sesetengahnya dilaporkan lewat berikutan bedah siasat untuk kajian dan pengesahan punca kematian.
Beliau berkata satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos," katanya kepada pemberita pada majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di sini pada hari Ahad.
Liow berkata dua daripada kes itu adalah dari Sabah.
Katanya yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.
Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.
Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja.
Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.
Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.
Liow berkata pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan.
"Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya dan menurutnya terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya.
Liow berkata 35 buah sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1

WANITA PERIHATIN HULU SELANGOR BERBENGKEL ... 8 OGOS 2009 SABTU






BERJAYA MENGHARUNGI KEM INTERAKTIF SPIES REMAJA 8-9 OGOS 2009 HARI PERTAMA DI KEM AMPANG PECAH








Jumaat, 7 Ogos 2009

DK RAZALI IBRAHIM - BELIA TERDEDAH BUDAYA KURANG SIHAT

KUALA KUBU BHARU – Kerajaan memandang serius soal pembangunan belia di negara ini dengan memberi penekanan berlandaskan elemen keagamaan tanpa mengabaikan elemen penting lain dalam hidup. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, belia perlu diberi pendedahan mengenai ilmu keagamaan kerana melihat belia sekarang banyak yang terdedah dengan ancaman luar akibat terikut budaya kurang sihat. Menurutnya, pengaruh ini kian membimbangkan sehinggakan mereka sudah terbiasa dengan perkara atau perbuatan yang melebihi batas agama sekali gus menyebabkan kementerian mahu mengambil pelbagai pembaha ruan mengatasinya. “Oleh itu, kita akan cuba membawa pelbagai pembaharuan dari segi pendekatan ke arah melahirkan belia bukan sahaja berilmu bahkan memiliki pengetahuan dan dasar keagamaan yang kukuh sejajar hasrat untuk membangunkan belia berlandaskan agama. “Hasrat membangunkan belia yang berlandaskan dasar keagamaan sudah dibuktikan kerajaan sejak dahulu lagi dengan mewujudkan beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya ketika berucap di majlis Pelancaran Sekretariat Rakan Muda dan Perasmian Ekspo Konvokesyen Darul Quran Jakim di kampus Darul Quran di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha. Pada majlis tersebut, Razali turut mengumumkan sumbangan kemente rian sebanyak RM30,000 untuk Ekspo Konvokesyen tersebut manakala RM10,000 lagi diberikan kepada Sekretariat Rakan Muda Darul Quran. Razali berkata, dengan terbinanya institusi berkenaan pasti ramai belia berilmu dilahirkan seperti tahfiz dan golongan ilmuwan Islam kerana golongan ini diperlukan dalam melahirkan generasi pelapis dan pemimpin negara suatu hari nanti. Katanya, belia seperti ini diperlukan dalam memperbetulkan semula persepsi dan tanggapan masyarakat mengenai keadaan negara kita dan negara Islam keseluruhannya yang dilabelkan sebagai pengganas memandangkan terlalu banyak lontaran negatif diberikan. “Kita dan belia perlu mempertahankan dan memperbetulkan tangga pan itu dan menyatakan bahawa Islam tidak seperti digambarkan,” katanya. Beliau juga mengajak belia untuk bersama memperbaiki keadaan apabila wujudnya persengketaan dalam kalangan bangsa Melayu dan Islam di negara ini dan belia perlu menjadi ejen perubahan ke arah yang betul bagi membantu membina negara ke arah kesempurnaan. “Orang muda perlu ada pendirian dan tidak boleh dijadikan alat telunjuk segelintir pihak yang berkepentingan atau memiliki agenda tersembunyi sehingga sanggup merosakkan negara dan masa depan bangsa. “Marilah kita bersama mewujudkan belia yang berwawasan dan bermatlamat selaras dengan slogan Satu Belia, Satu Malaysia,” katanya.

PM: Influenza A (H1N1) now a serious threat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak said on Friday the influenza A (H1N1) has become a serious threat to the nation and advised the people not to attend gatherings in public places.
The prime minister also advised the people to take comprehensive preventive measures after the H1N1 death toll rose to 14 as of Thursday and many schools and tertiary institutions being closed due to cases of H1N1 infection.
“Don’t hold gatherings unless they are necessary. Gatherings will expose us to additional risk because the disease will spread,” he told reporters after opening the Malaysian Sports Industry Convention here.
Preventive measures like washing hands and wearing masks, especially when attending public functions, could also be taken, he said, adding that he had washed his hands before entering the convention venue because he had shaken hands with many people.
“If we have to wear a mask, wear it. There’s nothing to lose,” he said. - Bernama

Khamis, 6 Ogos 2009

PROGRAM INTERAKTIF REMAJA S.P.I.E.S 2009 - KEM AMPANG PECAH, KUALA KUBU BHARU - 8- 9 OGOS 2009


TERKINI !!!!
PROGRAM INTERAKTIF SPIES REMAJA

8-9 OGOS (MINGGU INI )
PENYERTAAN TERBUKA
KPD 15 -17 TAHUN
PENYERTAAN TERHAD (50 ORG)
2 HARI 1 MLM
KEM BINA SEMANGAT AMPANG PECAH

BAS BERADA DI TAPAK PASAR MALAM, BKT SENTOSA
UTK KE KEM AMPANG PECAH SABTU 8HB 8 PAGI !!!

HUBUNGI UTK MAKLUMAT LANJUT
016 2772882/0193291967

Persidangan Ahli Majlis PBT Selangor Pada 13 Ogos Ini

SHAH ALAM, 6 Ogos - Kerajaan negeri bakal mengadakan Majlis Persidangan Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2009/2010 pada 13 Ogos ini di Dewan Jubli Perak, Ibu Pejabat Kerajaan Selangor, Shah Alam.
Persidangan yang dijangka bermula dari jam 9.45 pagi hingga 5.00 petang itu merupakan kali kedua diadakan setelah senarai Ahli Majlis penggal 2009/2010 baharu dilantik baru-baru ini.
Pada majlis itu nanti, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka merasmikan dan menyerahkan surat pelantikan tersebut kepada 288 ahli majlis.
Kira-kira 20 peratus daripada ahli majlis tersebut adalah muka-muka baru manakala selebihnya adalah ahli majlis tahun lalu yang dikekalkan.
Di samping itu, mereka juga turut membaca ikrar penerimaan jawatan tersebut sebagai tanda komitmen untuk berkhidmat untuk rakyat dan mendokong visi kerajaan negeri khusus dalam kebajikan melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Dalam pada itu, dua kertas kerja turut dibentangkan bagi memberi pemahaman kepada ahli majlis dan memperkasakan sistem penyampaian pentadbiran PBT di Selangor.
Persidangan ini merupakan program anjuran Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor).

Rabu, 5 Ogos 2009

Bekalan Gula Di Selangor Mencukupi: Elizabeth

SHAH ALAM, 4 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan bahawa bekalan gula adalah mencukupi di negeri ini menjelang musim perayaan.
Jabatan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor memberi jaminan tiada krisis bekalan gula sepertimana yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Demikian kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan media dari pejabatnya hari ini.
Justeru, diingatkan supaya rakyat di negeri ini tidak berasa khuatir dan bimbang kepada khabar angin mengatakan bekalan gula tidak mencukupi khususnya ketika menyambut bulan Ramadhan dan pesta Kuih Bulan dalam masa terdekat ini.
Sehubungan itu, sekiranya penduduk Selangor mengalami sebarang rintangan untuk mendapat bekalan gula, sila hubungi pejabat tempatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di daerah yang berkenaan:
Gombak: 03-61863653
Kuala Selangor: 03-32896585
Kajang: 03-87331070
Sepang: 03-87065067
Kuala Kubu Bahru: 03-60642495
Shah Alam/Klang: 03-55107426
Petaling Jaya: 03-79547427

Pengurangan Sewa Rumah PPR- Dari RM250 ke RM124: Iskandar

Kerajaan Negeri Selangor hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengabaikan sebarang permohonan terhadap pengurangan sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Malahan, kadar sewa bagi rumah-rumah PPR sudah diturunkan dari RM250 kepada RM124 berkuatkuasa pada November 2008.
Ini berikutan kerajaan Barisan Nasional negeri Selangor yang lepas menaikkan kadar sewa tersebut pada Jun 2007 secara berperingkat-peringkat.
Namun begitu, dengan keprihatinan dan mengutamakan kebajikan rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat sudah menurunkan semula kadar sewa berkenaan mengikut kategori tertentu.
Antaranya mereka yang berpendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan tanpa mengira jumlah ahli keluarga.
Demikian kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan media dari pejabatnya hari ini.
Menurutnya, Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) sudah membuka kaunter permohonan di PPR Lembah Subang, PPR Kota Damansara dan PPR Hicom pada 3 dan 5 Disember 2008 (9 pagi hingga 5 petang) dan 4 Disember 2008 (8 malam hingga 11 malam).
Sejumlah 3,954 borang permohonan penurunan sewa sudah juga diedarkan dari rumah ke rumah.
Terdapat 1,182 rumah kosong di PPR-PPR itu.
Dari 3,954 borang yang diedar, 1,263 penyewa sudah menghantar balik borang manakala 2,681 penyewa gagal mengembalikan borang berkenaan.
Selain itu, dari 1,263 borang yang dihantar pula, sebanyak 954 penyewa layak mendapat pengurangan manakala 309 penyewa tidak layak.
Dalam pada itu, beliau juga ada menerima permohonan untuk menangguhkan notis pengusiran dari mereka yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi.
Sejurus itu, beliau sudah mengeluarkan surat memohon penangguhan dan meminta agar sewa yang tertunggak itu dibayar secara ansuran.
Sehubungan itu, Iskandar sudah mengarahkan pejabat LPHS supaya pengurangan sewa boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan tidak perlu dirujuk kepada LPHS di Shah Alam

Kelulusan projek ditarik balik - Guang Eng guna kuasa sebagai Ketua Menteri

PULAU PINANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menarik balik kelulusan pembangunan yang diberikan kepada pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro (P) Sdn. Bhd.
Guan Eng berkata, beliau menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri untuk membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri terdahulu.
Katanya, kerajaan negeri sekarang tidak terlibat dengan sebarang urusan atau kelulusan projek yang dicadangkan di situ.
Bercakap kepada pemberita di sini semalam, beliau berkata pemaju boleh merobohkan rumah, tetapi tanah itu tidak boleh dibangunkan.
"Jika pemaju masih mahu meneruskan projek itu, mereka perlu mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan semua pihak terutama penduduk kampung," katanya. - Bernama

MBSA lebih awal putus arak tidak boleh dijual secara terbuka

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah memutuskan arak tidak boleh dijual di semua kedai biasa termasuk 7-eleven dan kedai runcit serta mana-mana kedai yang mudah dimasuki orang awam.
Demikian penjelasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung larangan penjualan arak khususnya di kawasan majoriti penduduk Melayu yang telah diputuskan dalam mesyuarat penuh MBSA pada bulan Ogos 2008.
Beliau berkata, Majlis Perbandaraan Klang (MPK) mahu membuat perkara yang sama tetapi disebabkan ada bantahan akhirnya perkara itu dirujuk kepada exco.
"Dalam mesyuarat exco yang dipengerusikan YB Ronnie Liu isu tersebut disimpan untuk perhatian (KIV) kerana pihak kerajaan negeri mahu membuat dasar dahulu," jelasnya.
Bagaimanapun kata beliau, perkara itu dimaklumkan melalui media tetapi tidak kepada pihak MBSA dan menganggap mereka tidak terikat dengan keputusan tersebut.
Disebabkan permintaan daripada penduduk maka pihak MBSA telah mengambil tindakan merampas minuman keras tersebut, tegas beliau.
Pihak MBSA bertindak begitu kerana katanya, keputusan KIV daripada Ronnie Liu itu tidak melibatkan MBSA kerana keputusan larangan menjual arak telah dicapai lebih awal dan dipersetujui.
Khalid menegaskan, penjualan arak itu merupakan warisan kerajaan BN di mana arak yang mengandungi alkohol 8 peratus tidak dianggap sebagai minuman keras.
Menurut beliau, apabila persoalan itu timbul bagi exco kerajaan Tempatan memang tidak ada undang-undang yang mengatakan penjualan arak itu mesti mempunyai lesen.
Sehubungan itu beliau mendesak kerajaan Pakatan Rakyat memberikan peraturan baru di mana benda yang haram perlu mendapat kelulusan serta persetujuan daripada Persatuan Penduduk.
"Mementingkan persekitaran majoriti orang Islam dan tidak dibenarkan dijual di 7-eleven, stesen minyak, kedai runcit atau mana-mana kedai terbuka," tegasnya.
Menurut beliau, perkara itu timbul berpunca salah pengikhtirafan yang mengelirukan serta persefahaman bahawa kehendak rakyat dan penduduk perlu diutamakan.
Tambah beliau, manakala PBT pula perlu prihatin dan mengambil kira permintaan penduduk di kawasan tersebut.
Beliau berkata, penduduk di Seksyen 8 Shah Alam memang sudah membantah penjualan arak secara terbuka sejak Selangor diperintah kerajaan BN.
"Kita kena ambil kira bantahan daripada penduduk tidak kira arak tersebut mengandungi alkohol yang rendah," katanya.
Sementara itu tambah beliau, Ronnie sebelum mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan semula rampasan arak itu sepatutnya dapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar terlebih dahulu.
Dalam masa yang sama beliau menyelar sikap Umno yang cuba campur tangan kerana isu arak di Seksyen 8 timbul sejak di zaman BN tetapi mereka tidak peka dengan kehendak penduduk.
"Umno jangan hendak tunjuk pandai sebab isu ini sudah lama tetapi mereka tidak berani mengambil tindakan," tegasnya.

Isnin, 3 Ogos 2009

HARI PELANGGAN DI DEWAN KOMUNITI BKT SENTOSA - 1 OGOS 2009

BUKIT SENTOSA – Hari Bertemu Pelanggan yang dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar dimanfaatkan sepenuhnya orang ramai terutama untuk tujuan mengemukakan aduan mahupun cadangan. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, Ismail Md Noor berkata, usaha PBT dalam membuka ruang kepada orang ramai tidak sepatutnya disia-siakan kerana platform itulah sesuai dalam mendapatkan maklum balas segera dan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab. “Tapi malangnya, ruang dan peluang yang diberikan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) seperti hari ini tidak digunakan sebaiknya dan kebanyakan orang sekarang lebih suka mendedahkan sebarang masalah terus kepada media tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa. “Tindakan seperti itu silap dan masyarakat luar akan mengandaikan PBT tidak melaksanakan tanggungjawab sedangkan pelbagai cara sudah dilakukan dalam mengatasi segala aduan atau permasalahan yang timbul,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di program Hari Bertemu Pelanggan MDHS di sini. Beliau terkilan dengan sikap sesetengah individu yang tidak memanfaatkan ruang yang disediakan PBT seperti hari bertemu pelanggan. Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, Ismail berharap akan wujud lebih kesedaran dalam diri masyarakat terhadap perkara itu. Ismail menyifatkan Hari Bertemu Pelanggan MDHS menerima sambutan hambar daripada penduduk khususnya dari kawasan Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Taman Bunga Raya. “Dalam hal ini, komitmen penduduk perlu dalam mencari titik persefahaman bersama PBT terutama untuk menyelesaikan masalah dihadapi. “Umum tahu tiada masalah yang tak dapat diselesaikan dan setiap perkara itu pasti ada titik pengakhiran yang akhirnya memuaskan semua pihak,” katanya. Hari Bertemu Pelanggan MDHS dilaksanakan secara berkala dan mengikut keperluan, bagaimanapun atas permintaan tinggi, cawangan MDHS di Bukit Sentosa sentiasa mengadakan hari itu pada setiap minggu untuk keperluan penduduk. Yang Dipertua MDHS, Tukiman Nail berkata, hari bertemu pelanggan yang diadakan kali ini lebih fokus kepada permasalahan teknikal yang dihadapi penduduk. “Beberapa kaunter tambahan turut dibuka seperti kaunter Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), JKR (Jabatan Kerja Raya) dan TNB (Tenaga Nasional Berhad), malah kami turut membawa masuk agen-agen pengurusan sebagai rujukan penduduk. “Ini dapat memudahkan orang ramai untuk berhubung terus dengan pihak berkenaan bagi menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya. Beliau berkata, mulai 1 hingga 31 Ogos ini, MDHS juga membuka kaunter tambahan untuk pembayaran cukai taksiran. Kaunter tersebut dibuka setiap hari mengikut waktu pejabat termasuk untuk Sabtu dan Ahad yang dibuka setengah hari. Beliau berharap, selepas ini tiada lagi alasan tidak dapat menjelaskan bayaran cukai dan tiada denda lewat dikenakan kerana MDHS sudah membuka ruang seluasnya untuk pelanggan.

Ahad, 2 Ogos 2009

SMK BUKIT SENTOSA 2 SUDAH SIAP..MENUNGGU PELAJAR MASUK SAHAJA, MUNGKIN TAHUN 2010 !








PENULARAN VIRUS H1N1 - SK SERENDAH


Seluruh warga SK. Serendah telah diberi cuti selama seminggu mulai petang 28/7/09 (Selasa) kerana pelajar sekolah berkenaan telah disahkan menerima penularan Virus H1N1 oleh pihak yang berwajib. Diharap sekolah kita terhindar dari penularan virus selsema babi atau influenza A tersebut.
Dikirim oleh: MUSALLI

Sabtu, 1 Ogos 2009

PROGRAM JELAJAH HULU SELANGOR BERJAYA- AMK PKR




BUKIT SENTOSA – Dalam usaha memperjelas matlamat perjuangan parti, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, menggerakkan ahlinya melaksanakan Jelajah AMK Hulu Selangor 2009. Jelajah yang julung kali diadakan itu berjaya mencapai matlamat selain memupuk kesefahaman dan silaturahim antara ahli serta komuniti sekitar. Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abd Aziz berkata, program tersebut antara pendekatan parti dalam memperjelas dan memperbetulkan persepsi masyarakat umum mengenai kebenaran perjuangan yang dibawa PKR dan kerajaan pakatan Rakyat (PR) khususnya. Beliau berkata, masyarakat harus mengetahui fokus perjuangan parti yang sememangnya mengutamakan kepentingan rakyat dan jauh dari kepentingan peribadi. “Dari sudut politik, kita cuba memperjelaskan kepada seluruh ahli parti dan masyarakat mengenai kesungguhan dan kebenaran perjuangan kita dalam mengubah kehidupan rakyat ke arah lebih baik. “Melaluinya, kita dapat mematahkan segala tohmahan dan dakyah pembangkang yang sering memutarbelitkan kebenaran perjuangan kita sehingga disalah tafsir dan media perdana yang menjadi saluran utama pembangkang turut dikongkong sehingga terus menyalurkan maklumat palsu kepada rakyat,” katanya. Beliau berkata, menerusi program jelajah itu mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada rakyat terus ke lubuk hati dan masyarakat dapat memahami kebenaran serta kesungguhan parti dalam mengubah nasib mereka. Menurutnya, konvoi itu juga antara kepelbagaian usaha parti dalam menyatupadukan ahli bersama komuniti. Seramai kira-kira 100 ahli PKR termasuk Wanita dan AMK terlibat dalam jelajah yang melalui beberapa kawasan di daerah ini. Lebih 50 kenderaan menyertai konvoi tersebut kelihatan gah melalui laluan dan destinasi persinggahan yang ditetapkan. Konvoi yang dilepaskan Nashruddin sendiri bermula dari Bukit Sentosa terus bergerak ke Felda Sungai Tengi, Felda Soeharto dan Hulu Bernam sebelum berakhir di Batang Kali. Nashruddin berkata, pelbagai aktiviti kemasyarakatan turut diadakan seperti gotong-royong membersihkan kawasan surau dan penempatan penduduk dilawati serta aktiviti sukan rakyat yang melibatkan seluruh penduduk. “Idea sebegini juga dapat digunakan dalam membentuk jalinan antara PKR dengan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung). “Sebagai anggota parti kita rasa terpanggil untuk turun ke akar umbi memberi maklumat sekali gus melahirkan hubungan baik dengan komuniti sekitar,” katanya.